Sunday, 5 February 2012

^ WANITA MUSLIMAH.. !! SAYANGI GAMBAR ANDA ^


WANITA MUSLIMAH.. !! SAYANGI GAMBAR ANDA

Satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua. Mari kita renung-renungkan bersama dan fikir-fikirkan bersama... 

Jika satu hari nanti kamu mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password, hanya kita yang boleh access dan selepas kamu mati.. apa yang jadi pada akaun facebook kamu? Mungkin ada yang akan ucapkan takziah, mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kamu??? Gambar-gambar kamu akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna.. macam mana nanti?

Lelaki ajnabi terus-terusan tengok. Dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh ‘delete’kan gambar kamu. Walau sudah bertahun-tahun kamu mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana??? pernah terfikir tak??? 

Tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kamu dalam kubur nanti??? Legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kamu??? Baju yang membalut aurat itu, bagaimana??? 

Mungkin kini kamu masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik, tempat-tempat yang kamu dah lawati di muka bumi-Nya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti. Semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup. Di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kamu. 

Cuba kamu renung-renungkan... Saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kamu di muka bumi sehingga hari akhirat. Tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan. Jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah. Mati itu pasti. Persiapkan diri untuk mati itu perlu. 

Moga Allah redha dengan perkongsian ini.. Amin~
Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment