Monday 31 October 2011

^ AKU MASIH DISINI ^


AKU MASIH DISINI

Aku masih disini menanti hadirmu,
Mengotakan janji tersungkur kehausan,
Berpaut pada madah yang dulu kau ungkapkan...

Aku disini.. Dahagakan cintamu,
Di persisiran tandus seakan tiada erti,
Yang hanya berteman,
Hembusan bayu menyusup ke hati,
Seakan suara mu membisikan harapan..

Bayu meniup mengoncang pepohonan,
Dedaun berguguran di sulami nestapa,
Wajah yang sepi di silang air mata,
Membasahi bumi merawat hati luka..

Disini aku,
Masih aku,
Sang pengemis cintamu,
Sang penagih janjimu..
Sang pendamba kasihmu,

Akan ku terus menanti hadirmu
Walau diranap waktu..
Walau di hempas ombak,
Gelora di hatimu..

Dan biarkan aku disini,
Sehingga berpusara..
Mendambakan cintamu,
Hingga ke hujung waktu...

^ SEBUAH HARAPAN DAN SATU KENANGAN ^


SEBUAH HARAPAN DAN SATU KENANGAN

Kalau saja ada yang lebih indah dari cinta,
Hanya kepadamu aku persembahkan.
Andai lembayung sutera dapat ku gapai dan ku bawa,
Hanya untukmu aku berikan.

Bagai meniti langkah disenja hari,
Seakan diri tiada erti,
Takut akan datangnya malam,
Seperti apa diri di esok pagi.

Lihat bintang diatas sana,
Tak mungkin indah bila sendiri,
Hati ini begitu adanya,
Berharap kau faham dan mengerti.

Cuba kau dengar gemercik air,
Riaknya seakan saling berbisik,
Terdengar lembut menyebut namamu,
Lambat tapi terdengar syahdu.

Dan aku pun mulai tersenyum,
Ketika semua dapat ku rasa,
Indah dan begitu indah ku rasa,
Dan sungguh itu yang ku rasa.

Kini semua telah terjadi,
Telah ku takluki satu hati,
Yang tak mungkin aku tinggal pergi,
Walau belum ada kata pasti.

... andai dia disini,
... andai dia mengerti.

^ ISLAM MEMULIAKAN WANITA ^

Terkadang, saya sangat kasihan pada lelaki yang terpaksa mujahadah sekeras-kerasnya apabila berhadapan dengan wanita. Apabila longgokan masalah sosial berlaku, semua wanita yang menjadi mangsa lelaki akan menyalahkan lelaki yang bermata keranjang, lidah bercabang, kuda belang harimau bintang semua keluar... 

Tetapi, yang menjadi kelakarnya kenapa tidak menyalahkan diri sendiri yang membuka seluas-luasnya kekeranjangan mata sang lelaki dengan pakaian ketat dan sendat, baju adik-adik tu tak perlulah nak pakai lagi. Malu pada adik yang kecil tengok kakak pakai baju adik. Kelakar bila perempuan marah-marah menyampah apabila lelaki melihatnya sedangkan dia sendiri yang menyembur haruman sehingga bermeter pun boleh bau. 

Kalau nak berhias, memakai haruman dan berfesyen mengikut peredaran zaman tidak salah bahkan saya sangat setuju tetapi cukuplah di hadapan suami. Nak pakai baju terdedah di dada, skirt singkat nampak punggung sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah di hadapan suami. Kalau tak nak pakai apa-apa sekalipun tak apa tetapi hanya di hadapan suami. Fuhhh... Ada berani? 

Malu itu sebahagian dari iman jadi kalau tidak malu mempamerkan aurat itu tandanya imannya sakit, malaikat pun bertempiaran bila wanita mendedahkan aurat maka apabila kalian membuka aurat ia adalah galakan dan suntikan untuk mengatakan 'syaitan, mari.. mari dekatku!' dan apabila diganggu lelaki berperangai syaitan usahlah terpekik merasa pelik dengan tingkahlaku lelaki begitu!

Di hadapan lelaki, wanita dihias-hias oleh syaitan dan nampak begitu cantik. Jadi, usahlah menambah 'perisa' dalam adunan yang telah diadun oleh syaitan sebaliknya bentengkan perisai diri dengan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna supaya setiap langkah kaki di luar rumah dijaga oleh malaikat. Insya Allah.

Wanita dan kecantikan, wanita dan perhiasan adalah lumrah. Fitrah yang disuburkan ke dalam diri wanita tetapi letakkan fitrah itu sesuai pada tempatnya. Jangan sehingga fitrah menjadi fitnah, bimbang musnah kecantikan dan perhiasan sejati iaitu al-haya' (malu) yang senada dalam diri wanita. 

Islam memuliakan wanita dan sangat menjaga wanita supaya tidak menjadi tatapan lelaki kerana wanita itu terlalu istimewa."

^ DUHAI WANITA ^


Jika anda wanita sejati, anda patut berasa rugi kerana ketahuilah lelaki tidak akan kehilangan apa-apa biar seramai manapun perempuan yang berada di sekelilingnya, tetapi anda sebagai wanita pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Sanggupkah anda membiarkan diri anda disentuh sehingga tiada mahalnya lagi diri anda dan digelar perempuan murahan? Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu yang ditagih atau diragut dengan kasar,kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua sayap anda telah tiada? 

Wahai wanita.. kasihanilah diri kita dengan menjadikan diri ini berharga. Nilai kita terletak pada harga diri yang sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah erti digilai jika yang menggilai itu hanyalah lelaki yang tidak tahu diri. Kita sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang tahu nilainya melihat anda sebagai 'alat'. tapi anda ibarat mutiara di dasar lautan di mata seorang lelaki yang jujur. 

Biar bersikap memilih (yang sewajarnya) daripada tersalah pilih. Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api. 

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang terzahir daripadanya." (An-Nur : 31) 

Terkadang kita tercari-cari di mana matahari buat kita, disusuli pula guruh, petir, kilat buat kita. Tetapi percayalah selepas hujan, Allah telah menyediakan pelangi buat kita… renungkanlah…

Jangan asyik menyalahkan kumbang kalau bunga layu ditangkainya... tapi tengok-tengoklah baja yang digunakan...

^ LELAKI...!!! USAH DIBUANG CEMBURUMU ^


Seorang lelaki diciptakan mempunyai emosi yang tidak selemah wanita, zahirnya gagah kerana Allah menciptakan lelaki untuk menjadi pemberi nafkah kepada wanita, penjaga wanita dalam segala hal ehwal dunia dan akhirat. Allah juga mentakdirkan seorang lelaki lebih baik dalam urusan mengawal emosi berbanding wanita, tetapi tidak dinafikan apabila rohani dibiarkan sepi maka emosi lelaki juga sukar untuk dikawal maka lahirlah lelaki yang berwatak bengis (dan sifat mazmumah lain). 

Perasaan cemburu selalunya lahir apabila kita menyayangi seseorang. Apabila kita menyayangi isteri/suami maka kita akan cemburu melihat ada insan lain yang menyaingi kasih sayang kita terhadap insan yang kita kasihi. Kita cemburu apabila melihat adik-beradik yang lain mendapat perhatian lebih dari ibubapa. Kita cemburu melihat kejayaan rakan-rakan yang berada di sekitar. Kita cemburu melihat nikmat yang dimiliki oleh orang lain tetapi tidak kita merasai nikmat tersebut. 

Cemburu itu perlu di dalam diri manusia tetapi tidak perlu diletakkan pada semua tempat. Cemburu harus bertempat. Ada tempat (masa dan ketika) kita perlu merasa cemburu bahkan wajib untuk menjadi cemburu, ada pula suasana kita tidak perlu merangsang perasaan cemburu dan semestinya kita perlu membuang perasaan cemburu buta. 

Buat para lelaki... Sebagai seorang ayah, suami, abang mahupun adik... Seharusnya perasaan cemburu tidak dibuang atau dikuburkan sedikit demi sedikit yang mana akhirnya semuanya hilang dimakan usia dan yang tinggal hanyalah perasaan kasih tetapi tanpa adanya cemburu apabila melihat insan yang dikasihi 'dizalimi' tanpa pembelaan. 

Di dalam al-Quran, Allah ingatkan para lelaki bahawa isteri dan anak-anak adalah ujian kepada kalian. Ujian dalam mendidik untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa, ujian dalam mencari nafkah yang halal dan barakah, ujian dalam membentuk keluarga sakinah, dan macam-macam ujian yang sudah Allah beritakan kepada kalian namun jarang sekali yang ambil iktibar.

Bila melihat para wanita tidak memakai pakaian mengikut syara' secara peribadinya diri sendiri yang malu kerana setiap wanita itu tidak banyak bezanya. Apa yang ada pada wanita di luar, itu jugalah ada pada wanita ini... Kerana itu, Rasulullah pernah menasihatkan apabila seorang suami yang melihat wanita dan berkeinginan terhadap wanita tersebut maka dia perlu segera bertemu dengan isterinya kerana apa yang ada pada wanita tersebut, ada pada isterinya.

Namun, para lelaki kini sudah semakin terhakis perasaan cemburu terhadap insan yang dikasihi. Tiada lagi rasa cemburu apabila isteri/anak/kakak/adik mempamerkan perhiasan (yakni tidak menutup aurat dengan sempurna) malah merasa bangga apabila susuk montok dan jalan penuh lenggok wanita dibawah jagaannya menjadi perhatian ramai. 

Tiada lagi rasa cemburu apabila wanita di bawah jagaannya tidak melaksanakan syariat Allah, tiada rasa kasih pada mereka yang tidak melaksanakan solat, tidak berpuasa... Semuanya bagaikan kasih tanpa rasa, seolah-olah hanya kasih kepada nafsu sendiri. 

Pernahkah terlintas atau tertanya: 
"Aku ni tak cemburu ke bila lelaki lain melihat perhiasan (yakni fizikal) isteri atau anak-anak?"

Pernahkah para wanita tertanya :
"Ayah ku/suami ku/abang ku/ adik (lelaki) ku, tidakkah terbit rasa cemburu apabila aku mempamerkan auratku di hadapan orang lain?"

Mungkin kalian terlupa...

"Bila kita sayangkan seseorang, kita nak sama-sama masuk ke Syurga dengannya atau setidak-tidaknya kita tidak menjadi penyebab dia terjerumus ke dalam Neraka." 

Wahai lelaki budiman yang beriman, usah dibuang cemburumu...!

Wallahua'lam

^ MUKADIMAH HIDUP ^

MUKADIMAH HIDUP

... Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.

... Kepada guru, hendaklah ingat akan jasa jasanya kerana dia adalah satu satunya pemegang pelita yang menerangi kegelapan hidup kita; kerana hidup tanpa ilmu adalah hidup yang sia-sia.... 

... Kasihi akan keluargamu, kerana mereka adalah insan yang terdekat sekali di dalam hidup kita dan tidak mungkin dipisahkan dengnan apa jua pun, bagai air yang dicincang tak akan putus,

... Berbudi luhur dan beramah mesra dengan jiran tetangga, kerana mereka adalah sebahagian daripada keluarga kita. 

... Kepada sahabat, hendaklah berlaku jujur dan hormat menghormati dalam memupuk pergailan yang abadi; kerana sahabat yang sejati ibarat bintang yang menghiasi malam. 

... Dalam kebahagian dan kesusahan putaran hidup ini terdapat sekuntum hati yang sama merasai; adalah teman hidup. Tatangilah perkongsian hidup yang suci ibarat menatang mutiara yang tiada ternilai harganya; kerana satu satunya jiwa yang boleh memberikan ketenangan dan kemanisan hidup dalam dunia yang penuh kepahitan.

... Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka.

... Oleh itu sayangilah dirimu, cintailah Allah, kasihi akan rasul-Nya, kerana tidak dijadikan kekasih-Nya, Muhammad, melainkan menjadi rahmat semesta alam.

^ NASIHAT UTK ORANG YANG BERCINTA ^


NASIHAT UTK ORANG YANG BERCINTA

1.   Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin
      dengan ‘si dia’. 

2.   Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu. 

3.   Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum
       engkau berhak menjadi milik ‘si dia’. 

4.   Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-
       Nya. 

5.   Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah
       selepas kau diijabkabulkan. 

6.   Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka
       engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. 

7.   Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah
       sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu. 

8.   Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya. 

9.   Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta
       tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan. 

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan
       tarik kebahagiaan darimu. 

✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿

^ SEBENING HATI ^


SEBENING HATI

Qiam berdiri,
Diam sunyi,
Aku menghadap Ilahi.

Dalam halus membisik bicara,
Tutur begitu tartil membaca,
Sungguh aku ingin sekali merasakan,
Hancur luluh hati kala membaca ayat-Mu.

Gentar dan cemas takutkan-Mu,
Pada azab yang dijanji,
Pada tanzir yang diberi,
Namun,
Kemarau sungguh hati ini,
Untuk menghadirkan rasa sebegitu,
Apatah lagi kalau,
Untuk mengempang air mata,
Menitiskan entah bilakan lagi.

Bagaimanalah ibadah dapat membekas...
Bagaimanalah hati tidak mengeras...

Sungguh aku merasakan,
Bersilir-silir pawana Rahim-Mu,
Tembus ke ladang hati,
Gemburkanlah Ya Allah,
Kurniakanlah cinta-Mu padaku,
Agar aku dapat mencintai-Mu,
Dan merasai manis lazatnya ibadah ini...

^ WARDAHKU ^


WARDAHKU

Wardahku,
Tika dirimu terasa hambatan ujian-Nya terlalu perit,
Maka sujudlah kepada Yang Maha Penyayang,
Secebis ketenangan akan menyusup kembali,
Saat terasa kehabiskan semangat di medan juang,
Sahutlah kembali seruan 'Hayya 'alal falah',
Usah dibiarkan mutiara berharga itu mengalir sia-sia,
Salurkan ia kepada Yang Maha Esa,
Dia yang selalu bersamamu,
Saat duka dan gembira menerpa,
Tabahkan hatimu mawarku,
Moga rahmat Allah bersamamu,

Walau dalam senyuman,
Mahupun dalam tangisan,
Kerana engkau mujahidah muda,
Srikandi pejuang agama mulia,
Lantas itulah Dia menebarkan onak berduri,
Buat tarbiyyah Pencipta kepada hamba Nya,
Bagi yang beraqal dan beriman kepada Nya,
Sahutlah kembali alunan zikrullah,
Moga hatimu bahagia dengan ujian Nya,
Datang menerpa silih berganti,

Wardahku,
Usah hiraukan kumbang yang menerpa,
Kerana kau bunga berkembang mekar,
Indah di taman larangan,
Bukan permainan untuk sebarangan,
Tapi permata berharga,
Intan yang berkilau cahayanya,
Hanya yang 'haq' mampu mendekatimu,
Seindah mawar berduri,
Itulah pujaan seorang lelaki,
Yang mendambakan sayap kiri,
Yang suci dari debu dunia,
Apatah lagi sebutan sang lelaki....

Wardahku,
Bentengkan dirimu dengan iman pada-Nya,
Kuatkan hatimu dengan taqwa pada-Nya,
Pasakkan semangatmu dengan hidayah-Nya,
Kerana ku yakin....
Kau mawar berharga,
Milik si kumbang yang juga berharga,
Di kanvas sejarah Islam,
Kerana janji Allah itu pasti kan tiba,
Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik...

Friday 28 October 2011

^ WAHAI HAMBA ALLAH ^


WAHAI HAMBA ALLAH 

Wahai hamba Allah...
Bangun lah dari lena mu,
Lupa kah kau pada janji mu?
Lupa kah kau asal usul mu?

Wahai hamba Allah...
Ingatkah kau pada tuhan mu,
Tuhan yang menjadikan kau dan aku,
Tuhan yang kau lupakan,
Tatkala kau memakan pemberian-Nya,
Kau berpijak di bumi-Nya...

Wahai hamba Allah...
Masih ingatkah kau pada tangisan mu,
Sewaktu dia,
Menghembuskan kau ke perut ibu mu.

Wahai hamba Allah...
Lupakah kau pada kata mu?
Lupakah kau pada keengganan mu?
Berpisah dengan tuhan mu.

Wahai hamba Allah...
Lupa kah kau pada syurga,
Sehingga kau menyanjung dunia,
Yang kau tak akan miliki,
Walau kau tersungkur mengejarnya,
Dunia yang akan menghukummu,
Sekiranya kau tersalah langkah,
Dunia yang akan melupakan mu,
Apabila kau meninggalkannya...

Wahai hamba Allah...
Kau terlalu mencintai kehidupan,
Sehingga kau terlupa akan kematian,
Kau sibukkan dirimu dengan keduniaan,
Kau tinggalkan janji mu hanya dengan alasan,
Sibuk mencari nafkah untuk kehidupan,
Juga pada masa yang sama...
Kau terlupa akan maksud kehidupan...

Wahai hamba Allah...
Tuntutlah keredaan Allah,
Sebelum Allah menuntut jasad,
Yang hanya pinjaman dari-Nya.
Subahanallah... Maha suci Allah..

Monday 24 October 2011

^ PISAH ^


PISAH

Sebuah ikatan terasa hanyalah sejarah,
Betapa dulu kita saling suka dan canda,
Memberi dan meminta tanpa kisah nestapa,
Hari berlalu tanpa cela.

Namun kini semua tak bermakna,
Ketika terasa tiada persamaan kata,
Ketika langkah berseberangan arah,
Dan hati hampa tanpa penyejuk raga.

Tali terlepas dengan mata terbuka,
Saling melambai untuk melangkah jalan berbeza,
Semoga ini sebuah pelajaran cinta,
Bahawa semua yang datang akan pergi pada waktunya.

Aku termenung menata batin,
Mencuba tegar dalam kesendirian,
Mencuba tersenyum dalam kesepian,
Semoga esok akan datang pengubat jiwa.

Monday 17 October 2011

^SEKELUMIT RASA ^


SEKELUMIT RASA

Ya Allah..
Langkah demi langkah ku,
Yang melakar hakisan di bumi-Mu,
Seolah lelah hati memperjuangkannya..
Sejenak kesedaran bertalu di fikiran,
Akan waktu yang tidak lagi memihak akan kesungguhanku.

Ya Allah..
Sekelumit rasa yang tidak patut ku luahkan pada-Mu,
Kini ku wacanakan pada madah disulami doa..
Sungguh hati dan kesanggupan,
Bagai lelah akan ujian seakan hujan..

Ya Allah..
Walau mungkin ku selam mutiara di lautan,
Untuk ku jadikan ranjang kehidupan,
Namun itu,
Tidak bermakna andai iman kosong di dada..

Ya Allah..
Aku bersyukur akan warna yang engkau lukiskan pada hari-hari ku,
Dan kasih yang Engkau titiskan,
Menyelinap ke rongga jasadku,
Disetiap kali aku mendahagakannya..
Deruan hujan seakan mengiringi tanggisan sanubari,
Memohon akan ihsan dari-Mu.
Satukanlah aku dan dia,
Aku memintanya dari-Mu,
Kerana dia milik-Mu,
Seperti mana diriku.

Ya Allah...
Tiada yang mustahil akan kehendak mu,
Dengan itu ku tautkan harapan akan redha-Mu Ya Rabbal Alamin..

Saturday 15 October 2011

^ MENANTI PELANGI ^


MENANTI PELANGI

Menyusuri waktu,
Di persisiran tandus,
Berpijak pada jejak kaki menghias pantai,
Sayup kedengaran bayu membelai kalbu,
Berlari ke laut,
Menjejak realiti,
Menjerit tangisan,
Tersungkur ke bumi.

Membahas amarah,
Menyalahkan langit,
Menuduh sang mentari.
Namun...
Tiada sahutan,
Cuma yang kedengaran,
Kicauan sang merpati,
Seolah menyindir.

Aku malu pada alam,
Yang menjadi saksi..
Aku malu pada hidup,
Yang menemani..
Masih adakah kesempatan???
Walau sekadar harapan,
Untuk sahut melayari hayat.
Setelah dosa lalu,
Bagai buih dilautan mewarnai waktu.

Ya Allah...
Masih adakah pelangi,
Setelah deruan hujan meragut mentari...

Friday 14 October 2011

^ MUHASABAH DIRI ^


MUHASABAH DIRI 

Hari demi hari,
Langkah disusun disisi,
Dengan harapan dapat diisi,
Tapi dengan apakah perlu dipenuhi,
Adakah dengan hasrat yang tiada mati,
Atau dengan panduan agar diri diredhai.

Wahai diri yang selalu sepi,
Kerana tiada usaha mahu mengisi,
Bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi,
Basuhlah hati dengan tangisan dipipi,
Yang mengalir sebab terasa jauhnya diri,
Bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi.

Wahai pemilik mulut ini,
Yang sering mengatakan perkara yang jarang dilakukan diri,
Menegur mereka seolah diri bersih suci,
Tapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli,
Persoalkanlah diri dan hati,
Mampukah diri bertawajjuh dalam mahkamah Ilahi,
Atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi,
Dalam tindak tanduk sehari-hari.

Muhasabahlah diri sendiri wahai diri,
Yang akan menutup mata sebentar lagi,
Dan tiada bangkit untuk kesekian kali.

Thursday 13 October 2011

^ TERGAMAK KAU ^


TERGAMAK KAU 

Di awal paparan ku menyusun jemari..
Menoktahkan sebuah kenyataan.
Di saat kau melontar madah,
Membuat ku kaku...
Membisik kata.. membakar situasi.. meranap sanubari..

Di kala itu aku bagai di tampar..
Terpinga pinga menepis tomahan,
Bagaikan hujan di dalam kekalutan,
Kau mengukir senyuman,
Seolah menampakkan kepura-puraan,
Tergamak kau...

Kini ku wacanakan,
Lafaz yang terpendam..
Kerana sukar ku meluah,
Bertaut pada madah.
Sungguh itu di luar kemamapuanku..

Aku tidak seperti kamu,
Bagai duri dalam gengaman,
Dulu kau ku ibaratkan,
Bak bunga di musim kemarau,
Bak cahaya di kepekatan malam..

Tapi kini kau bagai dian,
Yang membakar tanpa ku sedari,
Menghapus mimpi,
Meranap janji...

Dulu seberkas sinar harapan,
Ku tadahkan buatmu,
Kini sekelumit kebencian,
Bertaut pada sanubari..

Andai kasih bertaut kembali,
Yang pasti tidak lagi buatmu..
Tidak sekali kali...

Wednesday 12 October 2011

^ PENANTIAN ^


PENANTIAN

Malam terus berganti tanpa sedari,
Lamunan hanyut dalam ilusi,
Betapa kenangan tak mungkin terbuang,
Meradang sendiri dalam muram.

Cinta terpisah ruang dan waktu,
Tiada kata selain harus menunggu,
Jera hati untuk selalu meminta,
Kerana semua berujung nestapa.

Merendah hari tanpa ceria,
Hingga kadang lambaikan pada semua,
Untuk sekadar mengisi sepinya rasa,
Dengan berteman diantara bekunya rasa.

Tersenyum tanpa mahu meminta,
Penantian ini entah bila penghujungnya,
Tiada kata bijak selain harus berdoa,
Semoga tidak sekadar ratapan belaka.

^ KITA BERPISAH ^


KITA BERPISAH

Kita berpisah…
Bukan sebab kita membenci.
Kita berpisah…
Bukan kerana dendam kesumat di hati sanubari.
Kita berpisah…
Bukan kerana ada insan lain dalam diri kita.

Sungguh…
Bukan kita yang merelakan perpisahan ini berlaku.
Bukan kita yang mahukan perkara ini terjadi.

Kita berpisah…
Kerana kita perlu mengenali…
Erti pengorbanan dalam sesuatu perhubungan.
Ini bukan untuk kepentingan diri sendiri,
Tapi untuk kepentingan bersama...

Kita berpisah…
Kerana kita memberi peluang.
Serta haluan yang lebih baik untuk diri sendiri.
Berilah peluang pada diri sendiri.
Dan berilah peluang itu pada diri orang lain.

Tiada dendam…
Kerana kita masih lagi memerlukan.
Tiada hasad dengki…
Malah perlu saling mendoakan.
Tiada marah…
Kerana hati yang ikhlas sama merelakan.
Jika tiada aral melintang… 
Dengan harapan pelangi yang indah itu akan pulang.

Monday 10 October 2011

^ AKU DAMBAKAN HIDAYAH-MU ^


AKU DAMBAKAN HIDAYAH-MU  

Aku..
Hanya insan yang mencari redha-Mu Ya Allah..
Berjuta kesilapan,
Bernoda dengan anasir hitam,
Bergelumang dosa…
Yang aku sendiri banggakan suatu ketika dahulu, 

Mungkin caraku salah, 
Mencari petunjuk diceruk-ceruk dunia hitam,
Padahal…
Syurga dunia hanyalah sementara,
Atau penjara yang paling indah,
Ciptaan Allah Yang Maha Esa…

Manusia seperti aku,
Diperlihatkan dengan ilham duniawi,
Aku tidak akan terpengaruh lagi
Aku dambakan hidayahmu Ya Allah…
Aku menanti redha dunia yang abadi..

Allahuakbar… Allahuakbar…. Allahuakbar…
Kini impianku lebih jelas,
Menanti syurga yang hakiki,
Berlandaskan jalan yang KAU redhai…

Thursday 6 October 2011

^ SAMBUTLAH TANGAN INI MY SORELLA ^



My Sorella...
Dinding tebal telah halangi senyummu,
Rasa bersalah makin menghujam diri ini,
Bilakah pintu akan terbuka lagi???

Aku melangkah tak lihat arah,
Aku menoreh luka di hatimu,
Aku menyesal tak tahu tuju,
Aku tertunduk ungkapkan pasrah.

My Sorella...
Andai senyum itu kembali mengembang,
Andai tangan ini kembali tersambut,
Aku tengadah pintakan maafmu.

Manusia tak luput cela,
Hati dan langkah ini khilaf adanya,
Jika senyum itu kembali merekah,
Mentari akan bersinar di pelupuk mata

My Sorella...
Renungkan ungkapan hati ini,
Kutunggu hadirmu dalam mimpi
Tersenyum untuk harungi alam fana,
Suka duka milik bersama...

Tuesday 4 October 2011

^ HATI TIDAK CEKAL ^


HATI TIDAK CEKAL

Hati bertanya 'apa maksud ujian?'... 
Akal menjawab 'bukankah ujian itu membuktikan sayang Allah padamu?'... 
Hati masih meronta-ronta. 
Apa mungkin ianya kecewa? 
Kecewa kerana tidak memiliki apa yang diimpi dan diharapkan?... 
Hati kembali berkata 'aku hanya ingin dipermudahkan segala urusan, aku hanya ingin segalanya yang terbaik agar aku tidak lagi mengecewakan insan yang aku sayangi'... 

Akal menjawab 'Kau kecewa hati? Kau kecewa dengan siapa? 
Layakkah dirimu untuk berasa kecewa setelah hanya sedikit sahaja permintaan-Mu tidak dipenuhi seperti mahumu?... 

Sedarlah hati, Allah tidak mungkin menguji andai Dia tahu kemampuan kita tidak mencukupi. Allah hanya akan memberi yang terbaik untuk kita, walaupun adakala ianya menyakitkan dan tidak seperti yang diharapkan. Namun ketahuilah wahai hati, ujian itu bukti Allah masih peduli akan dirimu. Diuji agar dirimu tidak terleka dengan nikmat. Diuji agar kau sedar akan kekurangan. Diuji agar kau insaf segala ketidaksempurnaan...Ketahuilah hati, Allah mengetahui yang terbaik buatmu. Teguhkan keyakinanmu terhadap kekuasaan-Nya, pasti ada hikmah yang tersembunyi.'... 

Hati termenung.. 
Cuba meletakkan iman dihadapan pemikiran... 
Lalu hati berdoa penuh keinsafan dan pengharapan... 
"Ya Allah diri ini sering tertewas dengan dugaan dan ujian-Mu. Aku tidak gagah untuk menghadapi apa yang telah Engkau bentangkan buatku saat ini. Justeru aku mohon bantuan-Mu, sesungguhnya segala dugaan dan ujian ini datangnya dari-Mu, Engkau permudahkanlah ia bagiku... Aku teramat mengharapkan bantuan-Mu... kerana hanya dengan kekuasaan-Mu aku mampu mengharungimya. Aku sedih ya Allah... Aku kecewa dengan diri ini... Aku tidak mampu menyembunyikan air mataku sendiri... Aku hanya mampu menadah tangan memohon pertolongan-Mu... Maafkan dan ampunkanlah diri ini ya Allah, kerana aku hanya hamba-Mu yang lemah..." 

.....sesungguhnya kasih sayang Allah sering mendahului kemurkaan-Nya...

Monday 3 October 2011

^ SEBELUM JIWA INI TERLEPAS ^


SEBELUM JIWA INI TERLEPAS

Ku rebahkan tubuh ini,
Ingin aku menyelam ke dalam fikiranku,
Sebelum aku terlelap dalam tidurku,

Tapi entah esok,
Apakah aku masih dapat menikmati keindahan alam ini..??
Itu tak pasti...!!!

Malam....
Andai suatu saat,
Setelah hujung nafasku telah tiba,
Lantunkan nukilanku ini dengan nada yang indah,
Agar jiwa ini tenang saat ia terlepas dari raga ini.

Tapi.. izinkan aku sejenak,
Berkelana dalam khayalku,
Untuk mencari suatu kedamaian
Disebalik kegelapan malam....

^ CINTA TIGA SEGI ^


Buat Isteriku...

Isteriku...
Aku suamimu.. pendamping hidupmu,
Bukan Blackberry mu... bukan pula Facebook mu,

Tapi kenapa???
Pertama kau matamu,
Kau sapa Blackberry mu,
Kau sapa Facebook mu,
Bukan “Selamat pagi suamiku..”

Bunyi ping-ping, buzz-buzz, krik-krik, ting-tong,
Lebih meraik perhatianmu daripada panggilan sayangku.???
Biarlah...
Kamu asyik dengan Facebook mu,
Kamu bawa terus Blackberry mu,
Ke ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik mandi,
Bahkan sampai tempat tidur,

Biarlah...
Kamu terus menunduk,
Bahkan matamu tidak berkedip,
Walaupun suami dan ibu mertuamu lalu di depanmu,
Sampai bila kamu akan terjerumus seperti ini..???

Buat suamiku...

Suamiku..
Jangan cemburu dengan Facebook atau Blackberry,
Kau tetap yang terbaik,
Dihatiku wajahmu tetap manizzz.....
Hahahahahaha.... Layanzzzz