Saturday 26 January 2013

^ BERJANJILAH ^


BERJANJILAH

Berjanjilah..
Walau apa yang berlaku,
Kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.

Berjanjilah..
Walau apa pun yang akan terjadi,
Kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.

Berjanjilah..
Bahawa walau sekuat mana kita diduga,
Kita tak akan sekali-kali mendongak untuk bertanya DIA "kenapa??"

Berjanjilah..
Bahawa walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
Kita masih juga akan tetap percaya..
Bahawa mendung akan akhirnya pergi,
Dan langit akan kembali biru..
Seperti masa dahulu.

Berjanjilah...
Bahawa walau apa pun terjadi,
Kita akan sentiasa optimis dan percaya,
Bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.

Berjanjilah..
Untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
Mempersoal takdir dan bertanya mengapa,
Lantas berputus asa.

Berjanjilah..
Untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa,
Tersenyum dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.

^ LEBIH BAIK DILALUI ^


LEBIH BAIK DILALUI

Hidup yang disulami air mata, ketawa, canda, ujian dan cabaran,
Yang terkadang mengecewakan dan melukakan,
Itu adalah lebih baik dilalui,
Berbanding mimpi yang indah,
Namun kosong dan lompong,
Tiada erti,
Indah hanya khayalan yang tak pasti,
Terjaga segalanya hilang dan pergi,
Yang tinggal mungkin hanya memori yang berbaki.

Sedang hidup,
Walau perit dijalani,
Ia adalah realiti yang pasti,
Larilah atau sembunyi,
Ia adalah hakikat yang pasti,
Tidurlah atau berjaga,
Suka atau benci,
Semua hakikat perlu diterima dengan lapang hati,
Dan perubahan perlu dilakukan dengan tangan sendiri,
Dan setiap yang tinggal adalah sesuatu yang sangat bererti dan istimewa,
Pengalaman dan pengajaran yang tak sama seperti yang dimiliki insan lain.

Sesukar mana pun kehidupan,
Percayalah... bahawa hidup yang menyakitkan itu..
Lebih baik dari mimpi yang sangat indah,
Sedang ia pasti dan tak punya erti.

Wednesday 23 January 2013

^ ALHAMDULILLAH ^



Terlihatkan tulisanku sendiri,
Luahan hatiku sendiri, 
Aku tersenyum… 
Rupanya begitu banyak yang bergolak dihati ini ya ALLAH. 

Ya ALLAH…
Begitu juga banyak kasih saying-MU padaku.
Dimana ENGKAU tak pernah tinggalkan aku lemas sendirian.
Ketika aku tenggelam dalam perasaanku sendiri.

Aku bersyukur,
Kerana ada-NYA rasa itu.
Aku lebih dekat pada-MU.