Thursday 28 July 2011

^ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ^


ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,

Tentu siangnya engkau sibuk berzikir,
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu,
Mendayu.. merayu... kepada- NYA Tuhan yang satu.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu,
Solat yang dikerjakan..  sungguh khusyuk lagi tawadhu',
Tubuh dan qalbu... bersatu memperhambakan diri,
Menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji,
"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin",
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam…

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,

Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu,
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja,
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang,
Alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan…

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,

Tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajjud, mengadu, merintih dan meminta belas kasih,
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU… tapi, aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"…

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,

Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang,
Mari kita meriahkan Ramadhan,
Kita buru, kita cari… suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan…

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,

Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir,
Mempersiap diri.. rohani dan jasmani,
Menanti-nanti jemputan Izrail,
Di kiri dan kanan,
Lorong-lorong redha Ar-Rahman…

Duhai Ilahi....

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami,
Jadikanlah ia Ramadhan paling berarti,
Paling berseri menerangi kegelapan hati kami,
Mnyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-MU Ya Ilahi,
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti…

Namun sahabat,
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui,
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya,
Yang mampu bagi seorang hamba itu,
Hanyalah  berusaha… bersedia… meminta belas-NYA…

Ya Allah…
Kamilah hamba yang mengharap belas darimu,
Jadikanlah kami hamba-hamba-MU yang bertaqwa,
Ampunkanlah dosa-dosa kami.. kedua ibubapa kami…
Dosa semua umat-umat  islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia,
Amin.....  

Andai benar ini Ramadhan terakhir…
Kita sering mendendam,
Ttak mudah memberi dan melepaskan maaf.
Mulut mungkin berkata ikhlas.
Namun bara amarah masih ada dalam dada,
Tak pernah kita lepas.

Sebelum hidup berakhir,
Izinkanlah diri ini meminta maaf,
Akan kata-kata yang tidak menyenangkan dihati,
Entah berapa kata-kata yang melukai hati,
Entah berapa sikapku yang menyakiti,
Akan janji-janji yang tidak ditepati,
Selalu berprasangka.

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DI LAKUKAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM.

Tuesday 26 July 2011

^ KELUHAN HATIKU ^


KELUHAN HATIKU

Ya Allah!!
Padamu ku rebahkan keluh ku...
Kerana hanya KAU yang tahu isi hati kecilku ini..
Hati kecil yang seakan tidak mampu untuk menempuh ujian kecil yang kau berikan...


Ya Allah!!!
Tuhan yang tiada lagi sekutu bagimu, yang menguasai seluruh alam dan seisinya...

Sedarku akan hati kecil yang tak terpaut rasa bersyukur ke atas nikmat yang tiada tanding taranya… yang KAU telah kau hulurkan kepadaku... 
Diri yang kotor dan kerdil ini.. memohon padamu akan redha mu.. Akan kasih sayangmu..


Ya Allah!!! 
Kurniakan lah dia sebagai penyejuk di mata penawar di hati ini..

Satukanlah kami jika dia yang terbaik buatku, buat agamaku.. 
Dan jika tidak... maka kurniakanlah dia seseorang yang mencintaimu..

Agar hatinya turut terpaut padamu... 


Ya Allah!!! 
Jika dia bukan untuk ku…

Maka lapangkan dadaku dengan iman dan taqwa kepadamu..
Dan ambillah aku pulang kehadratmu…
Pisahkanlah nyawa dari jasad yang hanya pinjaman dari kekuasaan mu..
Iini kerana aku tak mahu mencari penggantinya..
Mahu pun mencintai mahluk lebih dari mencintaimu.. 

^ TIADA LAGI TANGISAN.... ^


TIADA LAGI TANGISAN....

Kini telah lama kita berpisah,
Rintihan asmara kian berubah,
Tiada lagi mengharap,
Tiada lagi belaian manjamu,
Semua telah berakhir...

Ketenangan hidup menyinari ku,
Keperitan cinta terlerai sudah,
Tabahkan lah hati duka nan berduri,
Aku mengenali siapakah diriku yang sebenarnya...

Tiada lagi tangisan,
Tiada lagi air mata,
Membasahi jiwa luka,
Yang tinggallah hanya memori duka...

Semua telah diduga pertemuan kali ini,
Takkan berkekalan berakhirnya istana bahagia,
Biarkan aku hidup keseorangan,
Tak perlu lagi cinta yang menghiris luka,
Titisan air mata kini kekeringan,
Tak perlu menabur kasihmu..

Dan tertutup jendela harapan ini,
Kau yang menanti kepangkuan ku,
Semua takdir yang telah ku temui,
Kan ku bina segala tanpamu...


Thursday 21 July 2011

^ MENGGAPAI REDHA ILAHI ^


MENGGAPAI REDHA ILAHI

Ya Allah Ya Tuhan ku,
Apa pun nikmat kurniaan Mu,
Untuk kesenangan hidup ku di dunia,
Persembahkanlah pada musuh-musuh Mu,
Begitu juga nikmat kurniaan Mu,
Untuk kehidupan ku di akhirat nanti,
Berikanlah pada sahabat-sahabat seperjuanganku.

Ya Allah Yang Maha Pengasih,
Cukuplah Engkau buat pelindungku,
Cukuplah Engkau tempat ku bergantung,
Cukuplah Engkau untuk mengadu kasih,
Cukuplah Engkau buat ku segala-galanya,
Ya Allah cukuplah hanya cinta dan redha Mu,
Kerana itulah yang ku cari selama hidupku di dunia.

Ya Allah Yang Maha Pengampun,
Jangan Kau tarik nikmat cinta itu dari ku,
Dengan kekuatan cinta itu akan ku bersungguh-sungguh,
Mencari bekalan untuk kehidupan di akhirat,
Walau terpaksa ku korban harta, masa, jiwa dan segalanya,
Untuk bertemu dengan Mu Ya Allah,
Kerana hanya jalan itu yang Kau redhai.

Ya Allah...
Jika sujudku padaMu kerana takut akan neraka,
Jadikanlah aku bahan bakar apinya,
Jika ku sujud padaMu kerana mendambakan syurga,
Tutuplah bagiku pintu syurga itu,
Akan tetapi, jika sujudku demi Engkau semata-mata...
Janganlah Kau palingkan wajahMu dari ku,
Tempatkanlah aku di tempat yang tinggi darjatnya di sisi Mu.

Ya Rabbi..
Sesungguhnya Aku takut dan gentar bertemu Mu Ya Allah,
Di saat hari perhitungan yang akan menentu segalanya,
Aku tahu bahawa aku masih tidak terdaya,
Memikul amanah Mu di dunia yang fana,
Namun aku tetap berusaha mengikis segala,
Kezaliman, kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Mu.

Aku tidak mahu kalah dengan nafsu dan amarah,
Aku juga tidak mahu kalah dengan tumbuh-tumbahan,
Yang tidak pernah berhenti berzikir ke atas Mu,
Ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran, 
Dalam merintangi hidup menggapai redhaMu Ya Ilahi....

Saturday 16 July 2011

^ UJIAN DARIPADA ALLAH SWT ^


UJIAN DARIPADA ALLAH SWT

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

^ CANTIK ADALAH UJIAN... BERSYUKUR SEADANYA ^


Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.


CANTIK SEBAGAI ANUGERAH
1.         Meningkatkan rasa syukur.
2.         Keyakinan diri tinggi.
3.         Sedap mata memandang.
4.         Maintanance rendah (sepatutnya).
5.         Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa.

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

CANTIK SEBAGAI UJIAN
1.         Dijadikan bahan komersial.
2.         Disayangi hanya kerana rupa.
3.         Menimbulkan riak dalam hati.
4.         Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata.

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun,  ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.


Jadi bunga seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap Muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”


^ NISFU SYA'BAN - KEISTIMEWAAN BULAN SYA'BAN ^


Bulan Sya'ban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sama seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah.

Sya'ban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya'ban adalah memperbanyak puasa sunat, bertaubat dan beristiqhfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Sya'ban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah.

Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Sya'ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.

Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Sya'ban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud: “Bulan itu (Sya'ban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie)

Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Sya'ban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Malam Nisfu Sya'ban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban.”

HADIS – HADIS YANG MENERANGKAN KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN

1.    Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya: Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2.  Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya: pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.

   Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.
  
3.      Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 

4.      Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
                  Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.
  
5.     Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.

6.      Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7.      Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.
  
FAEDAH AMALAN PADA NISFU SYA'BANisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1.         Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2.         Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3.         Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4.         Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.

Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

^ CINTA MEMANG INDAH TAPI BANYAK RANJAU ONAK BERDURI DIDALAMNYA. . ^


CINTA MEMANG INDAH TAPI BANYAK RANJAU ONAK BERDURI DIDALAMNYA. .

Kepada yang masih SINGLE....
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yg layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN....
Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…
Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalm mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah!  Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUSAI....
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan. 

Thursday 14 July 2011

^ DIAM ITU LEBIH BAIK ^



DIAM ITU LEBIH BAIK

Diamku memberi seribu erti,
Aku memberi pandangan sepi,
Apabila orang melihat ku menyendiri,
Aku hanya tersenyum diam tunduk mengerti.

Saat ku duduk bersendiri,
Ku termenung mencari mutiara untuk waktu diisi,
Ku mencari waktu untuk muhasabah diri,
Juga ku mencari hikmah sebalik peristiwa terjadi.

Apabila orang bercerita tentang diri,
Diriku dikata pendiam menyepi,
Hati kecilku tertawa terdengar tentang diri,
Kenangan hanya menjadi mimpi ilusi.

Tentang diri ku itu masih tidak ku nafi,
Aku hanya menerima seikhlas hati,
Sudah diriku ditarbiyah sebegini,
Berbicara hemat dalam setiap kondisi,

Aku teringat serangkai hadith kekasih Ilahi,
”Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir
Hendaklah dia berkata baik atau diam,..”
Itulah hadith ku amali dan ku pegangi,
Juga dijadikan nas untuk ku bahas tentang diri,
Dikata pendiam tiada erti,
Menjadi perbualan setiap peribadi.

Berkata nista tidak sekali,
Bermadah pujangga manisan hati,
Hidup berbudi indah sekali,
Sopan santun penghias diri.

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata rosak binasa,
Hikmah berlaku menjadi pengajar,
Salah dan silap maaf dipinta.

Tuesday 5 July 2011

^ BINTANG MERINDUKAN BULAN ^


BINTANG MERINDUKAN BULAN

Ketika cinta bersemi di antara kita,
Disaat gejolak cinta merasuk kedalam jiwa,
Sering ku dengar kalimat indah dari bibirmu,
Selalu ku rasa lembutnya cinta kasihmu.

Terlantun bagai simfoni melodi yang indah,
Terlukis bagai goresan pelangi yang sempurna,
Lihat bintang diatas sana,
Tak mungkin indah bila sendiri,
Hati ini pun begitu adanya,
Berharap kau faham dan mengerti.

Cuba kau dengar gemercik air,
Riaknya seakan saling berbisik,
Terdengar lirih menyebut namamu,
Lambat tapi terdengar syahdu,
Dan aku pun mulai tersenyum.

Ketika semua dapat ku rasa,
Indah dan begitu indah ku rasa,
Dan sungguh itu yang ku rasa.

Kini semua telah terjadi,
Telah ku masuki satu hati,
Yang tak mungkin ku tinggal pergi,
Meski belum ada kata pasti,
Andai kamu disini,
Andai kamu mengerti…