Monday 30 July 2012

^ HANYA PADA YANG SATU ^


HANYA PADA YANG SATU 

Kebiasaannya, apabila ditanya kepada seseorang muslim tentang matlamat dan wawasan hidup, sudah tentu yang terpancul dari mulut adalah 'Mardhatillah' iaitu 'Hidup untuk mendapat Keredhaan Allah' supaya diakhirat kelak mendapat lindungan dan syafaat Allah. Tetapi sejauh manakah kita sebagai seorang muslim mengerti apakah itu 'redha Allah'. Ianya adalah bermula daripada awal pagi kita bangun daripada tidur sehingga kita tidur kembali dan diantaranya, semuanaya kita mengharapkan kehidupan dalam redha-NYA. Oleh itu, kali ini saya ingin menagajak diri saya dan juga sahabat-sahabat untuk kita memahami dan mencari Redha Allah yang sebenar. 

Dalam mencari redha Allah, pernahkah kita terfikir setiap kali bangun dari tidur: 
- Kenapa Allah SWT hidupkan aku pagi ini?... apa jawapan kita?? 

Sekiranya jawapan kita :
- Kerana aku masih muda... INGAT!!! syarat mati bukan mesti tua!!
- Kerana aku sihat, tak ada penyakit... INGAT!!! syarat mati bukan mesti ada penyakit!! 

Jawapan yang paling tepat, kata Imam al-Ghazali : 
' Aku hidup pagi ini kerana banyaknya dosa aku semalam, lalu Allah bagi kesempatan dan peluang untuk aku bertaubat. ' Ya Allah, betapa pemurahnya Pencipta untuk makhlukNya.

InsyaAllah, yakinlah dengan jawapan itu, hidup kita pada hari itu akan lebih terkawal dengan pengakuan itu. ' Hidup untuk bertaubat, bukan untuk buat dosa baru atau menambahkan dosa yang sedia ada. ' 

Kata Saidina Ali RA : ' Allah Taala tidak ingin mengazab kamu, tetapi kamu yang sebenarnya beria-beria untuk Allah mengazab kamu. '

Sahabat lain bertanya kepada Saidina Ali RA kehairanan : ' Wahai Ali, kenapa kamu berkata begitu?' 

Jawab Saidina Ali, ada 5 bukti bahawa Allah tidak ingin mengazab kamu : 

1. Allah telah mengutuskan seorang Rasul - untuk membimbing manusia ke jalan Allah untuk memberi peringatan baik dan jahat kepada manusia... untuk memberi petunjuk bagaimana hendak mencintai Allah 

2. Allah banyakkan amalan sunat daripada amalan wajib.

3. Apabila Allah memperbanyakkan yang halal daripada yang haram.
' Yang tak boleh di minum hanya satu iaitu arak, tetapi tuak, air teh, air kopi, air tembikai susu jagung ais... semua halal untuk di minum... kahwin..!!! kahwin 1 2 3 atau 4 pun boleh kalau mampu kenapa zina yang haram juga jada pilihan...?? Fikir-fikirkan! Betapa banyaknya pilihan yang halal tetapi itu semua terhijab dengan SATU yang haram....'

4. Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya.
' Jangan dilihat kepada kecilnya dosa, tetapi hendaklah dilihat kepada siapa kita berdosa '

5. Allah menggadaikan satu amalan kebaikan dengan 10 pahala, manakala satu amalan keburukan dan kejahatan dengan 1 dosa. 

Sama-sama kita fikir-fikirkan untuk tingkatkan amalan kebaikan dalam mencari redha Allah yang sebenar, betapa sayangnya Allah terhadap makhluk-NYA.

Tuesday 24 July 2012

^ IZINKAN AKU MENANGIS ^


IZINKAN AKU MENANGIS 

Kala cinta pada manusia ada segalanya,
Indahnya impian dan harapan,
Telah membutakan mata.

Hingga menipuku dalam sandiwara sempurna,
Dan yang ku dapat hanya luka mendalam,
Yang sulit ku sembuhkan.

Ku cuba seperti tak ada apa-apa,
Ku cuba yakinkan ku akan baik-baik saja,
Akhirnya ku lelah bertahan,
Dan ingin ku curahkan segala rasa kekecewaanku.

Terasa menyesakkan dada,
Kala cinta pada manusia,
Dikhianati tinggalkan ku sendiri.

Hanya air mata bicara,
Kerana hati hancur terluka,
KAU masih saja menemani setia...

Tiada KAU lelah akan keluhan,
Tiada KAU marah karena bosan,
Mendengarkanku...
Yang telah melupakan-MU.

Kini aku mengerti bahwa...
Cinta-MU saja yang tak akan pernah mengecewakanku... ~

^ KETIKA MANUSIA BERDOA ^



KETIKA MANUSIA BERDOA...

Ketika manusia berdoa, "Ya Allah ambillah kesombonganku dariku." 
Allah berkata, "Tidak. Bukan Aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya."

Ketika manusia berdoa, "Ya Allah sempurnakanlah kekurangan anakku yang cacat." 
Allah berkata, "Tidak. Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara."

Ketika manusia berdoa, "Ya Allah beri aku kesabaran." 
Allah berkata, "Tidak. Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cubaan, tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri."

Ketika manusia berdoa, "Ya Allah beri aku kebahagiaan." 
Allah berkata, "Tidak. Kuberi keberkahan, kebahagiaan tergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkahan itu."

Ketika manusia berdoa, "Ya Allah jauhkan aku dari kesusahan." 
Allah berkata, "Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku."

Ketika manusia berdoa, "Ya Allah beri aku segala hal yang menjadikan hidup ini nikmat." 
Allah berkata, "Tidak. Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmati segala hal."

Ketika manusia berdoa, "Ya Allah bantu aku mencintai orang lain, sebesar cinta-Mu padaku. Allah berkata... "Akhirnya kau mengerti!!" 

Allah tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkan permintaan kita, justeru kerana Allah tahu yang terbaik, yang kita tidak tahu.

Monday 23 July 2012

^ HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH ^


HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.  

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut. 

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya: 

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). 

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. 

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman. 

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S. 

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. 

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh. 

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah S.A.W. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu. 

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim) 

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib). 

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4). 

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah. 

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari) 

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir) 

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. 

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah : 

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi. 

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih. 

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih. 

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu. 

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah S.A.W. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini. 

Petikan dari terbitan dan edaran percuma: 
DARUL QURAN WAS-SUNNAH 
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2 
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.

^ SURAH MUĤAMMAD 47:38 ^

SURAH MUHAMMAD : 38



Bismillahirrahmanirrahim 
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat-Nya masih lagi kita dalam Islam dan Iman, insyaAllah dan selawat dan Salam keatas junjungan besar kita… pentarbiyah ulung… Nabi Muhammad SAW dan para pendukung Islam sekalian. Moga-moga Allah SWT menetapkan hati-hati kita dalam Islam dan Iman… dua nikmat terbesar yang tidak terhingga. 

Pernah tak bila kita baca al-Quran, kemudian bila kita baca tafsirnya... Then we feel that we just read that tafsir for the first time? Although, we’re most likely have come across that verse several times? Pasti pernah kan? Tetapi mungkin kita belum membaca sampai ke hati hingga kita terlupa tentangnya. Unlike, bila kita baca novel... sampai meleleh-leleh airmata, emosi pun terganggu... dan sampai tua pun kita masih ingat part yang buat kita menangis itu.  

Thats normal, but mungkin sekarang kita perlu lebih peka dengan apa yang kita baca itu. Especially ayat dalam al-Quran tu. If possible, semak la kisah disebalik penurunan ayat tu. 

[Surah Muĥammad : 38]


I was reading my Quran and tafsir, when i stumbled to this verse: 
" (Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. "  
[Surah Muĥammad : 38]

" Here you are - those invited to spend in the cause of Allah - but among you are those who withhold [out of greed]. And whoever withholds only withholds [benefit] from himself; and Allah is the Free of need, while you are the needy. And if you turn away, He will replace you with another people; then they will not be the likes of you. "

Kalau kita semak dalam tafsir ibnu katsir, Qatadah berkata: "Allah SWT telah mengetahui, bahawasanya dalam pengeluaran harta benda itu terdapat pengikisan kedengkian. " Benar apa yang dikatakan Qatadah, kerana harta kekayaan itu merupakan suatu hal yang dicintai, dan tidak dibelanjakan melainkan untuk suatu hal yang lebih dicintai seseorang daripadanya. 

Penerangan setiap ayat: 
" Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang di ajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah . Lalu diantara kamu ada orang yang bakhil ."... yakni, tidak memenuhi seruan tersebut. Tak semua orang rela nak keluarkan harta dia. We always think that we have too much things to buy... and this is always been our top most priority. 

" Dan barang siapa bakhil maka sesungguhnya dia bakhil terhadap dirinya sendiri." Maksudnya, pahala akan berkurang darinya, dan akibat dari hal itu sudah pasti kembali kepadanya. If we want to get something, we need to give...  Faham ke? Kena fikir sendiri. ^_^ 

" Dan Allah -lah Yang Maha kaya, " yakni dari segala hal selain diri-Nya, dan segala sesuatu sentiasa memerlukan-Nya. Oleh kerana itu Allah SWT berfirman, " dan kamulah yang memerlukan (kurniaNya), " yakni sebenarnya kitalah yang perlu kepada-Nya. Allah Mahakaya... sedangkan kita makhluk-Nya ini adalah disifat dengan miskin sebagai sifat yang lazim bagi kita dan takkan dapat dipisahkan dari kita. 

[ Surah Adh-Dhāriyāt : 57 ~58 ]


Even dalam Surah Adh-Dhāriyāt : 57 ~58, Allah SWT berfirman yang maksudnya : " Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya. "

" I do not want from them any provision, nor do I want them to feed Me. Indeed, it is Allah who is the [continual] Provider, the firm possessor of strength. "

Dan firman-Nya: " Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar), " yakni dari berbuat taat kepada-Nya dan mengikut syariat-Nya, " Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu. " Maksudnya mereka itu akan mendengar lagi taat kepada-Nya dan perintah-Nya. 

Walaupun ianya cumalah satu ayat yang pendek, tapi bila kita duduk sebentar dan cuba untuk memahami kisah disebalik ayat tersebut pasti kita akan didatangkan perasaan gembira (bila ianya sesuatu yang menggembirakan), sedih (bila ianya menyedihkan), mahupun terharu dan perasaan lainnya. Inilah yang kita panggil sebagai mentadabbur ayat-ayat al-Quran dan al-Quran ini sebenarnya ia akan memberi kita pelbagai perasaan, bukan baca novel saja boleh ada pelbagai perasaan, baca al-Quran pun juga... So, dont miss the opportunity to read your Quran everyday.

Thursday 19 July 2012

^ SALAM RAMADHAN AL MUBARAK ^


SALAM RAMADHAN & SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 

RAMADHAN dirindui dan dinanti, 
Peluang untuk tingkatkan diri, 
Saat terbaik bersihkan hati, 
Raih taqwa insyaAllah Jannah menanti.

Jika semua harta adalah racun, 
Maka zakatlah penawarnya. 
Jika seluruh umur adalah dosa, 
Maka taubatlah ubatnya. 
Jika seluruh bulan adalah noda, 
Maka Ramadhan lah pemutihnya. 

Gersang bumi tanpa hujan, 
Gersang akal tanpa ilmu, 
Gersang hati tanpa iman, 
Gersang jiwa tanpa amal, 

Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, 
Berikanlah kami peluang, 
Mengutip kuntum-kuntum pahala. 
Yang mekar mewangi di Ramadan-Mu. 

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan : " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); 
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri; 
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya." 

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah SAW dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat? 

Oleh itu, sambil menunggu datangnya Ramadhan jari ku susun mohon ampunan atas segala salah dan silap samada disengajakan atau tidak kepada semua sahabat dan shabiah. Anggap ini adalah Ramadhan terakhir buat kita. Selamat menunaikan ibadah puasa… InsyaAllah semoga semua amalan kita diterima Allah dan selalu diberkahi di bulan yang penuh mahrifah. 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK…

Wednesday 18 July 2012

^ DALAM SUJUDKU ^


DALAM SUJUDKU...

Dalam sujud... ku tunduk merendah diri pada-Mu, Yang Maha Agung. 
Dalam sujud... ku berdoa pada-Mu, Yang Maha Mengerti. 
Dalam sujud... ku meminta dan berharap pada-Mu, Yang Maha Pemberi. 

Dalam sujud... ku mohon ampunan-Mu atas dosa demi dosa. 
Dalam sujud... ku tagih cinta-Mu, yang tak bertepi. 
Dalam sujud... ku mohon kasih sayang-Mu, yang melimpah ruah. 

Dalam sujud... ku luah segala hasrat. 
Dalam sujud... ku temui bahagia. 
Dalam sujud... ku temui kasih-Mu. 
Dalam sujud... ku tumpahkan air mata agar basah ladang hati yang gersang. 

Kita tidak pernah akan tahu sampai bila Allah SWT menerima sujud kita...~

^ ADAKAH..?? SUDAHKAH..?? ^


ADAKAH..?? SUDAHKAH..?? 

Adakah kita seorang yang mengingati Allah setiap masa dan ketika? 

Sekerap manakah kita berselawat ke atas Rasulullah S.A.W? 

Sejauh manakah kita mendidik diri anada agar patuh dengan suruhan dan larangan Allah? 

Adakah kita beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari? 

Adakah kita merasa kesal di atas dosa-dosa yang dilakukan? 

Pernahkah kita merasa riak dan takbur apabila melakukan kebaikan? 

Sudahkah kita bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah? 

Sudahkah kita berpuas hati dengan apa yang dimiliki oleh umat Islam sekarang? 

Sejauh manakah usaha kita dalam merealisasikan mkonsep amar mak’ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan kita seharian? 

Sudahkah kita berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa, keluarga dan sahabat kita? 

Adakah kita membantu orang lain kerana Allah? 

Adakah kita telah menjaga mata, telinga, mulut dan anggota lain dari melakukan maksiat? 

Adakah kita mengabaikan kewajipan menepati masa terutama solat fardhu? 

Adakah kita berniat untuk solat tahajjud pada malam ini? 

Adakah kita ingin memperbaiki diri dengan lebih baik untuk hari esok? 

Adakah kita berwuduk sebelum tidur? 

Adakah kita menghadiri sebarang majlis ilmu atau tazkirah? 

Sudahkah kita membaca Al Quran pada hari ini? 

Sudahkah kita bertaubat? 

Sudahkah kita bersedia menghadapi mati? 

Wahai sahabat dan shabiah 
Ketahuilah tujuan apa sebenarnya kita hidup di dunia ini. Adakah kehadiran kita di dunia ini sekadar main-main dan sia-sia. Ketahuilah, kita ada amanah dan tanggungjawab yang tergalas di dunia ini... sebagai hamba, sebagai khalifah dan untuk menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar. Recheck diri dan renungkanlah sedalam-dalamnya ke dalam diri. Apakah kita telah menunaikan ketiga-tiga tanggungjawab dan amanah ini? Apakah alasan yang patut diberikan di saat kita ditanya kembali tentang amanah dan tanggungjawab ini? Sampai bila kita harus begini ye..?? Emm, kalau boleh sebelum tidur... ambil sedikit masa dan tanyakan pada diri... " hari ini, apa yang telah aku lakukan untuk Allah dan Islam. " Fikir-fikirkanlah.. 

Firman Allah: 

[ Surah Adh-Dhāriyāt : 56 ]

Yang bermaksud : " Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.) "

Moga-moga Allah SWT memberi kesempatan kepada kita untuk terus bermuhasabah... Amiin yarabbal'alamin. 

Monday 16 July 2012

^ KEMBALILAH KEASALNYA... ^

KEMBALILAH KEASALNYA...

[Surah Al-Baqarah 2: 286] 

" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. " 

Tatkala hati gelisah, 
Terimalah ia sebagai pemberitahuan hati, 
Bahawa dia memanggil tuannya kembali ke asal, 
Kembali kepada Tuhan. 

Sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan, 
Sehinggalah ia hilang dari genggaman, 
Baru kita tersedar akan kehilangannya, 
Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, 
Hingga hanya mampu tercelik selepas mati, 
Bahawa tiada lagi peluang amal, 
Tiada lagi peluang menyelamatkan diri. 

Jangan seksa jiwa dan hati kami, 
Kami merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini, 
Bawalah hati kami kembali ke asalnya, 
Asalnya yang sentiasa dekat dengan Mu ya Allah, 
Kembalilah!...

Sunday 15 July 2012

^ SIAPALAH KITA..?? PANDANGANLAH DENGAN PANDANGAN RAHMAT ^


SIAPALAH KITA..?? PANDANGANLAH DENGAN PANDANGAN RAHMAT

Hari ini dia mungkin penzina,
Esok lusa dia mungkin ‘abidah mukhlisah ilallahi ta’ala.
Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, 
Dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT,
Dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah, 
Melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, 
Syirik kepada-Nya... kufur kepada-Nya,
Esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepada-Nya, 
Memperjuangkan hak-hakNya, 
Kala mereka yang telah Islam semenjak lahir...
dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agama-Nya.

Kita tidak pernah tahu,
Kita tidak pernah akan tahu,
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, 
Saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya setiap hari...
hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me’neraka’kan orang.
Itu urusan Allah SWT. 
Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, 
Dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki,
Tugas kita adalah mengajak manusia ke jalan-Nya,
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu...
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum ‘Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain.
Tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, 
Yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka...
Kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, 
Dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepada-Nya,
Ketahuilah bahawa esok lusa, 
Mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintah-Nya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga.

^ PERSEDIAAN KEDATANGAN RAMADHAN ^


PERSEDIAAN KEDATANGAN RAMADHAN 

Takrif Ramadhan ialah nama bagi sebuah bulan dalam bulan-bulan kiraan Islam dan sebuah kata nama dalam bahasa arab yang disebut oleh sesetengah pakar bahasa sebagai diambil dari kalimah “رمض” (panas membakar ) dan hal ini lantaran kerana waktu ini manusia berpuasa menahan diri dari makan dan minum sehingga kepanasan tekak kerana kehausan. 

Bulan ini merupakan satu bulan mulia dan waktu yang merupakan khusus untuk umat Islam melakukan ibadah puasa dengan menuruti perintah Allah yang menyebut : 

[Al-Baqarah : 183]

" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. " 

"O you who have believed, decreed upon you is fasting as it was decreed upon those before you that you may become righteous -" 

[Al-Baqarah : 185] 

" (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. "

" The month of Ramadhan [is that] in which was revealed the Qur'an, a guidance for the people and clear proofs of guidance and criterion. So whoever sights [the new moon of] the month, let him fast it; and whoever is ill or on a journey - then an equal number of other days. Allah intends for you ease and does not intend for you hardship and [wants] for you to complete the period and to glorify Allah for that [to] which He has guided you; and perhaps you will be grateful. "

Sesungguhnya ramadhan merupakan bulan mulia yang menjadi salah satu dari waktu tertegaknya rukun Islam yang lima iaitu berpuasanya umat Islam pada bulan ini sebagai menunaikan kewajipan mereka kepada Allah yang Maha Esa. 

Diriwayatkan dari Ibn Umar RA bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda : " Terbinanya Islam itu di atas lima perkara iaitu bersyahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad itu sebagai rasulullah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan menunaikan haji serta puasa di bulan ramadhan. " 
[Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim] 

Bahkan bulan yang mulia ini juga diberi penghormatan oleh Allah SWT dengan membersihkannya dari kewujudan dan kekotoran syaitan dan dosa seperti yang terdapat dalam hadith riwayat Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW yang bersabda : " Apabila tibanya bulan ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu para syaitan. "
[Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim] 

Juga baginda Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaga-jaga serta keikhlasan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu. "
[Hadith sahih riwayat Bukhari dan Ibn Majah] 

Sesungguhnya bulan ramadhan ini ialah sebuah ibadah yang agung dan mulia di sisi Allah SWT. Juga pada bulan ini ganjaran pahala dan kebaikan menanti hamba yang beriman yang melalui bulan dan waktu ini dengan ibadah dan keimanan yang sahih kepada Allah SWT. 

Mereka yang berpuasa merupakan tetamu Allah SWT yang akan dilayani dengan ganjaran dan kebaikan seperti yang disebut oleh rasulullah dalam hadith qudsi bahawa Allah SWT berfirman : " Setiap amalan anak adam itu ialah ialah untuk dirinya sendiri kecuali puasa kerana puasa itu ialah untuk Aku (Allah) dan Akulah (Allah) yang akan memberinya ganjaran, dan puasa itu ialah pendinding."
[Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim] 

Sesungguh para tetamu Allah di bulan ramadhan ini akan diberikan kelebihan di sisi Allah bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat bahkan baginda dalam sebuah hadith menyebut : " Sesungguhnya demi Yang jiwa Muhamamd itu di tangan-Nya bahawa bauan mulut mereka yang berpuasa itu di hari akhirat lebih harum di sisi Allah dari wangian misik dan bagi mereka yang berpuasa itu dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui tuhannya. " 
[Hadith sahih Bukhari dan Muslim]

Bahkan tetamu Allah di bulan ramadhan akan diberikan ganjaran besar di sisi Allah sehingga disediakan kepada mereka sebuah pintu syurga yang khusus seperti dari riwayat Sahl ibn Said ra dari baginda nabi yang bersabda : " Sesungguhnya di syurga itu terdapat pintu yang dinamakan ar-rayyan yang dikhususkan untuk golongan yang berpuasa dan pada hari kiamat tiada yang masuk melalui pintu itu melainkan hanya golongan yang berpuasa yang akan diseru mereka itu dengan ditanya : Siapakah golongan yang berpuasa ? Lalu mereka pun bangun dan memasuki pintu tersebut dan kemudiannya ditutup setelah mereka selesai melalui pintu tersebut dan tidaklah masuk selepas itu sesiapa pun. "
[Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim] 

Hendaklah menghadapi bulan ramadhan yang mulia ini dengan melakukan persediaan dan persiapan untuk memastikan amalan puasa dan ibadah diterima dan mendapat keredhaan Allah SWT. 

[Surah Adh-Dhāriyāt : 56] 

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. "

" And I did not create the jinn and mankind except to worship Me. "

Memperbetulkan aqidah dan keimanan kepada Allah swt menurut panduan yang sahih dengan memastikan kefahaman aqidah, konsep keimanan berada di landasan yang benar dan membersihkan karat-karat kesyirikkan dan kejahilan dari jiwa. 

[Surah Al-'Isrā' : 15]


" Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri. "

" Whoever is guided is only guided for [the benefit of] his soul. And whoever errs only errs against it. And no bearer of burdens will bear the burden of another. And never would We punish until We sent a messenger. "

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). 

Aqidah yang sahih 

Memastikan memiliki aqidah yang sahih ialah satu keperluan dan kewajipan kerana tidak diterima ibadah dan tidak bernilai ibadah yang dilakukan tanpa memiliki aqidah yang sahih. Kefahaman aqidah yang sahih ialah apa yang datang secara pasti dan yakin dari pemahaman salaf soleh yang merupakan sebaik-baik umat dan terpelihara keimanan dan keilmuan mereka serta terjamin. Sabda baginda Rasululllah SAW melalui riwayat Aisyah RA : " Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien) "
[hadith Sahih riwayat Muslim , Abu Daud]

[Surah Al-'Anbyā' : 25]

" Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Ku. " 

" And We sent not before you any messenger except that We revealed to him that, "There is no deity except Me, so worship Me." 

Begitulah juga seperti apa yang diperintahkan oleh rasulullah salallahualaihiwasalam kepada Muaz bin Jabal ketika diutuskan sebagai naqib (utusan rasulullah) ke Yaman untuk berdakwah di sana dengan sabdanya kepada Muaz : " Seawal-awal perkara yang hendak kamu dakwahkan kepada manusia haruslah tauhid kepada Allah. " 
[Hadith Sahih, riwayat Bukhari] 

Sebagaimana disebut oleh Imam Abd Izz dalam kitabnya Syarah Aqidah Thahawiyah menyebutkan bahawa hendaklah setiap muslim itu berada dalam aqidah yang sahih dan tetap meninggalkan dunia dengan aqidah yang sahih juga sebagaimana sabda baginda salallahualaihiwasalam : " Barangsiapa yang mati dalam keadaan mengetahui bahawa tiada tuhan selain Allah ( memiliki aqidah yang benar) maka sesungguhnya dia akan masuk syurga." 
[Hadith Sahih, riwayat Muslim] 

Memahami manhaj ahlul sunnah wal jamaah menurut pegangan salaf soleh tanpa ta’wil yang jahil, tanpa mengguna akal fikiran yang lemah sebaliknya berpegang kepada keutuhan riwayat dan kesahihan pegangan salaf soleh dalam hal-hal aqidah dan keagamaan. 

Demikianlah para ulama salaf soleh berpegang dan menetapkan aqidah berdasarkan dalil yang sahih sebagaimana berkatanya Imam As-Syafie RA : " Aku beriman dengan Allah atas apa yang di datangkan oleh Al-Qur’an dan sunnah dan aku beriman kepada rasul atas apa yang dibawanya iaitu sunnah. " 
[Syarah Lumatul Iktiqad oleh Ibn Qudamah] 

Begitulah juga dengan kalam dari Imam Ahmad RA : " Kami beriman kepada Allah melalui Al-Qur’an dan as-sunnah tanpa membagaimanakan atau memperumpamakan dan kami beriman dengan apa yang datang dari rasul (sunnah). "
[riwayat dari Abu Ya’la dalam Ibthal Ta’wilat lil Akhbar As-Sifat] 

[Al-Baqarah : 80]

" Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya? " 

And they say, "Never will the Fire touch us, except for a few days." Say, "Have you taken a covenant with Allah ? For Allah will never break His covenant. Or do you say about Allah that which you do not know?" 

[Al-Isra : 36]

" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "

" And do not pursue that of which you have no knowledge. Indeed, the hearing, the sight and the heart - about all those [one] will be questioned. "

Membetulkan keimanan 

Memastikan keimanan dan kelurusan hati serta keikhlasan melakukan ibadah hanya kerana Allah SWT. Sesungguhnya tidaklah diterima amalan jika tidak dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. 

[Surat Al-Bayyinah : 5]

" Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. "

" And they were not commanded except to worship Allah , [being] sincere to Him in religion, inclining to truth, and to establish prayer and to give zakah. And that is the correct religion. "

Keimanan bahawa kewajipan puasa ramadhan dan kewajipan serta sunnah melakukan ibadah di bulan ini merupakan apa yang datang dari Allah dan rasul serta mengimani akan kebesaran Allah, mengimani kerasulan Muhammad SAW dan melakukan ibadah sesuai sebagai hamba Allah yang mengharap redha dan keampunan serta rahmat-Nya merupakan kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap orang sebelum memasuki bulan ramadhan. 

[Surah Al-Kahf : 110]

" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." 

" Say, "I am only a man like you, to whom has been revealed that your god is one God. So whoever would hope for the meeting with his Lord - let him do righteous work and not associate in the worship of his Lord anyone." 

Perlu betulkan keimanan, keyakinan dan ketabahan melakukan ibadah untuk Allah swt yang Maha Esa dan meninggalkan kemaksiatan demi Allah semata-mata dan menghormati bulan ini juga semata-mata kerana keimanan kepada Allah SWT. 

Mempersediakan diri dengan ilmu dan panduan ibadah serta puasa yang sahih dan kaedah menjalankan ibadah secara sahih. 

Hendaklah sebelum memasuki ramadhan setiap orang kembali menyemak buku-buku atau menyoal para alim ulama akan kaedah puasa dan menjalankan ibadah yang sahih menurut pegangan salaf soleh dan ajaran Rasulullah SAW yang jauh dari bid’ah dan penambahan dan penyelewengan. 

[Surah An-Naĥl : 43]

" Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. "

" And We sent not before you except men to whom We revealed [Our message]. So ask the people of the message if you do not know. "

Hendaklah difahami tujuan beribadah itu ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan hendaklah dilakukan menurut panduan yang Allah SWT berikan iaitu melalui kitab Allah dan sunnah rasulullah serta apa yang dari para salaf soleh yang memahami isi panduan kedua ini menurut pemahaman yang sahih dan terjamin. Sabda baginda SAW : " Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak."
[Hadith sahih disepakati Bukhari dan Muslim]

Tidaklah diterima amalan kebaikan dan amalan ibadah apabila ianya dilakukan dengan menyeleweng, menambah atau mengurang dari apa yang diajarkan oleh pembawa utusan kerasulan iaitu Muhammad SAW. 

Hendaklah juga siapa yang akan menjalani bulan ramadhan mempersiapkan dirinya dengan kemampuan fizikal dan kekuatan jasadiyah serta juga material moga dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan selesa. 

[Surah Al-'Anfāl : 60]

" Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. "

" And prepare against them whatever you are able of power and of steeds of war by which you may terrify the enemy of Allah and your enemy and others besides them whom you do not know [but] whom Allah knows. And whatever you spend in the cause of Allah will be fully repaid to you, and you will not be wronged. "

Sekalipun ayat di atas untuk peperangan namun ianya secara umum untuk semua hal ibadah iaitu jika peperangan dan jihad itu ialah ibadah yang memerlukan persediaan kebendaan maka demikianlah juga dengan puasa yang merupakan ibadah asasi yang termasuk rukun keIslaman. 

Mempersediakan diri dengan fizikal dan kekuatan badan iaitu seperti menjaga kesihatan dan menjaga badan supaya dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna ialah satu kewajipan supaya dapat menunaikan hak kepada Allah SWT dalam ibadah dengan sempurna dan selesa. 

Tidaklah disukai mereka yang tidak menjaga makan dan minum serta juga tidak mengurus tidur dan rehat secukupnya sehingga mengakibatkan kerosakan badan dan melemahkan diri untuk menjalani ibadah puasa dan ibadah di bulan ramadhan dengan kukuh dan selesa bahkan terganggu waktu ibadah kerana kelemahan dan keletihan badan. 

Oleh itu hendaklah melakukan persediaan secara fizikal dan badan bagi yang mampu bahkan termasuk amalan dan usaha melakukan persediaan secara fizikal seperti mengambil vitamin, melakukan senaman dan mempersediakan menghadapi ramadhan dengan menjalani terapi kesihatan sebagai usaha ibadah dan berpahala. 

[Surah Al-Baqarah : 286] 

" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. " 

" Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people." 

Setelah itu hendaklah juga para golongan yang beriman mempersiapkan untuk menjalani ibadah puasa dengan melengkapkan diri dengan kemampuan material dan kewangan serta belanja keperluan. 

Ini disebabkan supaya dapat mengambil bahagian dalam usaha infaq dan sedekah serta menunaikan kewajipan zakat di bulan ramadhan. Sesungguh golongan yang kaya dan berkemampuan harta serta material mendapat kelebihan di sisi Allah SWT apabila mereka mampu menunaikan ibadah zakat dan mampu pula mengeluarkan infaq sedekah kepada fakir miskin yang mengakibatkan mereka beroleh kedudukan mulia di sisi Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang besar. 

Bahkan disebut dalam hadith riwayat Muadz Ibn Jabal RA bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda : " Sedekah itu memadamkan dosa seperti air yang memadamkan api. " 
[Hadith sahih riwayat At-Tirmidzi dan Nasaie , Ibn Majah] 

Sesungguhnya tidaklah dengan sedekah itu mengurangkan harta sebagaimana sabda Rasulullah SAW : " Tidaklah berkurang harta itu dengan sedekah. " 
[Hadith riwayat At-Tirmidzi] 

Hendaklah umat Islam berusaha mendapatkan kedudukan untuk bersedekah dan menjadi tangan yang di atas dari tangan yang di bawah supaya dapat memperolehi ganjaran besar di sisi Allah SWT. 

[Surah At-Tawbah : 103]

" Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. "

" Take, [O, Muhammad], from their wealth a charity by which you purify them and cause them increase, and invoke [ Allah 's blessings] upon them. Indeed, your invocations are reassurance for them. And Allah is Hearing and Knowing. "

Mempersiapkan perancangan dan persediaan jadual akitiviti kehidupan dengan mengatur supaya dapat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dan lain-lain ibadah dengan teratur dan selesa serta tanpa gangguan. 

[Surah Al-Munāfiqūn : 9]

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. "

" O you who have believed, let not your wealth and your children divert you from remembrance of Allah . And whoever does that - then those are the losers. "

Sesungguhnya Islam ialah agama yang tersusun dan teratur oleh itu hendaklah umat Islam mengatur kehidupan dan membuat perancangan ibadah di bulan puasa supaya tahu menyusun aktiviti hidup agar dapat dimanfaatkan waktu sebanyak mungkin untuk menjalani ibadah di bulan ramadhan. 

[Surah 'Āli `Imrān : 152]

" Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman. "

" And Allah had certainly fulfilled His promise to you when you were killing the enemy by His permission until [the time] when you lost courage and fell to disputing about the order [given by the Prophet] and disobeyed after He had shown you that which you love. Among you are some who desire this world, and among you are some who desire the Hereafter. Then he turned you back from them [defeated] that He might test you. And He has already forgiven you, and Allah is the possessor of bounty for the believers. "

Sebagai contohnya hendaklah seorang muslim itu mengatur waktu kerja, waktu rehat dan waktu aktiviti keluarga dan juga waktu ibadahnya supaya dapat memanfaatkan sebanyak mungkin masa ibadah di bulan ramadhan. 

Terutama bagi mereka yang bekerja pada waktu siang mungkin mereka boleh merancang bahawa sepanjang bulan ramadhan akan lebih banyak merehatkan diri di rumah setelah selesai kerja untuk mempersiapkan diri beribadah di waktu malam di bulan ramadhan dan bagimereka yang bekerja malam pula boleh merancang memperbanyakkan ibadah di waktu siang dengan menjadikan malam sebagai waktu bekerja dan petang waktu berehat. 

[Surah Al-Baqarah : 269] 

" Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. "

" He gives wisdom to whom He wills, and whoever has been given wisdom has certainly been given much good. And none will remember except those of understanding."

Sabda Rasulullah SAW : " Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperoleh apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak memperoleh apa-apa melainkan berjaga sahaja." 
[Riwayat Imam Ahmad]

Hadis di atas membayangkan bahawa pada bulan Ramadan terdapat juga golongan yang berpuasa namun mereka tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT kerana mereka berpuasa dalam keadaan jahil atau ketika berpuasa mereka turut melanggar syariat Allah SWT. Justeru bagi memastikan ibadah puasa Ramadan tidak dilalui dengan sia-sia sewajarnyalah kita berusaha membuat persediaan rapi demi memperolehi ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah Taala sepanjang Ramadan.

Persiapan Diri

Sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan semestinyalah menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia. Juga hendaklah mengetahui amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca Al-Quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

Kita juga hendaklah mengetahui bahawa ketika Ramadhan kita bukan sahaja dituntut menahan lapar dan dahaga tetapi hendaklah juga memelihara aurat, tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan, tidak mengunjungi pusat-pusat hiburan dan kelab malam, tidak bersentuhan dengan bukan muhrim, tidak membeli tiket loteri dan berjudi, tidak menghabiskan masa membuat perkara sia-sia seperti menonton tv dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan tidak terlibat dengan mengumpat dan menfitnah orang lain.

Seorang muslim yang akan menempuh bulan Ramadhan sewajarnya menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah SWT.

Cara yang terbaik untuk meningkat ilmu dan kefahaman berkaitan puasa khususnya ialah dengan menghadiri ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang menyentuh tentang persediaan Ramadhan dan ibadah puasa.

Bagi memastikan amalan harian kita lebih teratur dan tersusun sepanjang Ramadhan, kita bolehlah menyusun satu jadual ringkas seperti berikut:

Subuh:
• Bangun awal dan solat sunat dua rakaat (tahajjud).
• Bersahur sekurang-kurangnya seteguk air.
• Solat Subuh di masjid atau surau.
• Membaca al-Quran atau mendengar tazkirah subuh.

Pagi:
• Ke pejabat dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.
• Solat Sunat Dhuha
• Bekerja seperti biasa.

Tengah hari:
• Solat Zohor berjamaah samada di masjid berdekatan atau di pejabat.
• Tadarus al-Quran bersama rakan-rakan di pejabat atau belajar membaca al-Quran.
• Rehat atau tidur lebih kurang sepuluh minit.
• Bekerja seperti biasa.

Petang:
• Solat Asar di masjid atau surau.
• Membaca al-Quran.
• Pulang ke rumah dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.
• Menyediakan juadah berbuka/membantu isteri.
• Bertadarus al-Quran dengan keluarga.
• Berbuka puasa dengan tamar dan air kemudian solat maghrib berjamaah di masjid. (bagi lelaki).
• Solat Maghrib Berjamaah di Masjid (Kaum lelaki).
• Pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga.

Malam:
• Solat Sunat sebelum Isyak
• Solat Isyak.
• Solat Sunat selepas Isyak.
• Solat Sunat Tarawih.
• Bertadarus al-Quran di masjid atau surau.
• Tidur awal untuk bangun awal.

Ketika waktu cuti pula sebaiknya dipenuhi dengan amalan beriktikaf di masjid samada seorang diri atau membawa isteri dan anak-anak yang sudah dewasa. Sewajarnya bulan puasa ini dikurangkan aktiviti berjalan-jalan ke pusat membeli belah atau pusat pelancongan kerana biasanya akan terdedah kepada memandang kepada sesuatu yang boleh mengurangkan pahala puasa.

Segala perancangan amalan di atas tidak boleh dilakukan secara mengejut atau tergesa-tergesa, oleh itu kesempatan di bulan Syaaban ini wajar digunakan bagi membiasakan diri dengan amalan-amalan tersebut.

Persiapan di Rumah

Sebagai ketua keluarga seorang bapa adalah bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana iman di rumah ketika bulan khususnya ketika bulan Ramadhan. Isteri dan anak-anak hendaklah dibiasakan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaatSabda Rasulullah s.a.w:

Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan bilik atau sudut khusus di dalam rumah untuk beribadah. Sediakan al-Quran secukupnya untuk ahli keluarga dan tetapkan waktu untuk solat malam berjamaah atau waktu membaca al-Quran bersama-sama. Sediakan vcd kuliah agama dan dokumentari Islam untuk ditonton ketika waktu lapang. Pastikan ahli keluarga tidak menghabiskan masa di hadapan tv menonton rancangan atau filem yang tidak bermanfaat.

Ketua keluarga juga mestilah memastikan isteri dan anak-anak yang sudah dewasa benar-benar menutup aurat ketika keluar dari rumah.

Sebelum Ramadhan elok juga diadakan satu taklimat khusus kepada ahli keluarga untuk menerangkan fadhilat-fadhilat Ramadhan dan disiplin yang mesti dipatuhi sepanjang Ramadhan.

Persiapan di Masjid

Masjid atau surau adalah tempat tumpuan sepanjang bulan Ramadhan. Oleh itu ahli jawatankuasa masjid hendaklah membuat perancangan rapi bagi menyediakan tempat yang kondusif untuk beribadah sepanjang Ramadhan khususnya. Persediaan rapi ini juga wajar dibuat supaya ada ahli jamaah yang datang dapat terus istiqomah berjamaah di masjid walaupun selepas tamatnya Ramadhan.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah menyediakan Imam yang baik bacaannya untuk mengetuai solat Tarawih kerana ia memainkan peranan penting membangkitkan keseronokan melakukan solat Tarawih. Imam ini juga hendaklah diberi taklimat terlebih dahulu agar membaca al-Quran tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek ketika solat Tarawih. Amalan membaca sejuzuk al-Quran satu malam perlulah diukur dengan kesesuaian ahli jamaah. Kerana fenomena yang sering berlaku ialah tempoh yang panjang ketika solat Tarawih menyebabkan ramai makmun yang lari dan meninggalkan jamaah. Begitu juga dengan jumalah rakaat solat Tarawih samada 8 atau 20 hendaklah dilihat dari sudut keberkesanan dan peluang menyampaikan untuk berdakwah.

Di samping itu satu ceramah atau kuliah khusus perlu diadakan sebelum Ramadhan bagi meningkatkan kefahaman tentang ibadah puasa. Manakala di sepanjang bulan Ramadhan hendaklah diatur aktiviti tazkirah 7 ke 10 minit setiap hari selepas 4 rakaat solat Tarawih.Tazkirah ini hendaklah menfokuskan kepada hikmah-hikmah berpuasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keindahan Islam. Kerana kebanjiran umat Islam di masjid ketika Ramadhan wajar dijadikan peluang menyampaikan mesej dakwah dan menanamkan kefahaman Islam kepada mereka.

Pesan Rasulullah SAW Menyambut Ramadhan 

" Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya. Didalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang terlebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." 

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan penghulu segala bulan, maka “Selamat datanglah” kepadanya.” 

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu didalam bulan yang lainnya. Barangsiapa menunaikan sesuatu fardhu dalam bulan Ramadhan samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu dibulan lainnya. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin didalamnya. 

Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir korma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan, dan akhirnya kemerdekaan dari neraka. Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (yang membantunya) niscaya Allah mengampuni dosanya. Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara dibulan Ramadhan. 

" Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka. Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk kedalam syurga." 
[Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah]

Marilah kita mempersiapkan diri bagi memastikan keagungan bulan Ramadhan yang ditempuhi tidak berlalu dengan sia-sia.