Tuesday 31 May 2011

^ ITULAH NAMANYA CINTA ^



~ITULAH NAMANYA CINTA ~


“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

Monday 30 May 2011

^ SAHABAT ^


SAHABAT…………
Sahabat ………
Kau selalu ada kala suka dan duka,
Kau memberi semangat kala gundah tiba,
kau penyejuk hati kala resah melanda,

Sahabat …….
Kita selalu bersama,
Kita selalu menjaga,
Melewati hari yang penuh tangis dan tawa,
Saat kita jauh terpisah,
Kita saling berdoa,
Pantang menyerah meraih cita-cita,
… dan selalu setia dengan persahabatan kita.


^ BIARKAN AKU PERGI ^


BIARKAN AKU PERGI

Maafkan aku kerana harus pergi dari mu,
Maafkan aku kerana harus meninggalkanmu,
Tak ada maksudku untuk melakukan semua itu,
Tak rela pun aku meninggalkanmu seperti tu,
Semua itu aku lakukan semata-mata hanya untuk membuatmu bahagia,
Aku rela meninggalkan semua harapan itu hanya untuk melihat orang yang aku sayangi bahagia,

Tanpa adanya aku, tanpa adanya masa lalu yang selalu mengusikmu,
Walaupun aku tahu setiap manusia pasti memiliki masa lalu,
Aku tak ingin menjadi duri dalam hidupmu,
Aku tak ingin dengan kehadiranku akan ada hati yang kan terluka,
Aku tak ingin kehadiranku akan menghancurkan semua mimpi-mimpi mu,
Aku pergi dari hidupmu dan hidupnya,
Maafkan aku tak bisa menemanimu lagi…

Sekali lagi kutegaskan aku pergi bukan kerana aku kalah,
Tapi aku pergi kerana aku ingin melihat orang yang aku sayang bahagia,
Walaupun aku tahu itu tak bersamaku…

Maafkan aku…
Aku menangis bukan karena sedih,
Airmata ini jatuh kerana aku melihat kebahagiaanmu,
Walaupun itu tak bersamaku,
Jujur aku akui,,,ada sedikit rasa sakit dalam hati ini,
Tapi aku akan berusaha tegar dan kuat untuk menghadapinya,
Selamat tinggal sayang…

Aku akan pergi dari mu,
Maafkan semua salahku saat kita melewati hari bersama,
Aku harap semoga kau bahagia selamanya,
Dan tak akan ada lagi orang yang akan mengalami hal seperti yang aku alami,
Jangan ada lagi orang-orang yang akan mengalami hal ini,
Biarkan CINTA tumbuh dalam hati mu,
Dan yakinlah,..
CINTA akan menjadikan semua bahagia dan indah..

^ DALAM PENANTIAN ^



DALAM PENANTIAN

Aku bagai daun diatas air,
Yang terbawa arus tanpa arah,
Hidup dalam kesendirian,
Menanti hadirmu disini…
Dalam kebimbangan hati yang mengukir sebuah ilusi,
Aku tak tahu dimana bayangan nyata itu,
Bak angin yang berlalu begitu saja,
Menggores hatiku perlahan…
Pahatan penantian ini semakin dalam,
Menusuk hati dalam waktu,
Penantianku berakhir sudah..
Dengan tangis di setiap sudut mata ini..


Thursday 26 May 2011

^ KITA MUDAH BERTAUBAT TETAPI MUDAH PULA MELAKUKAN DOSA ^


Kita mudah bertaubat tetapi mudah pula melakuka dosa.... 

Betapa aku harus mengungkap,
Kepada-Mu  untuk mengadu,
Sungguh besar dosa-dosa ini,
Sungguh tak terukur...

Kini aku sedar akan hakiki,
Hidup bukan sekadar emosi,
Yang tak kunjung puaskan diri,
Yang kan hilangkan jati diri..

Kini aku bersujud,
Dengan kerendahan aku memohon,
Beri kesempatan mengubah diri,
Sebatas desah nafas ini menanti...

Gema panggilan-Mu mengusik iman,
Betapa mudah diri meninggalkan-Mu,
Mabuk untuk memburu angan dunia,
Sampai terpuruk di lembah duka...

^ TERKADANG SEPI ^


TERKADANG SEPI

Terasa atau tanpa sadar diri,
Rasa itu kadang datang menghampiri,
Di saat semua terasa terbang tinggi,
Di saat mimpi berubah sunyi.

Aku pun demikian adanya,
Tak dapat mengungkap sebatas kata,
Tak dapat tersenyum untuk semua duka,
Tak dapat memilih jalan bermakna.

Terkadang goyah hanyutkan emosi,
Hati meradang mencari celah,
Kemana aku akan berdiri,
Jika bumi berasa goyah.

Ku tatap awan berarak perlahan,
Walau sepi pastikan tujuan,
Terbawa angin melukis langit,
Sejukan bumi berikan hujan.

Terkadang sepi aku sendiri,
Hanya alam berikan fenomena,
Hanya Tuhan dengan petunjuk-Nya,
Aku tengadah ungkapkan taubat.

Aku tengadah alirkan air mata,
Aku tengadah teringat masa bersama,
Aku tengadah kelu berucap,
Aku tersujud lupakan segala.

Kepada Tuhan aku meminta...

Friday 20 May 2011

^ HARGAI AIR MATA WANITA ^


Hargai Air Mata Wanita...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis???"
"Kerana aku seorang wanita", kata ibunya kepada anaknya.
"Saya tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, namun di hatinya tetap ingin tahu mengapa wanita menangis...

Allah S.W.T. berfirman :
"Ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari ana-anaknya".

"Aku memberikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh".

"Aku memberikannya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya".

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya".

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seseorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu".

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. ini adalah khusus miliknya untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja".

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakan, susuk yang ditampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. tempat dimana cinta itu ada....


^ LIMA (5) WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. ^


5 Wasiat Dari Allah S.W.T. Kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T. telah memberikan lima wasiat antaranya :

  • Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan duia ini untuk engkau.
  • Jadikan cintamu kepada-Kub sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  • Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
  • Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  • Rajinlahmengerjakansembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.


Ibrahim bin Adam berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu meraka adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu:
  • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.
  • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  • Orang yang cintanya kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu jarapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."



^ KEPADA YANG...... ^

Kepada yg PATAH HATI…

Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yg takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…
Hal menyedihkan dalam hidup kamu ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kamu telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 thn dari sekarang pun dia tetap tidak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.... 

Wednesday 18 May 2011

^ DOALAH TANPA HENTI ^


DOALAH TANPA HENTI

Doa, satu perkara yang tidak asing lagi buat kita. Kita sentiasa berdoa memohonsesuatu kepada Allah s.w.t tetapi tidak semua doa kita dimakbulkan oleh-Nya. Dan apabila tidak dimakbulkan, kita mudah sangat mengeluh. Itulah hakikat manusia sekarang.
Sejauh Mana Pengorbanan dalam Memohon Doa?
Hakikatnya, jika kita tidak berdoa pun Allah sudah tahu semua isi hati kita tetapi sejauh mana kita berkorban dalam memohon sesuatu, itulah yang mahu dilihat dan diuji oleh-Nya.
Jadi, mengapa kita sentiasa perlu berdoa? Ini sebagai menunjukkan kita sebagai hambanya yang serba kekurangan yang sentiasa memohon dan meminta pertolongan daripada-Nya.
Tetapi mengapa doa kita tak termakbul?
Cuba kita pandang diri kita elok-elok. Sejauh mana kita menurut perintah-Nya, melakukan suruhan-Nya. Sejauh mana kita mengabdikan diri kepada-Nya? Ada kita semua pikir?
Yang kita tahu hanya mengeluh jika hajat tak sampai. 
Ingatlah, dugaan menjadi semakin kuat apabila kita semakin dekat kepasa Allah. Ini menunjukkan Allah amat menyayangi hambanya yang sentiasa ikhlas dan tabah dalam setiap ujian yang diberikan oleh-Nya.
Sentiasa Berdoa
Doa adalah senjata umat Islam. Doa adalah perlu dalam menjalani kehidupan dunia dan tentunya untuk menempuh kehidupan di akhirat yang kekal selamanya dan seterusnya menyerah diri dan segala-galanya kepada Allah dengan tetap melakukan kebajikan dan amal ibadat. Ini kerana doa adalah menunjukkan kehambaan kita kepada Allah. Disamping ia mengajar kita untuk bersabar. Namun, sebagai seorang Islam yang percaya dengan ketentuan Allah, kita harus bersifat redha dengan apa sahaja yang Allah berikan kerana Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya.
Ini sesuai dengan ayat-ayat Allah dalam Al Quran:
"Hanya Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus., yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukannya jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat" (Al-Fatihah: Ayat 5,6 dan 7)
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 153)
Betapa pun sibuknya aktiviti kehidupan kita setiap hari, jauh di sudut hati kita perlukan saat-saat bersendiri yang tenang. Namun, awas! Usah dibiarkan hati kita kosong dan mengelamun dengan sia-sia. Keadaan sedemikian memberikan ruang untuk syaitan menyelinap memasuki ruang hati, membisik dan memperdayakan kita.

Nauzubillah!
Sewajarnya kalian sentiasa meletakkan hati dalam keadaan peka terhadap ayat-ayat Allah:
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا
"Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina" (Surah Al-Ghafir 40: Ayat ke 60)

^ ANTARA 'TERLANJUR' DAN 'MELANJUR' ^


ANTARA 'TERLANJUR' DAN 'MELANJUR'

Saban hari, dapat kita saksikan di setiap keratan-keratan akhbar tempatan sama ada di muka depan mahupun di selitan muka dalam, terdapat tajuk-tajuk berita yang barangkali sudah jemu dibaca. “Bayi dijumpai di sungai”, “Bayi lelaki dijumpai di dalam mangkuk tandas” dan lain-lain tajuk lagi yang amat menggusarkan kita. Apabila bercerita mengenai buang bayi, sudah tentu tak dapat dipisahkan daripada topik ‘pasangan yang terlanjur’ (jarang sekali mereka yang bernikah membuang anak). Kita dapat lihat bagaimana pihak jabatan agama terpaksa bekerja keras setiap hari dalam menghadapi kemelut ini dan paling menakjubkan adalah betapa mereka yang ‘terlanjur’ tidak segan silu merakamkan adegan-adegan sendiri, maka tersebarlah imej-imej dan video-video hebat melalui internet dengan tajuk-tajuk memalukan, “pelajar kolej.3gp”, “budak 18 thn.3gp” dan lain-lain lagi.

Bukti-bukti yang terpampang di depan mata sering diambil remeh oleh sesetengah masyarakat kita. Seolah-olah kerosakan masyarakat kita berada pada tahap minima. Mereka lebih menumpukan perkara-perkara remeh walhal perkara sedemikian inilah yang patut ditumpu. Di manakah tahap kerosakan masyarakat kita sekarang? Dan pernahkah anda terfikir sejauh manakah bilangan mereka yang terbabit dalam perbuatan yang tidak bermoral ini? Jikalau bukti melalui media di ambil kira untuk mengetahui tahap kerosakan masyarakat kita, dengan sukanya saya menyenaraikan beberapa kaedah terpilih untuk mengira secara kasar bilangan mereka yang ‘terlanjur’. Namun untuk setiap kaedah, terdapat persoalan-persoalan yang perlu diperhalusi.

    1. Jikalau jumlah bayi terbuang yang ditemui diambil kira untuk menentukan pasangan yang 'terlanjur', misalnya dalam jumlah sekian, berapakah pula jumlah bayi yang tidak dijumpai langsung atau disorok? Bagaimana pula dengan pasangan yang 'terlanjur' tetapi tidak/belum menghasilkan bayi? Adakah lebih ramai?


    2. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ yang telah ditangkap khalwat oleh pihak jabatan agama adalah dalam jumlah sekian, berapakah pula pasangan ‘terlanjur’ yang tidak dapat dikesan langsung? Bukankah lebih ramai?


    3. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ dikira berdasarkan imej atau video yang tersebar melalui internet, bagaimana pula dengan imej atau video yang masih tersorok atau tersimpan rapi? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak langsung merakam adegan terkutuk itu? Tentu lebih ramai? 

Dan sekarang anda memilih kaedah mana untuk menentukan tahap kerosakan masyarakat kita yakni mereka yang ‘terlanjur’? Ya, memang tidak munasabah untuk menggunakan mana-mana kaedah, malah jika kita menggabungkan kesemua kaedah-kaedah tersebut pun belum tentu untuk mencapai bilangan sebenar jumlah mereka yang ‘terlanjur’. Malah, mana mungkin dapat mewakili 5% daripada mereka yang 'terlanjur'? Itu baru sahaja mereka yang ‘terlanjur’, bagaimana pula dengan mereka yang hanya berjinak dengan aksi ‘ringan-ringan’? Astagfirullah, memang tidak dapat digambarkan betapa sudah rosak masyarakat pada hari ini.

Couple penyumbang besar kepada pasangan yang ‘terlanjur’?

Sebut pasal couple, pasti ramai tersenyum, topik yang acap kali dibincangkan di mana-mana web dan blog. Pada dahulunya, budaya ini hanya didominasi di kalangan remaja-remaja berumur 18 tahun ke atas, tapi pada hari ini, anda boleh berjumpa mereka yang berumur 11 tahun pun sudah mempraktikkan budaya ini. Amat menakjubkan bukan? Seolah-olah budaya ini berkembang seiring dengan teknologi yang kian pesat membangun. Entah tidak dapat dipastikan datang dari mana, budaya couple dikatakan tiba untuk memenuhi fitrah naluri cinta untuk mereka yang belum berkahwin. Pasangan ber'couple' akan berusaha untuk mengenal hati budi masing-masing dalam tempoh-tempoh tertentu kononnya adalah persedian dalam menghadapi rumah tangga. Dalam tempoh couple tersebut, mereka bakal mengecapi saat-saat ‘bahagia’nya, maka timbullah perkataan-perkataan ‘mandi tak basah’, ‘tidur tak lena’ dan ‘makan tak kenyang’. Masing-masing sedang berada dalam keadaan angau, saling berhubung tidak kira berjumpa, ber’sms’, ber’yahoomessenger’ atau/dan ber’facebook’ untuk memenuhi perasaan rindu yang terpendam dalam hati masing-masing. Proses ini berulang-berulang berhari-hari, berminggu-minggu, dan berbulan-bulan lamanya dengan harapan tiba ke jinjang pelamin, namun malangnya kebanyakkannya gagal. Apabila dikatakan tidak serasi, mereka akan putus. Begitulah berlangsungnya budaya ini, couple-putus, couple-putus, couple-putus, sehinggalah dikatakan serasi barulah mereka dikatakan yakin untuk ke jinjang pelamin.

Kisah budaya ini tidak semudah ini sahaja, kebanyakkannya terselit dengan 'peristiwa' yang tidak tersengaja yakni apa yang kita panggil ‘terlanjur’. Agak pelik bukan bagaimana 'peristiwa' sedemikian boleh berlaku secara tidak sengaja sedangkan proses-proses yang dibincangkan tadi memang menjurus kepada 'peristiwa' itu. Apabila berlaku 'peristiwa' itu, pihak yang beruntung sudah tentu salah satu kaum dari pasangan terbabit yang dipanggil lelaki! Kerana mereka dapat ‘merasa’ pelbagai nikmat atas nama ‘cinta’. Tetapi yang bakal merana, menanti kesudahan peristiwa itu tidak lain adalah kaum hawa.

Wahai kaum muslimah, tidak sedarkah kalian, di sebalik anda semua mengejar cinta, para lelaki pula mengejar ‘cinta’ yang sebaliknya. Anda sering berdalih mengatakan pasangan anda berbeza dengan yang lain, baik dan segala pujian buat mereka, tetapi selang berapa lama kemudian, lelaki yang dikatakan berbeza itu akan menjadi tidak berbeza pula. Ketahuilah jika anda kata pasangan anda adalah ‘baik’, yang sebenarnya sebaik-baik insan itu adalah mereka yang tidak terjebak dalam budaya yang menjurus kepada ‘terlanjur’ ini.

    Allah telah berfirman, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur :26)

Sebagai penutup kata, perihal mengenai buang bayi tidak akan sampai ke penghujung jika kita masih tidak sedar akan pangkal asalnya. Alangkah lebih baik jika kita mencegah daripada merawat. Seringkali kita melontar kekecewaan terhadap mereka yang membuang bayi sedangkan kita sedang diseliputi budaya yang menjurus kepada pembuangan bayi tersebut. Selagi kita duduk mempertahankan budaya ini, selagi itulah berita-berita menyentuh jiwa ini tersebar meluas. Tidak cukupkah lagi dengan komentar para ustaz mahupon ilmuan tempatan yang mengulas mengenai isu ini? Mereka yang mempertahankan couple sering berselindung di atas hujah seorang yang dipanggil 'ustaz' sedangkan jumhur yang lain berkata sebaliknya. Mengapakah tidak mengikut jalan majoriti tetapi mengikut jalan minoriti ibarat bertanyakan hukum merokok daripada 'ustaz' yang merokok? Jangankan bila sudah tertanam benih yang haram baru hendak bertaubat. Nauzubillah… sesungguhnya kita sudah berada pada penghujung zaman seperti yang diperkatakan nabi.

    "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. ( Hadis Riwayat Muslim)

Tidak hairanlah jika zaman mak bapa kita dulu, apabila tersebarnya kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia dalam lingkungan 18 tahun pun sudah heboh satu kampung. Tetapi pada hari ini, kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia 13 tahun sudah menjadi lumrah kehidupan, sejajar dengan tersebarnya budaya couple di kalangan mereka. Dan akhir kata, istilah ‘terlanjur’ barangkali tidak sesuai digunakan kerana ianya seolah-olah suatu pelakuan yang tidak disengajakan. Jika mereka yang ber'couple' bakal melalui proses-proses ke arah 'terlanjur', lebih molek jika digantikan dengan istilah ‘melanjur’. Untuk apa ber’couple’ jika mereka memang sudah mengetahui bakal 'tak sengaja melanjur'? Tepuk dada, tanya iman. Sekian.

p/s: Istilah ‘terlanjur’ dan ‘melanjur’ pada artikel di atas hanyalah retoris kritis semata-mata. Untuk penggunaan istilah yang tepat, sila rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.


Tuesday 17 May 2011

^ SITUASI LELAKI YANG HARUS WANITA FAHAMI ^


Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami...

Bila si dia sibuk...
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

Bila si dia ego...
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

Bila si dia romantik...
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam dibawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

Bila si dia panas baran...
Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

Bila si dia penat...
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat begini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.

Bila si dia pentingkan diri sendiri...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

Bila si dia mengongkong...
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.

Bila si dia selamba...
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

Bila si dia curang...
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa sikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makinparah kelukaan hati.

Bila si dia lurus bendul...
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi peransang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.