Monday 30 April 2012

^ KEKURANGAN ITU SUATU KELEBIHAN ^


KEKURANGAN ITU SUATU KELEBIHAN 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras". [Surah ‘Ibrahim :7] 

And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.' " 

Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan? Bersyukur! ya, itulah yang seharusnya. Tetapi, bagaimana pula kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang ingin bersyukur? Tepuk dada, tanya Iman. 

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur apabila menerima ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada apabila menerima ujian. Beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan. 

Fiman Allah: “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. “ [Surah al-Baqarah : 177] 

Righteousness is not that you turn your faces toward the east or the west, but [true] righteousness is [in] one who believes in Allah , the Last Day, the angels, the Book, and the prophets and gives wealth, in spite of love for it, to relatives, orphans, the needy, the traveler, those who ask [for help], and for freeing slaves; [and who] establishes prayer and gives zakah; [those who] fulfill their promise when they promise; and [those who] are patient in poverty and hardship and during battle. Those are the ones who have been true, and it is those who are the righteous. 

Saya pasti sahabat semua pernah mendengar kata-kata ini: "After every storm there is a rainbow". Jadi, walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Tuhan. Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat Berkat. 

Fikirkan, setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri, kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan kelebihan tertentu. 

Ingatlah, Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya. 

Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu. 

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. 

Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita? 

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaannya. Kebaikan mahupun keburukan. 

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” [Surah Al Anfaal:46] 

And obey Allah and His Messenger, and do not dispute and [thus] lose courage and [then] your strength would depart; and be patient. Indeed, Allah is with the patient. 

Kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.

Saturday 28 April 2012

^ ANDAI KU TAHU ^


ANDAI KU TAHU 

Andai ku tahu... 
Ini rasanya bila dikasihi, 
Ini rasanya menyayangi, 
Ini rasanya merindui, 
Pasti takkan ku biar masa lalu terbiar kosong, 
Disulam angan dan penantian tak pasti, 
Pasti ku sambut kasih dan sayang, 
Pasti ku jalin rindu di tangkai hati, 
Biar kukuh tersemat tidak lari. 

Andai ku tahu... 
Hebatnya kasih yang dikau dambakan, 
Takkan kubiar kau terus dalam penantian, 
Bersama kekeliruan tiada henti. 
Rindu yang hadir tak dapat ku usir jauh, 
Makin diusir.. kian hampir ia mendekat, 
Kadangku lelah menahan rindu. 

Tapi ku sedar... 
Manisnya rindu ini, 
Mana mungkin ku lepas ia berlalu, 
Kerana rindu ini, 
Hanya padamu.... ~

^ SELAMATKAN HATIKU ^


SELAMATKAN HATIKU 

Walau kelam sudah,
Walau telah jatuh,
Walau tersesat jauh,
Namun ku punya hati,
Yang mahu mengerti,
Ya.. mahu mengerti,
Kerana aku masih insani,
Aku mahu mendengari,
Kerana itulah aku mencari,
Sesungguhnya adalah kerana hati. 

Ketika ini,
Aku ingin berkata,
Maafkanku wahai hati,
Aku telah mengingkari,
Aku telah memungkiri,
Aku telah menodai. 

Ya Rabb...
Selamatkanlah hatiku,
Simbahinya dengan cahaya-Mu,
Kurniakanlah setitik kasih-Mu,
Agar hilang dahaganya,
Agar ia sedar akan kesesalanku... ~

^ ISTERI IDAMAN ^


INGIN MENJADI ISTERI IDAMAN???

"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah" (H. R. Muslim)

Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya... semoga Allah SWT memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada Allah SWT dan suami dan anak-anak. Amin.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjuk untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. 
Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita solehah jika bersikap keras hati dan berpaling dari suaminya, ia berkata: "Aku mohon ampun kepada Allah.... itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)...."

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan solat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah, menburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain. 

Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." [Surah Al-Hujurat :11]

O you who have believed, let not a people ridicule [another] people; perhaps they may be better than them; nor let women ridicule [other] women; perhaps they may be better than them. And do not insult one another and do not call each other by [offensive] nicknames. Wretched is the name of disobedience after [one's] faith. And whoever does not repent - then it is those who are the wrongdoers.

Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: "Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya" [HR. Muslim] 

Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamer kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan pemandu dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak. 

2. Berupaya mengenal dan memahami suami. 
Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah 'Azza Wajalla). 

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik. 
Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: "Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya" [HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albany] 

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: "Dua golongan yang solatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali" [HR. Thabrani dan Hakim, disahihkan oleh Al-Albany]

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjadi sebaik-baik wanita (dengan izin Allah). 

4. Bersikap qanaah (merasa cukup) 
Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu 'anhunna... 

Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya: "Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka..." 

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga.
Seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan. 

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya. 
Khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu. 

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. 
Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu 'anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi. 

Seorang pun tidak akan lupa perkataannya yang mashur sehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: "Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran". [HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim]

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. 
Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu. 

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). 
Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah rahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya. 

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. 
Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya : "Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya" [HR. Bukhary dalam An-Nikah]

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar". [Surah An-Nisa’ : 34]

Men are in charge of women by [right of] what Allah has given one over the other and what they spend [for maintenance] from their wealth. So righteous women are devoutly obedient, guarding in [the husband's] absence what Allah would have them guard. But those [wives] from whom you fear arrogance - [first] advise them; [then if they persist], forsake them in bed; and [finally], strike them. But if they obey you [once more], seek no means against them. Indeed, Allah is ever Exalted and Grand. 

Semoga bermanfaat... Walllahualam.. 

^ AL-FATIHAH ^


Kesalahan-kesalahan yang selalu terjadi dalam bacaan al-fatihah kita. Mari kita perbetulkan bacaan al-Fatihah kita... 

1. Sebutan huruf berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf digantikan dengan huruf

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ditukar menjadi huruf

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ditukar menjadi huruf

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf tidak disabdukan.

17. Huruf ditukar menjadi huruf

18. Huruf ditukar menjadi huruf . Apabila huruf berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf kepada huruf . Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf dulu, baru huruf . Ramai yang membunyikan , kemudian . Ada juga membunyikan , kemudian . Tak kurang juga ada yang membunyikan kemudian

21. Huruf ditukar menjadi huruf

22. Huruf berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf disebut dengan qalqalah.

24. Huruf tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ditukar menjadi huruf

26. Huruf tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.

Wallahu a'lam...

^ HAKIKAT SEBUAH PERNIKAHAN ^


HAKIKAT SEBUAH PERNIKAHAN 

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan. Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat… dan manakah pilihan kita???

1.  Jika hakikat pernikahan adalah kerana NAFSU, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

3.  Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

4.  Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5.  Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6.  Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7.  Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk-NYA. Dan ALLAH mencintai hamba-NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

^ BILA WAKTU TELAH BERAKHIR ^


BILA WAKTU TELAH BERAKHIR 

Bagaimana kau merasa bangga,
Akan dunia yang sementara,
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi,
Meninggalkan dirimu.

Bagaimanakah bila saatnya,
Waktu terhenti tak kau sedari,
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali??
Mengulangkan masa lalu.

Dunia dipenuhi dengan hiasan,
Semua dan segala yang ada akan…
Kembali pada-Nya.

Bila waktu telah memanggil,
Teman sejati hanyalah amal,
Bila waktu telah terhenti,
Teman sejati tinggallah sepi… ~

^ KERANA CINTA... ^


KERANA CINTA...

Kami berpisah untuk mencari, 
Untuk mencari seseorang pelengkap hidup kita bukannya mudah. 

Bila jumpa yang elok budi pekertinya, 
Tidak semestinya dia mampu untuk mengutamakan kita,
Bila jumpa yang baik dan serasi, 
Tidak semestinya dia sanggup berkorban apa sahaja untuk kita,
Bila jumpa yang hormat diri kita, 
Tidak semestinya dia akan menjadi hormat pada pandangan kita.

Dan... Apabila kita jumpa seseorang, 
Yang boleh menerima baik buruk kita, 
Terima kita seadanya.
Tidak semestinya dia akan berkahwin dengan kita,
Tidak semestinya dia bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Sayang, cinta, hormat dan kasih, 
Tak cukup untuk membawa seseorang itu ke gerbang perkahwinan.

Dan... aku pasrah dengan apa yang terjadi,
Kadang-kadang... 
Kita perlu mengakhiri sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.
Yang aku pasti… 
Kami berpisah kerana sayang, hormat, kasih dan cinta.

Rasa sayang, 
Membuat aku berfikir tentang dirinya.
Rasa hormat, 
Membuat aku hormat akan keputusan dan keadaan dirinya.
Rasa kasih, 
Membuat aku akan sukar untuk melepaskannya.

Tetapi kerana cinta... 
Aku sanggup untuk melepaskannya, 
Walaupun hati ini meruntun pilu... ~

^ WAHAI JIWA ^


WAHAI JIWA 

Wahai jiwa yang sering merasa sempit di atas bumi Allah yang luas, 
Sesungguhnya engkau belum dapat merasa lapang, 
Selagi engkau terkurung dalam ruangmu yang sempit itu,
Wahai jiwa yang memilih untuk memperpanjang kesedihan, 
Kerana kehilangansesuatu yang dicintai, 
Sesungguhnya tangisanmu yang terus menerus, 
Tidak akan dapat mengembalikannya kembali. 

Wahai jiwa yang selalu gusar dengan dosa-dosa yang lepas, 
Dan merasa tidak terampun, 
Sesungguhnya rahmat Allah itu luas menjangkaui seluruh ciptaan, 
Kecaplah rahmat tersebut, 
Janganlah engkau terus membuat dosa kerana dosa.

Wahai jiwa yang selalu menyesal dan tidak bertemu jalan kembali, 
Sesungguhnya jalan itu banyak, 
Tinggal lagi engkau harus mencari, 
Melangkah dan berhijrah.

Wahai jiwaku, wahai jiwamu, aku ingin berbicara…
Orang yang lemah mencari seribu satu sebab untuk bersedih, 
Orang yang kuat mencari seribu satu sebab untuk tidak bersedih.

Sahabat-sahabatku... kamu bagaimana?

Wednesday 25 April 2012

^ KUSIMPAN NAMANYA DISUDUT HATI ^


KU SIMPAN NAMANYA DISUDUT HATI 

Ku simpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhAan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah. 

Ya Rabb..
Bantu kami, 
Hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati. 

Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu. 

Ya Rahman...
Faqirnya kami, 
Lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan. 

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar,
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia akan setia,
Apakah dia akan menunggu,
Apakah kami akan tabah,
Hingga ke akhirnya. 

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu. 

Agar kami dapat terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya,
Amin ya Rabb... ~

^ KALAU ORANG BERTANYA... ^


KALAU ORANG BERTANYA... 

Kalau orang bertanya apa cita-citaku?
Jawabku mudah ahli syurga.

Kalau orang tanya apa hobiku ?
Jawabku mudah dakwah.

Kalau orang tanya apa kerjaku?
Jawabku mudah tarbiyah.

Kalau orang tanya siapa idolaku?
Jawabku mudah Rasulullah dan orang soleh.

Kalau orang bertanya apa bangsaku?
Jawabku mudah Islam. 

Kalau orang bertanya apa agamaku?
Jawabku mudah La ilaha illa Allah.

Kalau orang bertanya apa tugasku?
Jawabku mudah Ibadah.

Kalau orang bertanya siapa yang mengajarku?
Jawabku mudah kehidupan.

Kalau orang bertanya apa harapanku?
Jawabku mudah menjadi hamba yang ikhlas. 

Tetapi seandainya orang bertanya apakah yang telah aku lakukan? 
Aku terus gundah mencari-cari jawapan dalam parah... ~

Monday 23 April 2012

^ TENANGKANLAH HATI ^


TENANGKANLAH HATI 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Mas'ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). 

Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, aku tidak selera hendak makan,tidurku pun tidak lena." 

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu, 

1. Tempat orang membaca al Quran sama ada Kamu membacanya atau kamu mendengarnya; 

2. Majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan, 

3. Carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas." 

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini.... sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT.Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: 

"Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu.." 

Amin Ya rabbal'alamin.. ~

^ MENCARI KEMBALI SINAR KEBENARAN ^


MENCARI KEMBALI SINAR KEBENARAN 

Hari demi hari aku tewas, 
Dan kalah dengan perasaan, 
Semakin hari semakin menjerat sanubari, 
Untuk berlari dan terus berlari, 
Mencari sesuatu yang ‘bebas’, 
Dan jawaban pada seribu persoalan, 
Demi memuaskan hati semua pihak, 
Tanpa fikir dimana langkah kakiku terhenti. 

Sama ada sedar atau tidak, 
Kakiku telah terhenti, 
Dipersimpangan yang salah, 
Simpang yang berliku, berlopak dan bercabang, 
Berjalan dan terus berjalan, 
Walau jalan yang dilalui itu 
Sememangnya telah nyata, 
Jauh terpesong, 
Dari jalan yang sebenar. 

Hati penuh gelisah, 
Terus berjalan demi berjalan, 
Dan tak tahu dimana garis penamat, 
Untuk mendapat apa yang diingini, 
Dalam satu keadaan jalan yang sangat mengelirukan, 
Lagi curam. 

Seorang insan, 
Menunjukkan jalan yang sebenar, 
Untuk aku lalui, 
Bukan jalan yang aku telah lalui, 
Dengan hanya berpandukan ‘bisikkan perasaan’, 
Bukan akal, 
Lantaran kecewa dan penuh bercelaru, 
Itulah pertolongan ilahi padaku, 
Memimpin aku kepada-NYA semula, 
Dengan perantara insan bernama manusia, 
Hanya teguran, 
Membuatku terbangun dari lena, 
Tersedar dari tindakan tanpa kawalan. 

Bukankah Allah sayang padaku! 
Tidak membiarkan aku lama terhenti, 
Diantara jalan yang banyak cabang, 
Yang tidak jumpa garis penamat, 
Jalan yang akan membawaku keluar, 
Dari jalan yang selama ini aku perjuangkan. 

Alhamdulillah, 
Jalan ke hadapan diteruskan jua, 
Melangkah demi melangkah, 
Mencari kembali sinar kebenaran, 
Meneruskan semula perjuangan, 
Tersemat kukuh didasar hati, 
KALAM ALLAH adalah SEGALANYA, 
Disitulah kedamaian,ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan, 
Segala pujian kembali pada-NYA…. ~