SENYUMLAH.. DUNIA AKAN TERSENYUM PADAMU.. (^_^)
Tahukah kita apa beza senyum dan sengih? Ada orang kata senyum tak nampak gigi, sengih nampak gigi. Tapi sengih tu bukan tergolong dalam senyum? Senyum itu lukisan hati. Tak semestinya lihat orang senyum, kita akan sejuk hati sebab senyum ada banyak jenis. Ada senyum sindir, senyum tawar, senyum marah, senyum bahagia dan sebagainya...(”,)
Benar. Kadang-kadang sukar untuk mengukir senyuman pada wajah ini, terutamanya taktala hebat di uji oleh Allah SWT. Namun ada juga kerana ego dalam diri ini tak mampu di tumpaskan oleh keimanan dalam diri, bisikan syaitan lebih ditaati dari bisikan suara hati dari dasar hati dan jiwa yang sentiasa merindukan redhaNya.
Entah mengapa bagi kita sesetangah manusia sahaja yang layak mendapat senyuman dari kita. Biasanya kita lebih peka dan memilih sahabat atau orang yang dikenali sahaja untuk diberikan senyuman. Sukarnya nak senyum, kadang-kadang kerana kecewa. Kecewa kerana dia yang diberi senyum tidak membalas senyuman. Kecewa kerana bukan sahaja tidak membalas senyuman, buat tak tahu pula. Aduh!!! Terguris juga.
Macam-macam terlintas dalam hati (sombongnya! alah...senyumlah balik! Susah sangat ke nak senyum balik? Baik aku tak yah senyum kalau macam ni! Ingat dia tu baik sangat ka? Suka hati hanglah! Lain kali jangan harap aku nak tengok muka hang!). Istighfar kalau ada yang terfikir macam ni. Takdak ka? Alhamdulillah.. Syukur...hati masih bersih.
Kalau susah nak senyum, cuba tanya sama hati... Senyum untuk apa? Kalau senyum ikhlas kerana Allah, sudah tentunya kita tidak mengharapkan balasan daripada pihak yang kita beri senyuman. Hati yang bersih akan sentiasa bersangka-baik. Bila senyuman tidak dibalas, kita bersangka baik kepada Allah. Mungkin insan yang diberi senyuman itu sedang dilanda masalah atau tengah berfikir atau tak perasan yang kita senyum kat dia.
Tips untuk mudah senyum, antaranya kita hendaklah sentiasa merasa rendah diri, lemah lembut dan sabar.
Firman Allah SWT:
”Dan tundukkanlah sayapmu – yakni bersikap merendahkan dirilah – terhadap kaum mu’minin,” (al-Hijr: 88) dan, ” ...dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu..” (ali-Imran: 159)
Lagi...kita ni kadang-kadang teringin dak menderma dan bersedekah tapi nak bagi sedekah. Macam mana nak sedekah kalau takdah harta??? Takdak harta bukan bermakna tak boleh bersedekah...Dari ’Adiy bin Hatim r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda: ” Takutlah engkau semua kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan sepotong kurma, maka barangsiapa yang tidak dapat menemukan itu, maka hendaklah bersedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik” (muttafaq ’alaih)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: ”Dan mengucapkan perkataan yang baik itu adalah merupakan sedekah.” (muttafaq ’alaih). Senangkan nak bersedekah. Mudahnya Islam...
Dari Abu Zar r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda kepada saya: ” Janganlah engkau menghinakan sesuatupun dari amal kebaikan – yakni sekalipun tampaknya kecil, janganlah tidak dilakukan, meskipun andaikata engkau bertemu saudarau dengan menunjukkan wajah yang manis,” – atau berseri-seri tanda bersuka cita ketika bertemu itu. (Riwayat Muslim)
Oleh itu marilah kita mulakanlah hari ini dengan senyuman. Mulakan persahabatan dengan senyuman. Senyumlah walaupun mereka tidak nampak senyuman kita sebab kita yang sentiasa tersenyum tahu... kita bahagia...(tapi janganlah dok jalan sorang-sorang pun tersenyum...dok baca buku pun tersenyum... sat lagi orang salah faham pula.. pandai-pandailah na).
Jom kita tukar...jangan say cheese...tapi say sinn (س)! Sebab cara betul sebut sin adalah mulut mesti dalam keadaan tersenyum..tak caya? Cuba baca yaasiin.... atau bismillahirrahmanirrahim... mesti jadi tersenyum kan?
No comments:
Post a Comment