SELAMATKAN HATIKU
Walau kelam sudah,
Walau telah jatuh,
Walau tersesat jauh,
Namun ku punya hati,
Yang mahu mengerti,
Ya.. mahu mengerti,
Kerana aku masih insani,
Aku mahu mendengari,
Kerana itulah aku mencari,
Sesungguhnya adalah kerana hati.
Ketika ini,
Aku ingin berkata,
Maafkanku wahai hati,
Aku telah mengingkari,
Aku telah memungkiri,
Aku telah menodai.
Ya Rabb...
Selamatkanlah hatiku,
Simbahinya dengan cahaya-Mu,
Kurniakanlah setitik kasih-Mu,
Agar hilang dahaganya,
Agar ia sedar akan kesesalanku... ~
No comments:
Post a Comment