Wednesday, 18 April 2012

^ MAKA TERUSKAN MELANGKAH!! ^


MAKA TERUSKAN MELANGKAH!!! 

Hadirnya diriku hanya sebagai teman pemberi ingatan , 
Bukan untuk melalaikanmu apatah lagi untuk menghanyutkan kamu.. 
Hadirnya diriku adalah untuk meniup semangat jihad, 
Bukan untuk menggoyah imanmu, 

Namun... 
Jika kau menganggapku hanya seperti titisan embun muncul kala dinihari, 
Dan hilang di kala matahari mula memancarkan sinarnya, 
Maka... 
Ingatlah aku masih disini, 
Berdoa agar kau terpelihara dalam ampun, 
Rahmat serta redha-NYA setiap detik. 

Walau terkadang rembulan menyepi, 
Teruslah kau menapak, 
Kerana perjalanan kita teramat jauh, 
Ingatlah kita adalah insan yang dimuliakan ALLAH, 
Bukankah kita sebaik-baik kejadian ??? 
Dan sungguh kita hanya sama, 
Dan yang membezakan kita semua adalah... 
IMAN dan TAQWA 
Dan DIAlah yang memberi kita peluang untuk terus berjuang!! 
Teruskan perjalanan mu, 
Dan teruslah menjadi insan yang tercari-cari akan redha-NYA, 
Maka berjuanglah sehingga ke titik yang penghujung!!

No comments:

Post a Comment