KERANA CINTA...
Kami berpisah untuk mencari,
Untuk mencari seseorang pelengkap hidup kita bukannya mudah.
Bila jumpa yang elok budi pekertinya,
Tidak semestinya dia mampu untuk mengutamakan kita,
Bila jumpa yang baik dan serasi,
Tidak semestinya dia sanggup berkorban apa sahaja untuk kita,
Bila jumpa yang hormat diri kita,
Tidak semestinya dia akan menjadi hormat pada pandangan kita.
Dan... Apabila kita jumpa seseorang,
Yang boleh menerima baik buruk kita,
Terima kita seadanya.
Tidak semestinya dia akan berkahwin dengan kita,
Tidak semestinya dia bersedia untuk memikul tanggungjawab.
Sayang, cinta, hormat dan kasih,
Tak cukup untuk membawa seseorang itu ke gerbang perkahwinan.
Dan... aku pasrah dengan apa yang terjadi,
Kadang-kadang...
Kita perlu mengakhiri sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.
Yang aku pasti…
Kami berpisah kerana sayang, hormat, kasih dan cinta.
Rasa sayang,
Membuat aku berfikir tentang dirinya.
Rasa hormat,
Membuat aku hormat akan keputusan dan keadaan dirinya.
Rasa kasih,
Membuat aku akan sukar untuk melepaskannya.
Tetapi kerana cinta...
Aku sanggup untuk melepaskannya,
Walaupun hati ini meruntun pilu... ~
No comments:
Post a Comment