Sunday, 15 January 2012
^SELAGI ADA WAKTU ^
SELAGI ADA WAKTU
Selagi ada waktu,
Selagi ada peluang,
Selagi ada pilihan,
Kadang-kadang kita perlu buat pilihan,
Walau pun bukan pada waktunya,
Adakah pilihan itu memihak kepada diri kita,
Atau hanya mampu melihat dari kejauhan.
Ingin ku gapai tapi tangan tak sampai,
Ingin ku selam tapi terlalu dalam,
Ingin ku jaga tapi bukan milik ku,
Hanya redha menemani hati,
Berserah dengan ketentuan-Nya,
Lebih manis daripada menongkah arus.
Kerana REDHA kunci segala kedamaian,
Kerana REDHA kunci segala kebahagiaan,
Kerana REDHA kita beroleh keberkatan.,
Kerana REDHA kita mendapat rahmat-Nya.
Redha kah aku....???
Ya Allah...
Kau didiklah hati ini untuk merasai kemanisan redha ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment