Monday, 16 January 2012

^ MAAFKAN DIRI INI ^


MAAFKAN DIRI INI

Ya Rabbi..
Izinkan aku menghadap-Mu,
Berulang kali sehingga ke akhir hayatku.

Aku tahu..
Aku sering menghadap-Mu,
Dengan wajah yang kelam,
Tidak berseri,
Aku sering berhadapan dengan-Mu,
Ketika jiwaku berkeluh kesah,
Aku mencari-Mu,
Hanya di waktu susah dan derita,
Di saat senang dan sibuk dengan dunia,
Aku melupakanMu.

Aku lupa bahawa...
Hidup ini hanya untuk-Mu,
Aku leka bahawa...
Dunia ini hanya sementara,
Untuk aku mencari bekalan sebanyaknya.

Ya Allah...
Pegang eratlah hati ini,
Agar sentiasa aku rasa dekat dengan-Mu,
Aku harap Kau terima amalku,
Untuk aku persembahkan,
Di hadapan-Mu kelak..

Ya Allah,
Dengarkanlah rintihan,
Dan permohonan hatiku ini,
Hadiahkanlah cahaya-Mu kepadaku,
Hingga saat aku dipanggil pulang olehMu ...

No comments:

Post a Comment