Benda yang masih berlegar kepada manusia itu sendiri, bergantung kepada hati dan perasaan, kenapa bila kita cukup setia dan menjaga perasaan seseorang itu, tetapi akhirnya kita akan dikhianati juga?
Pada pendapat saya, ia berbalik semula kepada soal hati dan perasaan seseorang itu juga. Benda itu adalah tindakan dalam kawalan dan juga luar kawalan. Manusia itu sendiri yang lebih kenal hati dan perasaan mereka berbanding orang luar. Nah, orang boleh kata dia memahami kau luar dan dalam, tahu buruk baik kau, tetapi apakah dia tahu apa yang terlintas dalam fikiran dan naluri kau? Tidak bukan?
Dan kenapa sebenarnya kecurangan boleh berlaku?
Statistik perpisahan, penceraian kebanyakannya disebabkan oleh kecurangan pasangan, tidak mengira jantina, sama ada lelaki ataupun perempuan. Itu pasti walaupun mungkin ia didominasi oleh jantina tertentu, tetapi masih lagi kita tidak boleh melemparkan tuduhan bahawa lelaki yang akan curang dan perempuan akan setia ataupun lelaki setia tetapi perempuan yang membuat onar di belakang.
Ia bukan dipengaruhi oleh jantina, tetapi lebih kepada hati manusia itu sendiri. Mari kita lihat kenapa seseorang itu boleh bertindak melakukan sedemikian dan mengakibatkan kesan yang bukan sedikit dalam sesuatu perhubungan. Curang adalah salah satu faktor perpisahan dan penceraian boleh berlaku dan itu tentunya membawa kepada kesan yang lebih buruk - pergaduhan, pembunuhan dan macam-macam lagi. Salah satunya mungkin akan terselit sifat curang dan pengkhianatan.
Belum bersedia memberikan komitmen.
Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, sesetengah daripada kita mungkin lebih mahu terus memberikan tumpuan penuh dalam kerjaya dan mencapai sesuatu yang lebih tinggi dan baik dalam hidup. Masih banyak yang mahu dikejar serta diberikan dan apabila pasangan mula terus mendesak untuk membawa perhubungan lebih jauh dan bermakna, sesetengah daripada kita mungkin belum bersedia. Istilah kita kawan dulu baru kita kenal lebih rapat sering digunakan untuk mengelakkan diri daripada terus didesak.
Kita kena akui bahawa setiap orang mempunyai sikap memberontak mereka yang tersendiri. Sesuatu yang disembunyikan daripada umum dan apabila terlampau mendesak, biasanya ia akan meletup dengan sendirinya kemarahan yang dipendam sekian lama. Maaf, tapi ini kebanyakannya berlaku pada lelaki yang tidak tahan didesak oleh kekasih untuk ikatan lebih serius dalam perhubungan. Lelaki tidak suka didesak. Mereka lebih gemar membuat sesuatu dengan acuan mereka sendiri, walaupun ia mungkin menyakitkan wanita mereka.
Melihat pasangan sebagai seorang yang tidak adil.
Ini menggusarkan. Bila melihat pasangan lebih banyak menghabiskan kerja di luar dan tidak memberikan pujian ataupun kata-kata perangsang dengan usaha sendiri, terbit rasa tidak berpuas hati secara senyap-senyap. Maka, mulalah mencari alasan untuk mendapatkan seseorang yang akan sentiasa memuji apa yang dilakukan dan lebih menghargai kononnya.
Maaf, ini kebanyakannya berlaku kepada perempuan. Naluri perempuan kebanyakannya mahu diberikan perhatian walaupun sedikit. Percayalah, kalau lelaki sanggup tinggalkan permainan komputer mereka walaupun sekejap untuk mendengar celoteh si perempuan, pastinya si perempuan itu sudah cukup gembira sampai bunga-bunga penuh atas kepala. Dan begitu juga lelaki aku rasa, jika perempuan boleh luangkan sedikit masa untuk mendengar apa mereka luahkan, itu sudah membuatkan mereka lega. Timbal balik benda mudah dalam perhubungan. Setuju?
Bosan dengan benda rutin.
Ini sebenarnya dalam diri manusia itu sendiri. Sesetengah daripada kita memang sukakan rutin dan sudah terlampau mangli dengan hidup berjadual sehingga kita sudah tidak kisah dengan apa benda lain asalkan kita mencapai matlamat yang kita mahukan. Tetapi kita jangan lupa, ada orang yang benci dengan perkara sebegitu. Ada orang yang mahukan hidup dia sentiasa dalam keadaan sesuatu yang tidak diduga dan seronok dengan perkara demikian. Tidak salah. Cuma jangan sampai berlebihan.
Ada cinta baru ataupun jumpa semula cinta lama.
Macam-macam. Ada yang jumpa cinta baru dalam diri mereka dan mula mahu menggapai satu lagi pelabuhan dengan meletakkan kaki di sebuah lagi kapal. Kata orang, satu kapal satu nakhoda, tetapi kadangkala dalam dua kapal, kita boleh ada satu nakhoda. Lagi hebat kalau bilangan kapal dan nakhoda saling berkadar terus bukan? Kuasa dominasi yang melampau bila dibuat dengan cara yang tidak baik dan pincang gaya.
Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka. Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian kita itu, tidak mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan betapa kejamnya kita bertindak sebagai manusia.
Bila jumpa dengan kekasih lama yang kononnya sudah lama mati, tiba-tiba hidup kembali bagaikan disemai dan dibajai semula. Padahal, ada kekasih ataupun pasangan yang sedang menanti penuh setia. Hanyut dalam coretan dan layangan kanvas cerita lama dan entah bagaimana, ceritera baru mahu dilakarkan semula. Aneh-aneh sahaja manusia.
Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini.
Selalu orang kita sebut, JANGAN BIMBANG, jodoh lelaki yang baik utk perempuan yang baik dan sebaliknya (sepertimana disebut dalam al-quran). Tapi ramai yang kurang mengambil kisah tentang jodoh lelaki atau perempuan yang baik untuk lelaki atau perempuan yang tak baik. Allah gunakan kuasa Dia untuk memilih insan tertentu mengalami ujian hidup sedemikian rupa. Kekadang insan yang terlampau baik budi pekerti dan akhlak dia sentiasa terjaga semasa bujang akhirnya bertemu jodoh dengan insan yang sudah rosak. Mungkin, Allah inginkan insan bertuah yang dipilih itu membantu membimbing pasangannya yang sudah rosak akhlak itu.
Dapat suami yang terlalu baik pun susah juga. Isteri pula nanti pandai ambil kesempatan. Saya pun tak faham apa lagi yang perempuan zaman sekarang ni nak sebenarnya. Dapat suami yang cukup baik pun, masih nak curang. Dapat suami yang layan cukup baik zahir dan batin pun, masih tak puas nak cari lain. Kalau suami yang curang sebab nak kahwin 4 tu saya tak la pelik sangat, sebab dah perangai lelaki nafsu besar. Sebab itu islam Benarkan LELAKI KAHWIN maksima 4. Perempuan pula tak dibenarkan islam kahwin 4. Sebab itu saya pelik kalau isteri pula yang bernafsu besar seperti lelaki.
Ramai pakar mengatakan suami sayang isteri setinggi bukit macam mana sekalipun, isteri tampak baik alim macam mana sekalipun, si suami tetap perlu tanam sedikit RASA CURIGA terhadap isteri. Ramai pakar motivasi juga mengatakan, kecurangan isteri banyak bermula di pejabat atau di tempat kerja. Sosial pergaulan yang semakin terbuka sesuai dengan jawatan dipegang, jiwa runtun wanita tidak mampu tangani beban sosial pergaulan di zaman sekarang.
Perlukah isteri tidak dibenarkan bekerja jika suami mampu menyara keluarga ..? Mungkin itulah hikmahnya islam menetapkan suami sebagai ketua keluarga dan bertanggungjawab cari nafkah keluarga, manakala isteri pula lebih dipertanggungjawabkan jaga kebajikan suami dan anak-anak di rumah. Tapi zaman sekarang, nak ker isteri yang ada kelulusan diploma/ijazah duduk rumah sebagai surirumah sepenuh masa ..? Mungkin bila suami dia suruh berhenti kerja, dimakinya balik suami dia tu nanti sebagai tak open minded dan berfikiran cetek, padahal suami dia sudah bergaji besar mampu sara keluarga.
Dalam islam ada kata, kalau isteri nusyuz, sebelum buat keputusan bercerai, kena asingkan tempat tidur dalam tempoh tertentu. Kalau isteri buat hal juga, lepas itu suami kena pukul sedikit (lebih ditafsir sebagai tampar isteri). Kalau tak jalan juga, last sekali baru cerai. Tapi zaman sekarang, kalau si isteri tu kena tampar sikit dengan suami sebab nusyuz, habis dimakinya balik suami.. baling periuk belanga semua. Inilah dilema wanita zaman sekarang Zaman semakin maju, ego makin bertambah mengalahkan kaum lelaki. Dia pun nak makin maju. Apa lelaki boleh buat, dia pun mesti boleh buat juga. Kkalau lelaki boleh pasang 4 , dia pun boleh buat skandal dengan lelaki lain kat luar (sebab tak boleh kahwin lebih). Isteri nusyuz makin bertambah .. dunia akhir zaman.
Persoalannya, adakah lelaki yang kat sini yang dah kahwin pernah tanam sedikit rasa curiga kat isteri sendiri (terutama isteri yang bekerja) ..? Berapa peratus? Pernahkah anda buat spotcheck kat hanphone isteri diam-diam ..?? Agak-agaknya isteri anda mengamuk tak kalau isteri anda tahu anda tanam rasa curiga kat dia dan kadang-kadang buat spotcheck handphone dia ..? Atau kadang-kadang anda pergi ekori dia ke mana dia pergi masa dia keluar rumah ?
Dan bagi yang perempuan pula... Apakah perasaan anda kalau suami/bakal suami anda nanti ada tanam rasa curiga kat anda? Adakah kasih sayang nanti makin berkurang terhadap suami kerana tak puas hati suami tak percaya diri anda 100% ?? dan bila kasih sayang makin pudar terhadap suami, adakah agaknya anda akan cari makan luar ?
Jadi, untuk pasangan yang dah berkahwin, mereka curang mungkin juga sebab mereka kurang mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Lagi pun, ikatan perkahwinan bukan sahaja termeterainya janji ikatan sesama manusia tapi juga dengan Allah Ta’ala, kan???
Sebab itu pokok pangkalnya, suami atau isteri kena sentiasa ingat pada-Nya, tunai perintah-Nya. Insyaallah, rumahtangga harmoni dan juga dapat menepis dari godaan syaitan yang tidak akan pernah berhenti dari menggoda manusia sehinggalah hari kiamat itu tiba.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH. Ada IMAN ada SETIA.. Tiada IMAN tiada SETIA.
Hidup memang indah. Dan kita yang bertanggungjawab untuk membuatkan ia lebih indah, semuanya bergantung kepada apa yang kita mahukan, dan tentunya apa yang telah dirancang oleh Allah buat kita.
Membekukan diri daripada menerima apa jua tekanan negatif daripada luar. Itu aku. Aku akan berusaha sedaya upaya untuk tidak melukakan hati orang lain di sekeliling aku, walaupun akibatnya aku yang sakit menanggung kesakitan sendirian. Senyum dan ketawa aku adalah kekuatan yang bukan sedikit aku himpun dalam menjalani hidup yang semakin buas memaksa aku agar lebih tabah.
No comments:
Post a Comment