Thursday, 29 September 2011

^ MENGHARAPKAN KEREDHAAN TULUS DARIPADA-MU ^


MENGHARAPKAN KEREDHAAN TULUS DARIPADA-MU

Ya Allah…
Hatiku risau tiada terperi,
Ku menadahkan tangan bedoa kepadamu,
Di manakah tempatku diakhirat nanti?

Hari demi hari terus berlalu,
Memamah zaman yang kini semakin merapu.
Alangkah indahnya jika ku dapat tatap wajah-Mu,
Ya Rasulullah, aku rindu kepadamu!

Kitab suci Allah sebuah mukjizat,
Tibanya hisab engkaulah pemberi syafa’at,
Ingin ku bertemu dengan-Mu nanti di akhirat,
Pimpinlah tanganku melalui titian Siratul Mustaqim.

Ya Allah ku rindukan SyurgaMu,
Ya Rasul ku rindukan Syafa'atmu,
Ampunkanlah segala dosa-dosa ku,
Terimalah aku sebagai ummatmu.

Berlinang air mata membasahi pipi,
BerTahajjud seorang di malam yang sepi.
Tunjukkan aku jalan yang diredhai,
Supaya tenang ketika dicabut nyawaku nanti.

Ya Allah maafkan aku akan keterlaluan diriku,
Segala keterlanjuran berpunca dari kesilapan ku,
Kini ku ingin mendekatkan diri kepada-Mu,
Supaya dapat ku jejak taman Syurga-Mu.

Warkah ini hanya cebisan kehidupanku,
Untuk pedoman bagi yang ingin mendekati-Mu,
Ku bersyukur kerana diberi pertunjuk kepadaku,
Janganlah berlengah lagi wahai SAHABATKU….

No comments:

Post a Comment