Friday, 29 June 2012

^ REDHA... ADAKAH AKU REDHA?? ^

REDHA... ADAKAH AKU REDHA?? 

Bukankah seorang yang menuntut kemuliaan dari Allah swt harus tidak tahu bersungut dan terlalu cerewet dengan takdir yang telah ditentukan kepadanya?? Dia harus menerimanya dengan hati yang tenang dan redha, tidak kira apa sahaja corak takdir yang menimpa. 

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” 
[Surah An-Nisā' : 32] 

Alangkah sempitnya akal seseorang insan sehingga tidak memahami adanya hikmah dan rahmat kurnia Allah swt dalam setiap takdir yang Allah swt tentukan buat dirinya. Tentunya itu kerana lemah keimanan dan tidak ada baik sangka terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 

Astagfirullahaladzim.
Maafkanlah aku ya Allah. 
Ajarkanlah aku untuk redha dengan Mu. 

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” 
[Surah Al-'Aĥzāb : 36]

Hanya orang yang sabar dan redha dengan ujian dan ketentuan Allah swt sahajalah yang akan berjaya di dalam perjalanan ini. Mereka sering mendapat kelebihan kurnia dan kebesaran daripada Allah swt pada saat-saat itu, yang kadang-kadang tidak didapati dengan sembahyang dan puasa.

Ya ALLAH... 
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang bersyukur dan redha dengan segala ketentuan-Mu...

No comments:

Post a Comment