DAPATKAH MIMPI MENJADI NYATA...??
Sudah sekian lama,
Lenaku tidak diulit mimpi,
Mungkin kerana terlalu nyenyak barangkali.
Namun semalam,
Mimpi muncul menghiasi,
Setelah lama tidurku sunyi,
Membawa bersama cerita-cerita indah,
Kenangan-kenangan abadi,
Yang sentiasa tersemat di sanubari.
Kenapa kau hadir bersama memori itu mimpi??
Bukan ku tak sudi menyelak tabir itu kembali,
Namun, aku sedih... terlalu sedih,
Kerana memori itu datang di alam mimpi,
Sedangkan aku,
Sangat mengharapkan ianya benar-benar terjadi di alam realiti!
Oh mimpi,
Tidak dapat kutafsir perasaan ini,
Datangmu yang tidak kuundang,
Rupa-rupanya membawa kebahagiaan,
Ya! Aku bahagia kerana cerita yang kau bawa mimpi,
Mengingatkan aku kembali kepada wajah itu,
Yang sangat-sangat aku rindu!
Oh mimpi,
Mengapa engkau menyeksaku begini??
Dek kerana kehadiranmu malam tadi,
Hatiku tidak keruan,
Aku masih lagi terkenang-kenang akan cerita indah yang kau bawa,
Apakah tandanya mimpi??
Apakah itu hanya mainanmu semata??
Atau engkau sememangnya membawa perkhabaran gembira??
Ah! Tidak mungkin sama sekali!
Mimpi tidak akan menjadi nyata!
Itu aku pasti..
Tapi mimpi,
Jauh di sudut hati,
Ku mengharapkan semua itu realiti,
Walaupun aku tahu,
Ianya mustahil sama sekali,
Namun... siapalah aku untuk meneka ??
Takdir yang akan datang menerpa??
Kita tidak dapat jangka bukan??
Walau apa pun yang akan terjadi,
Hanya satu pintaku padamu mimpi,
Hadirlah kembali menemani tidurku malam ini,
Kerana aku masih belum puas menatap,
Wajah itu,
Yang pernah bertakhta di hati,
Yang tidak lekang kurindui!
Dan aku jua tidak pernah jemu,
Mengenang memori-memori lalu,
Yang menghadirkan bahagia dalam hidupku.
Dan saat ini aku berdoa,
Semoga mimpi hadir lagi,
Menyambung cerita-cerita bahagia,
Walau datangnya sekadar dalam mimpi,
Namun itu sudah memadai,
Buat pengubat dukaku di dunia realiti..
Biarlah mimpi menjadi saksi,
Kerinduan yang tersemat di hati,
Dan menjadi bukti,
Bahawa kenangan yang tercipta itu masih kekal terpahat utuh,
Dalam ingatan insan ini,
Yang masih setia mencari,
Haluan kebahagiaan yang diimpi,
Walau terpaksa melaluinya di dalam mimpi.
Mimpi,
Izinkan aku bertanya lagi,
Dapatkah engkau menjadi nyata??
Ah! Aku sudah tahu jawapannya!
No comments:
Post a Comment