MUHASABAH BERSAMA
Segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati dan jiwa manusia menuntut ilmu yang akan menghampirkan diri seorang hamba yang hina kepada Zat Yang Menciptakannya. Selawat dan salam buat Rasul Muhammad ... berselawatlah ke atasnya... yang tidak pernah alpa dan putus asa membimbing ummah sehingga kini agar menuruti jejak ke redha Ilahi. Serta buat ahli keluarga baginda yang suci dan mulia dan para sahabat yang menjadi tokoh-tokoh agung dan pemugar semangat perjuangan Islam sehingga Kiamat.
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad, fitnah, tsunami, peperangan, gempa bumi, banjir dan bermacam-macam lagi.
Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam??? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di universiti dapat membawa kita ke Syurga?
Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak dan rajin. Walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hamba-Nya yang tidak bersyukur. Adakah kita yakin kita seorang Islam???
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan???
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah SWT???
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah SAW???
Siapa diri kita sebenarnya??? Firaun??? Tentu tidak.. Jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina. Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah SWT???
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia?? Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu??? Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf. Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya??? Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.
Ketahuilah, sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.
Kita solat... kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan... kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum... kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa... kita tidak malu pada Allah?
Kita berpuasa... kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat... kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit... kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?
Siapa Kita??? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina. Betapa hinanya kita. Tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta Allah, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Hidup itu InsyaAllah dan kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!! Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment