Wednesday 30 May 2012

^ APABILA KAU INGIN SESEORANG SEBAGAI TEMAN ^


APABILA KAU INGIN SESEORANG SEBAGAI TEMAN

Apabila kau ingin seseorang sebagai teman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin seseorang sebagai teman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan menbencinya.

Andai kau inginkan seseorang sebagai teman..
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan menfitnahnya.

Andai kau inginkan seseorang sebagai teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kelak andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya.

Andai kau inginkan seseorang sebagai teman,
Terimalah dia seadanya,
Ikhlaskan dalam perhubungan,
Sinarinya dengan takwa dan iman,
Saling hormat-menghormati,
Jujur, amanah dan segalanya.

Kerana dia seorang teman,
Yang hanya manusia biasa,
Ada kelemahan,
Ada kekurangan,
Ada keburukan.

Jadilah saling lengkap-melengkapi... kerana TIADA SIAPA YANG SEMPURNA...

1 comment: