Wednesday, 9 May 2012

^ ISTIQAMAHKAN HATIMU ^


ISTIQAMAH 

Istiqamah bermaksud mengamalkan sesuatu suruhan secara terus-menerus tetap, konsisten, tidak berubah-ubah, berdiri teguh dalam melaksanakan tuntutan agama walau dalam apa juga keadaan, godaan dan rintangan kecuali dalam keadaan dharurat dan terdesak. 

Istiqamah adalah antara kewajipan dan tuntuan agama. Firman Allah SWT : “Maka beristiqamahlah sebagaimana kamu diperintahkan bersama orang-orang yang bertaubat dan jangan melampaui batasan, sesungguhnya Ia melihat apa yang kamu lakukan." [ Surah Hud : 112]

Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah SAW : ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’.

Sabda Rasulullah SAW “ Dan sesungguhnya amalan yang sanyat disukai Allah swt ialah amalan yang berterusan sekalipun sedikit. “

Sabda Rasulullah SAW : “ Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang-teguh dengannya, iaitu; Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”

Seseorang yang beriman wajib istiqamah dan iltizam dalam melaksaanakan tuntutan agama samada dalam bentuk melaksanakan yang disuruh atau meninggalkan yang dilarang. 

Bagaimana untuk istiqamah dalam ketaatan ?

Untuk istiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama;
1. Keimanan dan keyakinan terhadap tuntutan agama yang perlu ditunaikan. Tanpa keimanan dan keyakinan, hidayah dan gerakan hati untuk melakukannya tidak ada.

2. Ilmu pengetahuan terhadap tuntutan yang perlu dilakukan. Dengan adanya ilmu terhadap syariat Islam, seseorang dapat memahami hikmah dan tujuan dari peangamalan suatu kewajipan.

3. Kesedaran kewajipan istiqamah dalam melakukan kewajipan. Orang yang sedar dengan tanggungjawab awama adalah orang yang hatinya hidup, sentiasa peka dan sensitif dengan tuntutan agama.

4. Penghayatan, tanpa penghayatan terhadap kewajipan agama, tiada kelazatan dalam beramal, tiada keseronokan dalam beribadah, akhirnya semangat luntur dan pudar dan sedikit demi sedikit keajipan agama ditinggalkan.

5. Sentiasa melakukan tazkiyatun nafsu, kerana hanya hati yang bersih dari sifat-sifat mazmumah akan merasa tenang dan bahagia dengan ketaatan kepada Allah swt.

6. Mujahadatun nafs. Komited dan istiqamah dengan ketaatan adalah sesuatu yang berlawanan dengan nafsu, justeru ia perlu dilawan agar diri tidak tunduk dengan runtunan hawa nafsu. 

ISTIQAMAHKAN HATIMU 

Istiqamah pada hati dan amalan merupakan buah dan hasil dari istiqamah hati dalam ketaantan kepada Allah SWT. Ketaatan pada amalan tanpa ketaatan hari, amalan tiada nilai disisi Allah SWT. Itulah amalan orang munafiq yang sentiasa berpura-pura dalam amalan mereka. 

Hati adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang. Bila hati penuh dengan ketaatan kepada Allah, maka perilaku seseorang akan penuh dengan kebaikan. Sebaliknya, bila hati penuh dengan syahwat dan hawa nafsu, maka yang akan muncul dalam perilaku adalah keburukan dan kemaksiatan.

Keburukan dan kemaksiatan ini boleh datang kerana hati seseorang dalam keadaan lalai dari zikir kepada Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyah berkata, “Apabila hati seseorang itu lalai dari zikir kepada Allah, maka syaitan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya syaitan ke dalam hati yang lalai ini, lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam sebuah ruangan.”

Oleh kerana itu hati seorang mukmin harus sentiasa dijaga dari pengaruh syaitan ini dengan sentiasa berada dalam sikap taat kepada Allah SWT. Kekuatan inilah yang disebut dengan Istiqamah.

Imam al-Qurtubi berkata, “Hati yang istiqamah adalah hati yang sentiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, maupun perbuatan, hati yang istiqamah adalah jalan menuju kejayaan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan diluaskan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat. Dengan hati yang istiqamah, malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap azab kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa.” 

Ada banyak cara untuk memikili hati yang istiqamah ini, antaranya;

1. Meletakkan cinta kepada Allah di atas segala-galanya. Ini adalah persoalan yang tidak mudah dan memerlukan usaha yanh gigih kerana, dalam kehidupan sehari-hari kita sering mengalami pertembungan antara kepentingan Allah dan kepentingan makhluk, Apabila dalam kenyataanya kita lebih mendahulukan kepentingan makhluk, maka itu pertanda bahwa kita belum meletakkan cinta Allah di atas segala-galanya. 

2. Membesarkan perintah dan larangan Allah. Membesarkan perintah dan larangan Allah harus dimulai dari membesarkan dan mengagungkan pemilik perintah dan larangan tersebut, yaitu Allah. Membesarkan perintah Allah di antaranya adalah dengan menjaga waktu salat, melakukannya dengan khusyu, memeriksa rukun dan kesempurnaannya serta melakukannya secara berjamaah. 

3. Sentiasa berzikir kepada Allah kerana itulah perintah Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis qudsi Allah berfirman, Maksudnya; “Barangsiapa yang mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku akan mengingat-Nya dalam diri-Ku. Dan barang siapa yang mengingat-Ku dalam keramaian, maka Aku akan mengingat-Nya dalam keramaian yang lebih baik darinya."

4. Mempelajari kisah orang-orang soleh terdahulu supaya kita boleh mengambil pelajaran dari mereka. Bagaimana kesabaran mereka ketika menghadapi ujian yang berat, kejujuran mereka dalam bersikap, dan keteguhan mereka dalam mempertahankan keimanan. Sebagaimana firman Allah , Maksudnya;  " Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman." (Surah Yusuf : 111).

Usrah Rasa Hati...

No comments:

Post a Comment