TEGURLAH DENGAN BERHEMAH BUKAN MENYINDIR
Segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati dan jiwa manusia menuntut ilmu yang akan menghampirkan diri seorang hamba yang hina kepada Zat Yang Menciptakannya. Selawat dan salam buat Rasul Muhammad ... berselawatlah ke atasnya... yang tidak pernah alpa dan putus asa membimbing ummah sehingga kini agar menuruti jejak ke redha Ilahi. Serta buat ahli keluarga baginda yang suci dan mulia dan para sahabat yang menjadi tokoh-tokoh agung dan pemugar semangat perjuangan Islam sehingga Kiamat.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan, "Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.” Tegurlah dengan Berhemah bukan menyindir ."
Ketika melewati satu blog rakan saya, terjumpa kisah ini...
Situasi di sebuah bus-stop tepi jalan. Hujan lebat. 4 orang di situ. Satu pasangan muda laki pompuan, dan 2 pemuda. Kelihatan si lelaki membuka payungnya lalu menggapai bahu si gadis, cuba untuk melintas jalan dalam hujan lebat...
Pemuda 1 bercakap-cakap dengan Pemuda 2 sambil memandang ke tempat lain.
Pemuda 1: Tak payahlah nak payung-payung..kan? Kalau dah couple haram tu, payung macam mana pun tak boleh lari dari dapat murka Allah. Cubalah sediakan payung pada azab Allah kalau boleh.
Pemuda 2: Ha'ah la. Yang haram ni la rasa lazat dan nikmat semua. Rasa bahagia dapat payungkan pasangan. Rasa romantik, rasa bertanggungjawab la kononnya. Si pasangan pula berbunga-bunga rasa dapat dipayungkan. "Fuh, bestnya dapat pakwe camni!"
Tanpa disedari, perbualan didengari jelas oleh si lelaki dan si gadis.
Lelaki: Bro, kalau couple haram dapat dosa, mengata "baling batu sembunyi tangan" ni sama juga dapat dosa. Lebih kurang mengumpat wlpn depan2. Adakah bro-bro rasa ni nasihat sinis yang terbaik utk dakwah orang? Kalau nak nasihat, apa kata bro datang kat saya; beri salam elok2, then sembang ringkas dua tiga patah, tanya saya siapa, duk mana..taaruf ukhuwwah fillah ringkas2. Jalinkan kemesraan dengan muka manis. Kemudian tanyalah saya siapa orang sebelah saya ni. Kalau couple saya, nasihati dan doakanlah saya. "Oh..awek ke..kahwin cepat-cepat tau. Allah.. kahwin ni antara pintu2 utama rezeki. Best gile ah kahwin ni. Bro doakan korang dimurahkan rezeki dan dapat kahwin cepat-cepat. Biar lancar segala urusan. Makin cepat makin bagus kalau ikut Islam. Makin bertangguh, makin banyak dugaannya." Susah ke? Barulah sesuai dengan 3 metode anjuran al-Quran:
Satu, "Bil Hikmah" (dengan hikmah)
Dua, "Bil Maui'zatul Hasanah" (dengan nasihat yang baik)
Tiga, "Wajadilhum billati hiya ahsan" (berbahas dengan cara yang baik)
Gadis: Actually, ni husband sy. Baru je kahwin bulan lepas. Kahwin muda. Saya 18, husband 25.
Lelaki: Maaf, kami minta diri dulu. Maaf andai terkasar bahasa. Assalamualaikum wbt.
Pemuda 1 dan pemuda 2 terkesima pening-pening lalat kena sedas-dua tazkirah dalam hujan lebat.
"Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.” [Surah Al-Hujuraat :11]
Assalamualaikum... sy mohon share entry ini ye.. menarik utk sntapan rohani.. syukran =)
ReplyDeleteSILAKAN..
ReplyDelete