Thursday, 24 May 2012

^ DALAM MENCARI REDHA-MU ^


DALAM MENCARI REDHA-MU 

Ya Rabb… 
Dalam mencari redha dan cinta-Mu, 
Seringkali aku tersasar dan tersalah langkah, 
Juga sering aku berfikir, 
Berapa besar khilaf yang telah ku lakukan. 

Aku hanyalah hamba-Mu, 
Insan yang lemah dan selalu alpa, 
Seringakali tertewas, 
Tertipu dek hawa nafsuku, 
Yang merosakkan diri, 
Yang mematikan hatiku. 

Tetapi aku yakin dengan fitrahku, 
Sebagai manusia yang dicipta oleh-Mu, 
Yang mana lumrah dan fitrah, 
Ingin mempercayai sesuatu.

Ya... aku punyai iman, 
InsyaAllah kau peliharalah hati ini ya Rabb, 
KAU berikanlah aku sedikit kekuatan, 
Bagi menempuhi hidup ini, 
Aku harus kuat dan tabah, 
Bagi menjaga sekelumit IMAN dalam hatiku, 
Aku khuatir andai tidak mampu, 
Tetapi aku percaya, 
Kau takkan biarkan hamba-Mu ini keseorangan, 
Serta kurniakanlah kepadaku, 
Cinta-Mu dan redha-Mu, 
Sesungguhnya aku percaya akan janji-Mu. 

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba, 
Dan aku cuba menghindarkan pesona maya, 
Kerana tak upaya aku hadapinya, 
Andai murka-Nya menghukum leka. 

Diatas nama cinta pada yang selayaknya, 
Ku nafikan yang fana, 
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan, 
Agar disuluh cahaya redha-Nya.

No comments:

Post a Comment