Monday 19 March 2012

^ SEGALANYA HANYA KERANA ALLAH ^


SEGALANYA HANYA KERANA ALLAH 

Terlalu lama kita mendabik dada, 
Sedangkan semua di dunia adalah pinjaman, 
Siapalah kita untuk bongkak dan riak?? 
Kita hanyalah hamba ALLAH. 

Kita juga musafir di bumi ini, 
Teruslah mengorak langkah, 
Menyubur dan menebar bakti dakwah islamiah, 
Teruslah berjuang memenuhi ilmu di dada, 
Bagi memastikan umat islam tidak terkebelakang.
 
Teruskan perjuangan hingga ke titisan terakhir, 
Jangan biar nafsu menguasai diri, 
Jangan biarkan syaitan bermaharajalela di hati, 
Segalanya hanya kerana ALLAH, 
InsyaALLAH… 

Kejayaan bakal menjadi milik kita, 
Bukan hanya duniawi, 
Ukhrawi juga bakal kita perolehi…

No comments:

Post a Comment