JIKA....
Jika kita berasa INGIN MARAH, jangan marah! Kerana..."Sesungguhnya Allah menolong orang yang bersabar."
[Surah Al-Baqarah : Ayat 153]
Jika kita berasa TAKUT akan sesuatu perkara yang benar, janganlah takut! Kerana..."Janganlah kamu berasa takut, sesungguhnya AKU bersamamu."
[Surah Taha : Ayat 46]
Jika berasa SEDIH akan kehilangan sesuatu yang berharga, jangan! Kerana..."Janganlah kamu berdukacita, sesunguhnya Allah bersama kita."
[Surah At-Taubah : Ayat 40]
Jika kamu ingin BERGADUH atau MEMUTUSKAN SILATURRAHIM, jangan! Kerana..."Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, dan damaikanlah persengketaan diantara saudara kamu."
[Surah Al-Hujurat : Ayat 10]
No comments:
Post a Comment