Saturday, 17 December 2011

^ UJIAN DARI ALLAH ^


Alhamdulillah, hati kembali tenang...setelah sekian lama bergelodak dengan ujian perasaan yang begitu menyesak jiwa.. semoga jalan yang dilalui selepas ini lebih bermakna. Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana Allah.. kerana Dialah yang menganugerahkan perasaan ini. Terima kasih kepada insan yang sudi hadir dalam hidupku walaupun sekejap cuma, tapi ia sangat bermakna dan ku doakan kemuliaan hatinya akan sentiasa terpelihara dan akan dianugerahkan dengan sesuatu yang lebih berharga...Terima kasih dan ungkapan maaf yang tidak terhingga... Moga Allah akan sentiasa membuka jalanNya untuk insan yang pernah membuat diriku mengukir senyuman di saat diriku tak mampu mengukir sebuah senyuman yang paling indah dalam hidupku.... 

Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk seperti:- 

1- Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, tidak aman dan lain-lain lagi. 

2- Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya. 

3- Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain. 

Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:- 

a- Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasan langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dan dan ia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dan bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk meninggikan mertabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman. 

b- Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus dirundung malang,dan nantinya akan di ganti di akhirat dengan rahmat dan juga keredhaanNya.Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, gelisah atau pun berputus asa. Allah akan mempermudahkan jalanan hidupnya.Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan memberkati hidupnya. 

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab.

Wallahua'lam.... Semoga beroleh sesuatu...


No comments:

Post a Comment