Selamat tahun baru semua...
Selamat segala-galanya..
Apa yang selamat?
Tak apalah ucapkan aja selamat itu...
Malam tahun baru itu sama saja..
Sama seperti malam-malam tahun sebelumnya..
Sana pesta sini pesta merata-rata..
Tak kira siapa sahaja...
Tak lama lagi tahun baru...
Tahun ini tahun lama..
Apa yang baru dan apa yang lama..
Entahlah, janji ada pesta di mana-mana..
Malam tahun baru nanti pastinya meriah..
Dengan percikan bunga api di mana-mana..
Dengan hamburan wiski dan wine..
Tumpah bersama mabuknya kepala..
Nanti tahun baru..
Yang mabuk pastinya lewati subuh..
Yang berpesta pastinya bangkit luhur..
Semuanya bermula di tahun baru...
Malam tahun baru nanti ramai yang binasa..
Yang dara hilang punca..
Yang teruna menjadi raja..
Di mana-mana sahaja..
Tahun baru nanti..
Sanggupkah kita terima hakikat..
Tahun baru sama sahaja seperti tahun lama..
Cuma umurnya yang berbeza..
Tahun baru nanti..
Sanggupkah kita terima hakikat...
Berhamburan arak-arak menyimbahi bumi hadhari..
Selepas detik 12 malam..
Aahh..!!!
Mereka peduli apa..
Yang pastinya ada pesta..
Pesta meragut segala yang ada...
Aahh..!!!
Mereka peduli apa..
Kerana arak diberi percuma..
Di bumi hadhari yang kita cinta..
Tahun baru nanti...
Tidak kira di mana sahaja kamu berada..
Yang pastinya semua bahagia...
^ Selamat Tahun Baru ^
No comments:
Post a Comment