Wednesday 4 July 2012

^ RAHSIA CINTA SANG LANGIT DAN BUMI ^


RAHSIA CINTA SANG LANGIT DAN BUMI 

Langit dan Bumi di cipta berbeza,
Namun tetap memiliki rasa yang sama,
Saling memerlukan disaat cerahnya sinaran mentari,
Dan apabila sinar itu pergi, 
Sang langit dan sang bumi tetap disitu,
Setia memerhati setia menemani.

Jika sang langit tidak pernah melafazkan,
Bukan bererti sang bumi tidak merasakannya,
Jika sang bumi tidak jelas menggambarkan,
Bukan bererti sang langit tidak mampu melihat dengan mata hati,
Malah berbisik kepada awan untuk menitiskan hujan,
Tanda kerinduan yang abadi.

Begitulah rahsia cinta sang langit dan bumi,
Dalam suka duka jauh terpisah,
Ikatan perasaan itu ibarat batu karang didasar lautan,
Tidak akan berganjak,
Meski ombak saban hari merubah pantai... 

“Buat mereka yang punya cinta dihati, namun tidak mampu untuk melafazkan dengan kata-kata juga perbuatan... ketahuilah bahawa perasaan cinta itu hadir tanpa paksaan, hati akan membicarakan sejujurnya... berhentilah memburu cinta yang tak pasti. Usahakanlah untuk mencintai sesuatu yang wujud depan mata, kalaupun tidak... berdoalah agar cinta itu datang sebelum nafas berakhir...”

No comments:

Post a Comment