Wednesday 18 July 2012

^ ADAKAH..?? SUDAHKAH..?? ^


ADAKAH..?? SUDAHKAH..?? 

Adakah kita seorang yang mengingati Allah setiap masa dan ketika? 

Sekerap manakah kita berselawat ke atas Rasulullah S.A.W? 

Sejauh manakah kita mendidik diri anada agar patuh dengan suruhan dan larangan Allah? 

Adakah kita beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari? 

Adakah kita merasa kesal di atas dosa-dosa yang dilakukan? 

Pernahkah kita merasa riak dan takbur apabila melakukan kebaikan? 

Sudahkah kita bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah? 

Sudahkah kita berpuas hati dengan apa yang dimiliki oleh umat Islam sekarang? 

Sejauh manakah usaha kita dalam merealisasikan mkonsep amar mak’ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan kita seharian? 

Sudahkah kita berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa, keluarga dan sahabat kita? 

Adakah kita membantu orang lain kerana Allah? 

Adakah kita telah menjaga mata, telinga, mulut dan anggota lain dari melakukan maksiat? 

Adakah kita mengabaikan kewajipan menepati masa terutama solat fardhu? 

Adakah kita berniat untuk solat tahajjud pada malam ini? 

Adakah kita ingin memperbaiki diri dengan lebih baik untuk hari esok? 

Adakah kita berwuduk sebelum tidur? 

Adakah kita menghadiri sebarang majlis ilmu atau tazkirah? 

Sudahkah kita membaca Al Quran pada hari ini? 

Sudahkah kita bertaubat? 

Sudahkah kita bersedia menghadapi mati? 

Wahai sahabat dan shabiah 
Ketahuilah tujuan apa sebenarnya kita hidup di dunia ini. Adakah kehadiran kita di dunia ini sekadar main-main dan sia-sia. Ketahuilah, kita ada amanah dan tanggungjawab yang tergalas di dunia ini... sebagai hamba, sebagai khalifah dan untuk menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar. Recheck diri dan renungkanlah sedalam-dalamnya ke dalam diri. Apakah kita telah menunaikan ketiga-tiga tanggungjawab dan amanah ini? Apakah alasan yang patut diberikan di saat kita ditanya kembali tentang amanah dan tanggungjawab ini? Sampai bila kita harus begini ye..?? Emm, kalau boleh sebelum tidur... ambil sedikit masa dan tanyakan pada diri... " hari ini, apa yang telah aku lakukan untuk Allah dan Islam. " Fikir-fikirkanlah.. 

Firman Allah: 

[ Surah Adh-Dhāriyāt : 56 ]

Yang bermaksud : " Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.) "

Moga-moga Allah SWT memberi kesempatan kepada kita untuk terus bermuhasabah... Amiin yarabbal'alamin. 

No comments:

Post a Comment