Thursday, 21 July 2011

^ MENGGAPAI REDHA ILAHI ^


MENGGAPAI REDHA ILAHI

Ya Allah Ya Tuhan ku,
Apa pun nikmat kurniaan Mu,
Untuk kesenangan hidup ku di dunia,
Persembahkanlah pada musuh-musuh Mu,
Begitu juga nikmat kurniaan Mu,
Untuk kehidupan ku di akhirat nanti,
Berikanlah pada sahabat-sahabat seperjuanganku.

Ya Allah Yang Maha Pengasih,
Cukuplah Engkau buat pelindungku,
Cukuplah Engkau tempat ku bergantung,
Cukuplah Engkau untuk mengadu kasih,
Cukuplah Engkau buat ku segala-galanya,
Ya Allah cukuplah hanya cinta dan redha Mu,
Kerana itulah yang ku cari selama hidupku di dunia.

Ya Allah Yang Maha Pengampun,
Jangan Kau tarik nikmat cinta itu dari ku,
Dengan kekuatan cinta itu akan ku bersungguh-sungguh,
Mencari bekalan untuk kehidupan di akhirat,
Walau terpaksa ku korban harta, masa, jiwa dan segalanya,
Untuk bertemu dengan Mu Ya Allah,
Kerana hanya jalan itu yang Kau redhai.

Ya Allah...
Jika sujudku padaMu kerana takut akan neraka,
Jadikanlah aku bahan bakar apinya,
Jika ku sujud padaMu kerana mendambakan syurga,
Tutuplah bagiku pintu syurga itu,
Akan tetapi, jika sujudku demi Engkau semata-mata...
Janganlah Kau palingkan wajahMu dari ku,
Tempatkanlah aku di tempat yang tinggi darjatnya di sisi Mu.

Ya Rabbi..
Sesungguhnya Aku takut dan gentar bertemu Mu Ya Allah,
Di saat hari perhitungan yang akan menentu segalanya,
Aku tahu bahawa aku masih tidak terdaya,
Memikul amanah Mu di dunia yang fana,
Namun aku tetap berusaha mengikis segala,
Kezaliman, kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Mu.

Aku tidak mahu kalah dengan nafsu dan amarah,
Aku juga tidak mahu kalah dengan tumbuh-tumbahan,
Yang tidak pernah berhenti berzikir ke atas Mu,
Ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran, 
Dalam merintangi hidup menggapai redhaMu Ya Ilahi....

No comments:

Post a Comment