Tuesday 5 February 2013

^ PESANAN BUAT SAHABAT ^


PESANAN BUAT SAHABAT 

Saya bukan sahabat yang setia seperti Abu Bakar, 
Membenarkan segala kata-kata Rasulullah,
Hingga digelar As-Siddiq,
Saya tak sebaik beliau,
Menyembunyikan kesakitan, 
Hanya kerana tidak mahu sahabatnya gusar. 

Saya bukan sahabat seperti Ali, 
Bicaranya penuh hikmah,
Kebijaksanaannya diakui Rasulullah,
Hidupnya sebagai mukmin bermula saat usia masih mentah,
Hinggakan cinta Fatimah Az-Zahra menjadi miliknya. 

Saya bukan sahabat sehebat Umar Al-Khattab,
Hatinya cair kerana bacaan Al-Quran,
Saya juga tak seberani dia, 
Digelar Al-Faruq,
Kerana ketegasannya dalam menjaga agama,
Sedangkan saya? 

Saya bukan sahabat berperibadi hebat bak Uthman,
Hingga Rasulullah sanggup menyerahkan dua puterinya,
Kepada insan bergelar Zunurain ini. 

Sahabat,
Mereka ini sahabat yang dijanjikan syurga,
Sedangkan saya..
Masih terkontang-kanting dalam membentuk diri,
Entah bagaimana timbangan al-mizan kelak,
Usahlah mengharapkan kesempurnaan daripada saya,
Sebab diri saya tak maksum,
Maafkan saya andai ada silap dan salah.

~IKHLASKAN HATI... SENYUN SELALU :) ~

No comments:

Post a Comment