Hari demi hari,
Langkah disusun disisi,
Dengan harapan dapat diisi,
Tapi dengan apakah perlu dipenuhi,
Adakah dengan hasrat yang tiada mati,
Atau dengan panduan agar diri diredhai.
Wahai diri yang selalu sepi,
Kerana tiada usaha mahu mengisi,
Bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi,
Basuhlah hati dengan tangisan dipipi,
Yang mengalir sebab terasa jauhnya diri,
Bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi.
Wahai pemilik mulut ini,
Yang sering mengatakan perkara yang jarang dilakukan diri,
Menegur mereka seolah diri bersih suci,
Tapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli,
Persoalkanlah diri dan hati,
Mampukah diri bertawajjuh dalam mahkamah Ilahi,
Atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi,
Dalam tindak tanduk sehari-hari.
Muhasabahlah diri sendiri wahai diri,
Yang akan menutup mata sebentar lagi,
Dan tiada bangkit untuk kesekian kali.
No comments:
Post a Comment