Thursday 4 April 2013

^ TERUSLAH MELANGKAH ^


TERUSLAH MELANGKAH 

Hidup bukan cuma suka,
Hidup juga ada duka.
Hidup bukan selamanya ketawa,
Kadang-kadang terselit hiba.
Itu hakikat.

Kerana kau tak selamanya di atas,
Haruskah kau berhenti melangkah?
Kerana kau takkan selamanya di bawah,
Perlukah kau berhenti berusaha?

Segalanya,
Pandang dengan rahmat Allah,
Bukan dengan keluh kesah.

Bila kau terjatuh, bangkit dan ubatilah luka mu,
Terus berjalan,
Walau sakit, walau pedih,
Teruslah melangkah.
Kerana akan tiba satu saat,
Luka itu akan sembuh meski berparut,
Kerana kau pernah jatuh.

Dan saatnya kau pandang parut itu,
Jangan malu dan jangan bersedih,
Itu adalah rahmat dalam samaran.
Darinya kau kutip pengalaman,
Darinya kau belajar untuk bangun,
Dan melangkah perlahan-lahan.

Teruslah berjalan.
Takdir ini telah termaktub. 

No comments:

Post a Comment