SUNGGUH BERGURAU ITU TAK SALAH
Saat aku berdiam diri dan terkelu tanpa kata… yang hanya melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga. Sungguh aku lebih tegar menjadi pemerhati dan pendengar ini bukan bererti aku lemah kerana aku tak dapat berdiam serta hanya melihat dan mendengar untuk selamanya.
Mata yang tak dapat terpejam itu pasti dan pasti akan terperjam jua bila tiba saat itu. Sungguh yang menegur itu tak sempurna tapi perlu untuk kita saling ingat mengingati dan saling nasihat menasihati.
Kenapa tiba-tiba ada berbau rasa nak marah pun ada. Sabar-sabar. Actually baru-baru ini saya ada menegur sahabat saya dalam statusnya di facebook... tapi yang sedih tahap giga bilamana apa yang saya cakap dah di salah ertikan. Wahai sahabat tolong jangan nak salah faham dengan apa yang saya katakan itu. Apa yang saya katakan adalah : Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.”
[Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
Cuba renung-renungkan... Apa yang bakal kita dapat jika berkata sesuatu yang takdak manfaat. Macam mana ummah nak bangkit balik kalau kita semua tak cuba untuk try to be a better muslim or muslimah. Ini bukan nak bajet or something like that tapi cuba renungkan... kerana pemuda pemudi hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Saya comment sebegitu rupa kerana saya tak nampak untuk apa berkata sesuatu yang tiada manfaat dan saya langsung tak kata yang TIDAK BOLEH BERGURAU... saya tak mention pun perkara tersebut maka tolong jangan nak salah faham.
"Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim."
[Surah Al-Hujuraat : 11]
Sedangkan Rasulullah SAW pun bergurau, takkanlah saya nak kata bahawa bergurau itu tidak dibenarkan. Astaghfirullahalazim. Rasulullah SAW pernah bergurau dan diceritakan al-Hasan, seorang perempuan tua datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga. Maka Rasulullah SAW bersabda: Wahai ibu pulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera Rasulullah SAW bersabda: Khabarkan kepada perempuan itu sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua."
Lalu dibacakan firman Allah SWT yang maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta sebaya umurnya." [Hadis Tirmdizi dan al-Baihaqi, sanad hasan]
Abu Hurairah telah meriwayatkan : Para sahabat berkata "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami." Baginda menjawab, Maksudnya : Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan yang benar."
[Hadis Trimizi dan Ahmad, sanad Ahmad]
Sungguh bergurau itu tak salah… tapi menjadi salah jika ikhtilat berlaku. Jadi salah bila ia mengguris hati dan juga apabila mengaibkan seseorang dan sungguh islam itu teramat indah. Oleh sebab itulah adanya adab dalam segala perkara… maka dalam bergurau juga ada adab yang perlu dalam kita bergurau.
Sahabat ku...
Lantaran sisa waktu yang masih berbaki,
Aku mengambil kesempatan memohon kemaafan,
Atas segala keterlanjuran yang telah ku lakukan,
Sepanjang perkenalan ini.
Halalkan segala keringat bakti yang pernah kau curahkan,
Semoga Allah membalas segala kebaikanmu,
Sepanjang detik perkenalan kita,
Aku amat menyenangi peribadimu,
Moga-moga ia terus berkekalan hingga akhir hayat.
Uhibbu fillah... ukhwah fillah abadan abada… insyaAllah.
No comments:
Post a Comment