Monday, 16 July 2012

^ KEMBALILAH KEASALNYA... ^

KEMBALILAH KEASALNYA...

[Surah Al-Baqarah 2: 286] 

" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. " 

Tatkala hati gelisah, 
Terimalah ia sebagai pemberitahuan hati, 
Bahawa dia memanggil tuannya kembali ke asal, 
Kembali kepada Tuhan. 

Sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan, 
Sehinggalah ia hilang dari genggaman, 
Baru kita tersedar akan kehilangannya, 
Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, 
Hingga hanya mampu tercelik selepas mati, 
Bahawa tiada lagi peluang amal, 
Tiada lagi peluang menyelamatkan diri. 

Jangan seksa jiwa dan hati kami, 
Kami merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini, 
Bawalah hati kami kembali ke asalnya, 
Asalnya yang sentiasa dekat dengan Mu ya Allah, 
Kembalilah!...

No comments:

Post a Comment