SAKIT HATI DENGAN APA YANG ORANG CAKAP?
Jangan biar apa yang orang cakap itu, MENETAP dalam hati. Jangan simpan apa yang dia cakap tu dalam hati.
Kadang-kadang, kita memang senang sakit hati dengan apa yang orang cakap. Orang yang bercakap pulak, senang hati je cakap apa yang dia nak cakap. Orang yang bercakap dan menyakitkan hati tu, kadang-kadang tak fikir pun sebelum bercakap. Dan selepas bercakap pun, dia tak pernah fikir.
So, jangan buang masa, dan space-space dalam hati, untuk simpan dan keep apa yang dia cakap. Kadang-kadang, dia pun dah lupa apa yang dia cakap kat kita, tapi kita ni, duk simpan dalam hati dan cakap dengan diri sendiri,
“aku tak akan lupa apa yang kau cakap.”
“sampai bila-bila,”
“aku akan ingat.”
Jangan buang masa. Ingat dosa mulut dia. Malaikat dah catat dosa dia dan Allah dah tahu salah dia. Mengingat apa yang dia cakap itu, akan hanya membuat kita sakit hati. So, lupakan. Dia nak cakap apa... biar dia cakap.
Please... jangan buang masa buat koleksi, “kata-kata dia, yang menyakitkan hati.”
No comments:
Post a Comment