Tuesday, 28 June 2011

^ ISRAK MIKRAJ ^






ISRAK MIKRAJ : SEJAUH MANA KESEDARAN KITA ?

Sempena kita berada di bulan Rejab, (antara bulan-bulan mulia dalam taqwim Hijrah), ingin kita  sentuh tentang peristiwa Israk Mikraj yang diraikan umat Islam seluruh dunia pada 27 Rejab setiap tahun. Dalam banyak perkara yang manusia tidak mampu mengerti sampai bila-bilapun, ialah peristiwa agung 'Israk Mikraj' yang berlaku pada batang tubuh Nabi Muhammad s.a.w.. Bagaimana Nabi s.a.w. sebagai manusia biasa boleh naik ke langit yang tertinggi dengan begitu pantas, tanpa sebarang persiapan dan peralatan, kecuali seekor 'buraq' yang menjadi kenderaan dan pesawat angkasa. Menjelajahi alam angkasa raya, bahkan lebih tinggi. Kemudian Nabi s.a.w. turun semula ke bumi dan pulang ke Makkah, memberitahu orang ramai tentang peristiwa yang dilaluinya. Bingung akal manusia untuk mengerti tentang mukjizat israk mikraj itu.    

Maksud 'Israk' ialah perjalanan (rehlah) yang Allah SWT perlakukan kepada Nabi s.a.w. secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin. Sementara maksud 'Mikraj' ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa israk, iaitu naik dari al-Aqsa kepada beberapa lapis langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama 'Sidratul Muntaha' di mana ilmu dan akal manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya. Dalam peristiwa Israk Mikraj, bermulalah kewajipan ke atas manusia untuk solat 5 waktu. Begitu kasihnya Rasulullah SAW kepada manusia, baginda meminta kepada ALLAH SWT untuk meringankan jumlah waktu solat sehinggalah kekal kepada 5 waktu sehari semalam. 

Yang menjadi tanda tanya, adakah kita masa kini mampu menunaikan solat yang hanya 5 kali sehari itu? Apatah lagi untuk melaksanakannya, untuk mengawalkannya pun kita sendiri tidak mampu.


Sejauh mana kesedaran kita dalam mengingati dan mengambil iktibar dalam peristiwa Israk Mikraj? Amat mendukacitakan, kerana jika kita amati berapa kerat antara kita ini yang menyedari dan menghayati peristiwa ini. Ini kerana kita sendiri lebih mengambil berat akan hal-hal duniawi yang lain. Hari lahir kekasih hati, anniversary pertemuan pertama kononnya, hari pengishtiharan gelaran kekasih, dan macam-macam hari lagilah yang lebih kita utamakan. Silap, wahai sahabatku sekalian, kerana yang lebih utama, hari yang berkaitan dengan kekasih ALLAH, Rasulullah SAW perlu kita ambil tahu dan hayati bersama. Kerana cinta itu sendiri boleh kita cabangkan kepada lima, iaitu cinta kepada ALLAH, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada ummah dan cinta kepada kecemerlangan (dunia dan akhirat). 5 cinta yang suka saya petik dari Saujana..Itu dia, sewajarnyalah kita mengambil tahu peristiwa yang berlaku dalam taqwim Hijrah, bukan setakat tahu, malah menghayati kerana betapa besarnya jasa dan pengorbanan Rasulullah kepada umatnya jika nak dibandingkan dengan kekasih kita..bagai langit dan bumi!


Ketika Israk Mikraj inilah, manusia diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu. Solat yang menjadi tiang agama kita, jika dibuat, tertegaklah Islam. Jika ditinggalkan, runtuhlah agama kita kerana tiangnya tidak ada. 

Sebenarnya, kita perlu mengutamakan apa yang lebih utama. Setiap perkara ada keutamaan masing-masing. Sekiranya ada beberapa perkara yang kita rasakan penting dalam hidup kita, kita perlu membandingkan keutamaannya. Dalam kes ini, antara pertemuan dengan ALLAH dan pertemuan dengan kekasih hati, mana yang lebih utama? Pada kita, dua perkara tersebut memang penting dalam hidup kita, tapi ada keutamaannya tersendiri..

Percayalah, sekiranya solat yang merupakan medium antara kita dengan ALLAH telah selesai, ALLAH pasti akan melindungi kita setiap masa dan ketika. 

‘ Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’                                                                                      (Al-Ankabut :45 )

ALLAH menyatakan bahawa solat itu sendiri dapat mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Andai kita masih lagi melakukan kemungkaran, saya kira itu pastilah silap kita, adakah kita solat tapi tidak khusyuk ataupun adakah kita memang solat? Sengaja kita tekankan solat tika ini kerana peristiwa Israk Mikraj itulah yang membawa permulaan solat. Kemungkaran yang banyak berlaku pada hari ini kita kira adalah silap kita sendiri, adakah solat kita merupakan solat yang betul-betul mencegah kepada kemungakaran? Ataupun adakah sekadar solat, tanpa adanya penghayatan @ khusyuk, sekadar tunggang –tunggek macam ayam mematuk jagung? Adakah itu solat yang kita amalkan selama 19 tahun ke atas kita hidup? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak memerlukan jawapan betul atau salah, kerana jawapan itu sendiri terletak pada diri kita, dalam iman kita. Kitalah yang mengemukakan soalan, kitalah yang mempunyai jawapannya.

Oleh itu, sempena peristiwa bersejarah Islam Israk Mikraj ini, ingin kita mengajak sahabat-sahabat sekalian berfikir, merenung kembali konsep sebenarnya peristiwa ini. Bagaimanakah kita setiap tahun menghayati Israk Mikraj, adakah kita membawa sebarang perubahan positif kepada diri kita? Hayatilah pengorbanan Rasulullah SAW tercinta, bagaimana beliau sanggup berjuang untuk umatnya. Adakah pengorbanan kita boleh disamakan seperti baginda? Adakah kita mengasihi Rasulullah sebagaimana kita menyayangi kekasih hati? Sama-samalah kita muhasabah kembali diri masing-masing. 






^ SELAMAT MENYAMBUT ISRAK MIKRAJ ^



Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha 
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra' mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya

Tuesday, 21 June 2011

^ KEKASIH RINDUKU ^


Kekasih Rinduku

Wahai malam…
Jangan kau redupkan sinar dihatinya,
Untuk selalu menjadi cahaya cinta dihatiku,
Ungkap segala gundah dan resah dalam jiwa,
Mekarkan bunga-bunga kerinduan dalam asmara.



Wahai sepi…
Jangan kau sembunyikan cintanya dariku,
Kerana yang ku harap besar sayangnya kepadaku,
Bangunkan rindu yang resah dalam kalbu,
Usik lamunan di gelap asa yang tak mengaku.



Wahai dingin…
Jangan kau bekukan kerinduan di antara kami,
Kerana dia selalu hadir dalam mimpi-mimpi,
Getarkan dawai-dawai cinta dalam hati,
Nyanyikan desir angin di tiap sudut sepi.



Wahai kekasih…
Berikan aku setangkai kelembutan jiwa,
Untuk mampu ungkap tirai-tirai asa tersisa,
Sampaikan ungkap jiwa dalam relung-relung rindu kepadamu,
Wahai kekasih rinduku…

Thursday, 9 June 2011

^ BERTUKAR HATI ^


“BERTUKAR HATI”


Aku ada… tapi kau tak melihat..
Aku tersenyum... tapi kau kata  ‘berhenti seperti itu!’..
Harus apa aku?

Bahkan saat aku merasa lebih..
Bahkan saat aku merasa kau indah..
Bahkan saat aku merasa kau tak terganti..
Kau hanya berkata ‘untuk apa?’

Rasa ini..
Nafas ini..
Raga ini..
Teratur oleh hatiku..
Hatiku mengaturnya sedemikian rupa..
Namun aku kesulitan menghentikan aturannya..

Andai dapat bertukar hati..
Aku ingin tahu...
Apa yang kau fikirkan?
Apa yang kau rasakan?
Dan seperti apa hatimu mengaturmu...
Agar aku dapat memahamimu lebih dari sekadar ini..

Wednesday, 8 June 2011

^ CINTA & SENYUMAN ^

Love Poem


~ CINTA DAN SENYUMAN ~

Hidup adalah keindahan tersendiri..

Ia memberimu luka agar kau belajar untuk bertahan...

Ia memberimu duka agar kau belajar untuk tegar...
Ia memberimu cinta agar kau belajar untuk berani dan berkorban pada saatnya....


Bila hidup memberimu luka...
Kau hanya perlu tersenyum...
Tanda kau mampu bertahan atasnya...

Bila hidup memberimu duka...


Kau hanya perlu tersenyum mungkin dengan sedikit tangis agar kau dapat melaluinya...

Ketika hidup memberimu cinta...
Kau hanya perlu tersenyum dan mengambil kesempatan atau mempersilahkannya...

Tersenyumlah...

Tersenyum... dengan begitu kau peroleh bahagia dalam hidup...

Tersenyumlah...

Tersenyum... kerana setiap kesulitan pasti ada kemudahan...

Tersenyumlah...

Tersenyum... dengan begitu kau tahu ada kekuatan dalam dirimu....


Tuesday, 7 June 2011

^ JADILAH BUNGA MAWAR ^


~ JADILAH BUNGA MAWAR ~

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri.

Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.

Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'.

Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


^ SAAT BERTEMU ORANG YANG PERNAH..... ^

Saat bertemu orang yang pernah kau benci, sapalah dengan tersenyum. Kerana ia membuatmu semakin teguh / kuat....

Saat bertemu orang yang pernah mengkhianatimu, baik-baiklah berbincanglah dengannya.
Kerana jika bukan kerana dia, hari ini engkau tak memahami dunia ini....

Saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu, berterima-kasihlah bahawa ia pernah ada dalam hidupmu. Kerana ia adalah sebahagian dari nostalgiamu....

Saat bertemu orang yang pernah salah-faham padamu, gunakan saat tersebut untuk menjelaskannaya. Kerana engkau mungkin hanya punya satu kesempatan itu saja untuk menjelaskan.

Dan saat engkau bertemu seseorang yang saat ini menemanimu seumur hidup kita (suami/isteri), berterima-kasihlah sepenuhnya bahawa ia mencintaimu. Kerana saat ini kamu mendapatkan kebahagiaan dan cinta sejati yang kamu cari.