Tuesday 21 June 2011

^ KEKASIH RINDUKU ^


Kekasih Rinduku

Wahai malam…
Jangan kau redupkan sinar dihatinya,
Untuk selalu menjadi cahaya cinta dihatiku,
Ungkap segala gundah dan resah dalam jiwa,
Mekarkan bunga-bunga kerinduan dalam asmara.



Wahai sepi…
Jangan kau sembunyikan cintanya dariku,
Kerana yang ku harap besar sayangnya kepadaku,
Bangunkan rindu yang resah dalam kalbu,
Usik lamunan di gelap asa yang tak mengaku.



Wahai dingin…
Jangan kau bekukan kerinduan di antara kami,
Kerana dia selalu hadir dalam mimpi-mimpi,
Getarkan dawai-dawai cinta dalam hati,
Nyanyikan desir angin di tiap sudut sepi.



Wahai kekasih…
Berikan aku setangkai kelembutan jiwa,
Untuk mampu ungkap tirai-tirai asa tersisa,
Sampaikan ungkap jiwa dalam relung-relung rindu kepadamu,
Wahai kekasih rinduku…

No comments:

Post a Comment