Wednesday 1 February 2012

^ ENGKAU ADALAH CINTA AGUNG ^


ENGKAU ADALAH CINTA AGUNG

Aku tahu Engkau Tuhan adalah cinta agung,
Aku pun mahu mencintai-Mu,
Aku tahu mencintai-Mu amat perlu,
Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan,
Aku berusaha ke arah itu.

Tapi cintaku pada-Mu Allah selalu sahaja terganggu, 
Banyak yang mengganggu,
Nafsuku yang jahat,
Syaitan terkutuk,
Dunia yang mempesona menggamit-gamit selalu,
Di waktu itu lupa aku pada-Mu,
Cinta sudah tentu jauh sekali,
Sekali-sekala cintaku pada-Mu datang juga,
Walaupun sedikit,
Terasa indahnya,
Kemudian lupa lagi,
Adakalanya lupaku pada-Mu berpanjangan sekali
Kemudian sekali-sekala tersedar kembali.

Engkau adalah cinta agung,
Engkau patut dicintai selepas itu lupa lagi,
Begitulah cintaku pada-Mu dengan kelalaianku silih berganti,
Dengan hati yang sedih ini tolonglah aku,
Dengan rahmat-Mu,
Bantulah aku untuk mencintai-Mu
Agar cinta yang palsu itu terbunuh dengan sendiri,
Itulah harapanku pada-Mu.. ~

No comments:

Post a Comment