Friday 13 January 2012

^ SURATAN ATAU KEBETULAN ^


SURATAN ATAU KEBETULAN

Suratan atau kebetulan,
Aku di persimpangan,
Antara kiri dan kanan,
Antara kasih dan sayang.

Aku harus memilih,
Kerana kakiku ini perlu melangkah,
Walau sesekali sumbang jua langkahku,
Walau suatu ketika aku kan terjatuh,
Menahan kesakitan yang mengundang airmata.

Namun aku pasrah,
Lebih rela merasa pedihnya terjatuh,
Dari aku terus bingung dipersimpangan,
Dari aku terus termangu tanpa jawapan.

Sabarlah duhai hati,
Bangkitlah wahai diri,
Suratan atau kebetulan??
Pilihan tetap di genggaman...

No comments:

Post a Comment