Thursday, 17 November 2011

^ EGO SEORANG LELAKI & EGO SEORANG PEREMPUAN ^


Ego seorang Lelaki

Keegoan seorang lelaki akan timbul/wujud bila dirinya "sempurna" sama ada dari segi kewangan, paras rupa atau kelebihan yang ada pada dirinya. Namun, golongan seperti ini tidak ramai kerana kebanyakkan lelaki lebih bersikap berfikiran terbuka dengan pelbagai perkara. 

Hal ini tidak dapat dinafikan juga kerana lelaki di anugerahkan sembilan akal dan satu nafsu. Bermakna, lelaki lebih pandai berfikir berbanding perempuan. Namun begitu, ada kelemahannya iaitu jika lelaki tidak menggunakan kelebihannya itu kearah kebaikkan. Maka lelaki itu akan menjadi 'liar' atau banyak berfikiran negatif. Sebaliknya, kelebihan lelaki akan berlipat ganda bila dia bijak menggunakan kelebihannya itu kearah 'kebaikkan' atau sesuatu yang bermanfaat. 

Dalam kenyataan ini, keegoan lelaki wujud apabila tidak menggunakan akalnya dengan baik dan akan bersikap 'bodoh sombong'. Sikap ego yang negatif ini wujud bila dirinya DICABAR dengan sesuatu yang 'bodoh' atau perkara yang sia-sia dan akan memakan dirinya sendiri.

Lelaki bersikap ego apabila dirinya dikelilingi perempuan. Betol ke? Ada sebabnya... Lelaki memang ingin kelihatan 'macho' atau 'hebat' dikalangan perempuan. Kenapa? 

Antara sebabnya, lelaki mempunyai sifat semula jadi yang mendorong mereka untuk bersikap seperti itu. Begitu juga perempuan bila dirinya diminati oleh lelaki. Selain itu, lelaki lebih cenderung menunjukkan sikap egonya dihadapan perempuan kerana sifat seorang lelaki dalam memainkan peranan untuk menambat hati perempuan. Hal ini adalah normal kerana setiap mahkluk ciptaan tuhan yang berjantina "lelaki" sememangnya memainkan peranannya untuk "memikat". Dan proses memikat hati perempuan memerlukan egonya tersendiri untuk meyakinkan bahawa dirinya berpotensi untuk menjadi ketua keluarga.

Ego seorang Perempuan

Perempuan juga bersikap ego apabila menyedari dirinya sempurna terutamanya dari segi kecantikkan dan taraf pendidikkan. Golangan perempuan mempunyai keegoan yang lebih tinggi berbanding lelaki dan agak rendah perempuan yang mampu "mengawal" ego mereka, dengan kata lain, tidak ego. 

Lebih-lebih lagi, sejak kepentingan wanita 'dibela' dengan kata lain memperjuangkan hak-hak wanita. Hal ini secara tidak langsung "membakar" semangat para wanita untuk berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah kerana ingin dirinya dihargai dan dihormati. Memang benar dan tidak salah, hak-hak wanita perlu diperjuangkan untuk melindungi para wanita. Dan kesannya juga positif, wanita kebanyakkan mampu berjaya setanding dengan kaum lelaki tanpa merasa diri mereka(wanita) akan dipinggirkan jika mereka berkemampuan dalam sesuatu bidang.

Namun begitu, ada kesan negatif yang agak ketara walaupun tidak salah dari segi undang-undang namun kesannya boleh menjejaskan cara hidup manusia yang sedia kala. Antaranya, perempuan yang berjaya merasa dirinya boleh hidup tanpa suami. Jelas sekali, keegoan yang tinggi dimiliki oleh perempuan tersebut. 

Memang kita tidak boleh menghalang mereka(perempuan) berbuat begitu kerana mereka mempunyai hak untuk hidup dengan caranya sendiri. Andai kata majoriti perempuan berfikiran begitu, apa kesannya? Sudah tentu peratusan perempuan enggan berkahwin semakin meningkat seterusnya menyebabkan golongan lelaki tidak mampu untuk memperisterikan golongan seperti mereka. Hal ini kerana, ego perempuan itu sendiri iaitu merasakan dirinya sangat "mahal" untuk diperisterikan.

Bagaimana pula lelaki yang berkerjaya tinggi? Adakah lelaki mengambil berat tentang hal itu? Semestinya tidak, kerana kaum lelaki tidak memikirkan taraf hidup si perempuan itu. Sebaliknya menitik beratkan sikap atau ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi teman hidupnya supaya mampu bertolak ansur dalam pelbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa berumahtangga kelak. Jelaslah, lelaki tidak ego dalam hal ini.

Kebanyakkan perempuan juga jarang memiliki sikap bertolak ansur dan sering mempertahankan idea atau keputusan yang ingin dibuat. Berbeza dengan lelaki, kerana mereka 'fleksibel' atau berfikiran terbuka dalam membuat keputusan dan menerima pendapat. Hal ini terbukti apabila kaum lelaki menerima pendapat isu tentang "menjaga kepentingan hak-hak wanita". 

Namun begitu, mengapa perempuan tidak bersikap terbuka dan kurang menerima apabila "lelaki ingin berpoligami" menjadi isu? Adakah berpoligami itu salah? Semestinya tidak, kerana Islam telah membenarkan lelaki berpoligami maksimum empat orang isteri. Sudah tentu ada sebabnya Islam membenarkannya kerana Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu akan sifat mahkluk ciptaan-Nya. Lelaki memiliki cuma satu nafsu iaitu keinginan untuk melakukan seks dan adalah Halal apabila lelaki memperisterikan seorang perempuan mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam Islam. Apabila lelaki mempunyai cukup syarat untuk beristeri dua, tiga atau empat, maka bukan menjadi kesalahan seorang lelaki untuk berbuat demikian. Namun, ramai kaum perempuan tidak setuju untuk menerima hakikat. kurang menerima apabila "lelaki ingin berpoligami" menjadi isu? Adakah berpoligami itu salah? Semestinya tidak, kerana Islam telah membenarkan lelaki berpoligami maksimum empat orang isteri. Sudah tentu ada sebabnya Islam membenarkannya kerana Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu akan sifat mahkluk ciptaan-Nya. Lelaki memiliki cuma satu nafsu iaitu keinginan untuk melakukan seks dan adalah Halal apabila lelaki memperisterikan seorang perempuan mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam Islam. Apabila lelaki mempunyai cukup syarat untuk beristeri dua, tiga atau empat, maka bukan menjadi kesalahan seorang lelaki untuk berbuat demikian. Namun, ramai kaum perempuan tidak setuju untuk menerima hakikat. 

Kesimpulannya, perempuan lebih bersikap ego dan keegoan perempuan itu tidak seharusnya melebihi keegoan lelaki.

Mengatasi keegoan diri yang negatif

1. Keegoan yang berunsur negatif harus dihindari dan bersikap terbuka untuk menerima pandangan orang lain seterusnya menilai dari pelbagai aspek.

2. Cuba memahami dan mengkaji baik buruknya dahulu sebelum menolak sesuatu perkara.

3. Bersikap "mind reader" untuk menjadi seorang fleksibel dalam mengatasi segala masalah yang melibatkan semua/banyak perkara.

4. Jadi seorang "pendengar". Seorang pendengar dapat menambah ilmu dari pengalaman orang lain, oleh itu tidak perlulah bersikap ego dengan ilmu yang kita ada. Sebabnya, ilmu itu tiada penghujungnya dengan kata lain, ilmu itu luas.

*pahal aku banyak madah pompuan salah owh??? Mungkin terdapat kesalahan fakta yang terkandung dalam penulisan ini. Segala yang baik datang nya dari Allah dan kesilapan itu datang dari diri saya sendiri”

"Biasalah.... bila kita menulis, ada orang yang tak terasa berkaitan dengan kehidupannya dia akan rasa suka dan mungkin bila ada satu tulisan yang terkena batang hidung dia maka dia akan bengang. Itu menunjukkan dia manusia normal. Alhamdulillah."

Monday, 7 November 2011

^ AKU BELAJAR... ^


AKU BELAJAR...

Aku belajar untuk menjadi setegar karang,
Namun aku akui aku hanya seperti kerak nasi.
Aku belajar untuk bertatih dan berlari,
Namun aku akui kaki ku tempang tak selari.

Aku belajar untuk memberi tanpa dipinta,
Namun aku akui pemberianku kadangkala sukar untuk diterima.
Aku belajar untuk cuba memahami dan mendekati,
Namun proses ini terlalu pahit untukku hadapi,
Kerana bukan sekali,
Bukan dua kali,
Sudah berkali-kali...

Aku saat ini,
Hatiku tiada lagi seperti dulu,
Semakin tawar... tawar... dan hambar....
Tidak tahu sampai bila aku mampu.

Aku...
Maaf.... andai satu saat,
Pilihanku tidak lagi seperti dulu!

Friday, 4 November 2011

^ SEKUNTUM MAWAR MILIK TUHAN ^


SEKUNTUM MAWAR MILIK TUHAN

Andai dirimu...
Diumpamakan seperti sekuntum mawar,
Sudah semakin mekar kelopakmu,
Semakin harum baumu,
Semakin indah warnamu.

Namun... Dirimu perlu diingatkan..
Sekuntum mawar itu punya,
Kelopak yang rapuh sifatnya,
Ditiup sang angin, lentuk meliuk,
Dipegang sang manusia... layu jadinya,
Dikucup-kucup selalu... hilang baunya.

Begitulah diri seorang wanita,
Andai akalnya tidak diwarisi iman,
Rebah ke bumi perasaannya,
Terkulai layu jiwanya...

Hiasilah dirimu dengan pagar keimanan,
Pupuklah hatimu dengan duri ketaqwaan,
Ikatlah perasaanmu dengan rasa berTuhan,
Kerana engkau sekuntum mawar milik Tuhan...

^ HAMBAR ^


HAMBAR

Kala ini, Dapat ku rasa..
Di belengu waktu,
Seakan hanyut di lautan mimpi..

Hari berlalu mengenap masa,
Di benak meraung rasa ketakutan,
Tersungkur sepi di rantai janji,
Menanti sinar di kepekatan malap,
Rindu membisik menagih janji,
Mengharap ketentuan yang di nukilkan..

Kala ini..
Terasa kasih,
Yang ku tautkan padamu,
Hambar..
Sedang hari di perhitungkan,
Kasih bagai di perjudikan..

Seandainya tak mampu ku gapai,
Menyaksikan ikatan ini terlucut jatuh,
Sekian kalinya,
Kejurang kegagalan penuh duri celaan,
Sungguh itu di luar kesanggupanku..

Duhai yang maha tahu,
Bangunkan aku dari mimpi ini,
Agar dapat ku menghirup,
Seberkas sinar harapan,
Setitis erti kehidupan..

Monday, 31 October 2011

^ AKU MASIH DISINI ^


AKU MASIH DISINI

Aku masih disini menanti hadirmu,
Mengotakan janji tersungkur kehausan,
Berpaut pada madah yang dulu kau ungkapkan...

Aku disini.. Dahagakan cintamu,
Di persisiran tandus seakan tiada erti,
Yang hanya berteman,
Hembusan bayu menyusup ke hati,
Seakan suara mu membisikan harapan..

Bayu meniup mengoncang pepohonan,
Dedaun berguguran di sulami nestapa,
Wajah yang sepi di silang air mata,
Membasahi bumi merawat hati luka..

Disini aku,
Masih aku,
Sang pengemis cintamu,
Sang penagih janjimu..
Sang pendamba kasihmu,

Akan ku terus menanti hadirmu
Walau diranap waktu..
Walau di hempas ombak,
Gelora di hatimu..

Dan biarkan aku disini,
Sehingga berpusara..
Mendambakan cintamu,
Hingga ke hujung waktu...

^ SEBUAH HARAPAN DAN SATU KENANGAN ^


SEBUAH HARAPAN DAN SATU KENANGAN

Kalau saja ada yang lebih indah dari cinta,
Hanya kepadamu aku persembahkan.
Andai lembayung sutera dapat ku gapai dan ku bawa,
Hanya untukmu aku berikan.

Bagai meniti langkah disenja hari,
Seakan diri tiada erti,
Takut akan datangnya malam,
Seperti apa diri di esok pagi.

Lihat bintang diatas sana,
Tak mungkin indah bila sendiri,
Hati ini begitu adanya,
Berharap kau faham dan mengerti.

Cuba kau dengar gemercik air,
Riaknya seakan saling berbisik,
Terdengar lembut menyebut namamu,
Lambat tapi terdengar syahdu.

Dan aku pun mulai tersenyum,
Ketika semua dapat ku rasa,
Indah dan begitu indah ku rasa,
Dan sungguh itu yang ku rasa.

Kini semua telah terjadi,
Telah ku takluki satu hati,
Yang tak mungkin aku tinggal pergi,
Walau belum ada kata pasti.

... andai dia disini,
... andai dia mengerti.

^ ISLAM MEMULIAKAN WANITA ^

Terkadang, saya sangat kasihan pada lelaki yang terpaksa mujahadah sekeras-kerasnya apabila berhadapan dengan wanita. Apabila longgokan masalah sosial berlaku, semua wanita yang menjadi mangsa lelaki akan menyalahkan lelaki yang bermata keranjang, lidah bercabang, kuda belang harimau bintang semua keluar... 

Tetapi, yang menjadi kelakarnya kenapa tidak menyalahkan diri sendiri yang membuka seluas-luasnya kekeranjangan mata sang lelaki dengan pakaian ketat dan sendat, baju adik-adik tu tak perlulah nak pakai lagi. Malu pada adik yang kecil tengok kakak pakai baju adik. Kelakar bila perempuan marah-marah menyampah apabila lelaki melihatnya sedangkan dia sendiri yang menyembur haruman sehingga bermeter pun boleh bau. 

Kalau nak berhias, memakai haruman dan berfesyen mengikut peredaran zaman tidak salah bahkan saya sangat setuju tetapi cukuplah di hadapan suami. Nak pakai baju terdedah di dada, skirt singkat nampak punggung sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah di hadapan suami. Kalau tak nak pakai apa-apa sekalipun tak apa tetapi hanya di hadapan suami. Fuhhh... Ada berani? 

Malu itu sebahagian dari iman jadi kalau tidak malu mempamerkan aurat itu tandanya imannya sakit, malaikat pun bertempiaran bila wanita mendedahkan aurat maka apabila kalian membuka aurat ia adalah galakan dan suntikan untuk mengatakan 'syaitan, mari.. mari dekatku!' dan apabila diganggu lelaki berperangai syaitan usahlah terpekik merasa pelik dengan tingkahlaku lelaki begitu!

Di hadapan lelaki, wanita dihias-hias oleh syaitan dan nampak begitu cantik. Jadi, usahlah menambah 'perisa' dalam adunan yang telah diadun oleh syaitan sebaliknya bentengkan perisai diri dengan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna supaya setiap langkah kaki di luar rumah dijaga oleh malaikat. Insya Allah.

Wanita dan kecantikan, wanita dan perhiasan adalah lumrah. Fitrah yang disuburkan ke dalam diri wanita tetapi letakkan fitrah itu sesuai pada tempatnya. Jangan sehingga fitrah menjadi fitnah, bimbang musnah kecantikan dan perhiasan sejati iaitu al-haya' (malu) yang senada dalam diri wanita. 

Islam memuliakan wanita dan sangat menjaga wanita supaya tidak menjadi tatapan lelaki kerana wanita itu terlalu istimewa."