Friday, 15 February 2013

^ BERFIKIR SEKETIKA ^


BERFIKIR SEKETIKA 

Ketabahan yang aku lalui ini kerana ALLAH. Terlalu banyak benda yang terpaksa aku korbankan.. Hari ini aku telah menitiskan air mata ibuku.. kerana dia mahu aku terus tabah. 

Teringat nasihatnya.. hari ini aku diuji dengan pelbagai ujian.. mungkin esok ALLAH akan mengurniakan kemenangan berganda untukku.. Aku memohon ampun dan maaf kepada ibuku kerana aku telah membuatnya menangis. Ibu berkata mak menangis bukan kerana aku tak balik kampong.. mak redha akan tugas-tugas aku. Cuma mak sedih anak mak terus terusan diuji dengan pelbagai ujian.. kesorangan dan mak tiada di sisi aku.. 

Aku sambil menangis memujuk ibuku.. “mak jangan nagis lagi.. setitis airmata mak gugur ke bumi.. di haramkan syurga untuk ku nanti..” 

“mak tak marah kat hang.. mak tahu anak mak kuat.. dari dulu lagi anak mak tak henti-henti diduga.. tapi anak mak tetap tabah dan cekal..” 

“mak.. anak mak kuat sebab ALLAH. ALLAH lebih mengetahui semua ini.. semuanya pasti akan ada kebaikan.. “ 

Kekuatan dan ketabahan aku bukanlah sesuatu yang untuk dibanggakan.. setiap hari aku berharap aku mampu meneruskan sisa hidup ini menjadi sesuatu kebaikan kepada semua.. semoga satu hari nanti ALLAH mengurniakan kemenangan berganda untukku
seperti yang diberitahu oleh ibuku.. 

~ pernahkah kau berfikir seketika berada ditempatku ~

Tuesday, 5 February 2013

^ TEGURLAH AKU WAHAI SAHABAT ^


TEGURLAH AKU WAHAI SAHABAT 

Jika kau nampak aku buat maksiat,
Tidak kira maksiat mata atau telinga,
Maksiat tangan atau perbuatan,
Maksiat mulut atau perut,
Tidak kiralah apa jenama atau capnya,
Tegur, sebelum hatiku kabur..! 

Kalau kau lihat aku banyak cakap tak banyak buat,
Pandai berhujah tapi hanya tinggal di lidah,
Potpet potpet bumbam bumbam di alam maya,
Tapi dia alam nyata diam seribu bahasa,
Ibaratnya pelakon handalan banyak pengiktirafan,
Tegur, sebelum imanku gugur..! 

Andainya kau lihat solat jemaahku entah ke mana, 
Tilawah dan tadabburku di Banjaran Titiwangsa,
Bangun malamku terbenam di lautan Pasifik sana,
Maathurat ku.. Maathurat? Gerangan makhluk apa?
Banyak berkata, sedikit zikir dan doa,
Tegur sebelum aku jadi takkabur..! 

Apabila kau saksikan aku sudah mula melemah,
Malas berusrah gemok nak pergi daurah,
Sudah tak peduli dengan masalah ummah,
Perlahan-lahan dirasuki jahiliyyah,
Tak selera lagi untuk mentarbiyah, berdakwah,
Tegur, itu tandanya aku sudah futur..! 

Sekiranya kau yakin aku sudah jauh sekali,
Dari hidayahNya yang pernah aku damba, 
Dari ukhuwwah yang pernah membasah,
Dari sentuhan rabbani yang amat aku idami,
Dari obor perjuangan yang semakin kehilangan,
Tegur, jangan biarkan imanku melebur..! 

Tegurlah aku, kerana aku mudah lupa.
Tegurlah aku, kerana aku hanya manusia.
Tegurlah aku, kerana aku tak hebat mana,
Tegurlah aku, kerana aku bukan siapa-siapa.
Tegurlah aku, kerana sungguh aku berdosa.
Tegurlah aku, sebelum aku sengsara.
Tegurlah aku, sebelum Izrail mencabut nyawa…! 

Dan tegurlah aku wahai sahabat; tidakkah pernah kau dengar, firmanNya yang sudah termaktub? “ Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Hanya sahaja kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran! ”

Sungguh aku rindu dan dambakan pada teguran ikhlas yang mengubat sukma, walau ia merobek jiwa..

^ PESANAN BUAT SAHABAT ^


PESANAN BUAT SAHABAT 

Saya bukan sahabat yang setia seperti Abu Bakar, 
Membenarkan segala kata-kata Rasulullah,
Hingga digelar As-Siddiq,
Saya tak sebaik beliau,
Menyembunyikan kesakitan, 
Hanya kerana tidak mahu sahabatnya gusar. 

Saya bukan sahabat seperti Ali, 
Bicaranya penuh hikmah,
Kebijaksanaannya diakui Rasulullah,
Hidupnya sebagai mukmin bermula saat usia masih mentah,
Hinggakan cinta Fatimah Az-Zahra menjadi miliknya. 

Saya bukan sahabat sehebat Umar Al-Khattab,
Hatinya cair kerana bacaan Al-Quran,
Saya juga tak seberani dia, 
Digelar Al-Faruq,
Kerana ketegasannya dalam menjaga agama,
Sedangkan saya? 

Saya bukan sahabat berperibadi hebat bak Uthman,
Hingga Rasulullah sanggup menyerahkan dua puterinya,
Kepada insan bergelar Zunurain ini. 

Sahabat,
Mereka ini sahabat yang dijanjikan syurga,
Sedangkan saya..
Masih terkontang-kanting dalam membentuk diri,
Entah bagaimana timbangan al-mizan kelak,
Usahlah mengharapkan kesempurnaan daripada saya,
Sebab diri saya tak maksum,
Maafkan saya andai ada silap dan salah.

~IKHLASKAN HATI... SENYUN SELALU :) ~

Saturday, 2 February 2013

^ BERSEDERHANALAH ^


BERSEDERHANALAH 

“Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin “ 

Jika perlu marah... 
Marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar, 
Jika perlu menangis... 
Menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang,
Jika perlu patuh... 
Patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan. 

Jika mahu miskin... 
Miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi kufur,
Kalau mahu kaya... 
Kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah,
Jika mahu menjadi warak... 
Lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan
sampai terlupa keperluan dunia. 

Kalau mahu sebuah kereta mewah... 
Belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa,
Kalau mahu dua buah rumah... 
Belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas,
Kalau mahu menimbun harta... 
Bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah. 

Kalau mahu berhibur... 
Berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat,
Kalau mahu memperkatakan hal orang... 
Berkatalah asal jangan sampai mengumpat, 
Kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang... 
Cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya. 

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya,
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara,
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis, 
Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau,
Orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya. 

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta,
Binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia,
Binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri . 

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah. 

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar. 

Sayidina Ali R.A . berkata : ” Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan..”

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin. Menyimpan harta jangan sampai digelar si bakhil , beribadah jangan sampai semakin jahil. 

Kata Sayidina Ali R.A . lagi : ” Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut .” 

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata.. membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira. 

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya… 
~ Ikhlas kan hati... Senyumlah selalu ~

Saturday, 26 January 2013

^ BERJANJILAH ^


BERJANJILAH

Berjanjilah..
Walau apa yang berlaku,
Kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.

Berjanjilah..
Walau apa pun yang akan terjadi,
Kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.

Berjanjilah..
Bahawa walau sekuat mana kita diduga,
Kita tak akan sekali-kali mendongak untuk bertanya DIA "kenapa??"

Berjanjilah..
Bahawa walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
Kita masih juga akan tetap percaya..
Bahawa mendung akan akhirnya pergi,
Dan langit akan kembali biru..
Seperti masa dahulu.

Berjanjilah...
Bahawa walau apa pun terjadi,
Kita akan sentiasa optimis dan percaya,
Bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.

Berjanjilah..
Untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
Mempersoal takdir dan bertanya mengapa,
Lantas berputus asa.

Berjanjilah..
Untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa,
Tersenyum dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.

^ LEBIH BAIK DILALUI ^


LEBIH BAIK DILALUI

Hidup yang disulami air mata, ketawa, canda, ujian dan cabaran,
Yang terkadang mengecewakan dan melukakan,
Itu adalah lebih baik dilalui,
Berbanding mimpi yang indah,
Namun kosong dan lompong,
Tiada erti,
Indah hanya khayalan yang tak pasti,
Terjaga segalanya hilang dan pergi,
Yang tinggal mungkin hanya memori yang berbaki.

Sedang hidup,
Walau perit dijalani,
Ia adalah realiti yang pasti,
Larilah atau sembunyi,
Ia adalah hakikat yang pasti,
Tidurlah atau berjaga,
Suka atau benci,
Semua hakikat perlu diterima dengan lapang hati,
Dan perubahan perlu dilakukan dengan tangan sendiri,
Dan setiap yang tinggal adalah sesuatu yang sangat bererti dan istimewa,
Pengalaman dan pengajaran yang tak sama seperti yang dimiliki insan lain.

Sesukar mana pun kehidupan,
Percayalah... bahawa hidup yang menyakitkan itu..
Lebih baik dari mimpi yang sangat indah,
Sedang ia pasti dan tak punya erti.

Wednesday, 23 January 2013

^ ALHAMDULILLAH ^



Terlihatkan tulisanku sendiri,
Luahan hatiku sendiri, 
Aku tersenyum… 
Rupanya begitu banyak yang bergolak dihati ini ya ALLAH. 

Ya ALLAH…
Begitu juga banyak kasih saying-MU padaku.
Dimana ENGKAU tak pernah tinggalkan aku lemas sendirian.
Ketika aku tenggelam dalam perasaanku sendiri.

Aku bersyukur,
Kerana ada-NYA rasa itu.
Aku lebih dekat pada-MU.