Friday, 15 June 2012

^ PENYAKIT TEMAN TAPI MESRA DAN KELDAI CINTA ^


PENYAKIT TEMAN TAPI MESRA DAN KELDAI CINTA. 

Dunia ini tidak lepas dari rasa jemu, sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan merasa jemu apabila sudah berada dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanyalah sementara. Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada ALLAH, segala bentuk cinta pada makhluknya akan berunsur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Apabila cinta kepada ALLAH Lemah MAKA Cinta lain akan turut REBAH...

Tanpa kembali kepada cinta ALLAH, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu. Cinta yang ada di depan mata disia-siakan tetapi cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi , lesu ada yang bertindak membuka lembaran cinta baru. Mereka ketagih merasai semula haruman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa zaman muda-muda dahulu. "Orang lama" ini bermimpi untuk menjadi "Orang baru" yang hidup penuh keceriaan, tenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.

Lalu wujudlah apa yang dinamakan "TEMAN TAPI MESRA". Suami orang dan isteri orang berhubungan dengan mesra. Kononnya, mereka tetap menjaga perkahwinan masing-masing,  mereka cuma bersahabat dengan bertemu mesra, berbual dan saling meluah rasa, di luar pengetahuan pasangan masing-masing. Inilah satu lagi PRODUK PEROSAK perhubungan rumahtangga TAJAAN SYAITAN untuk menipu dan melalaikan manusia. TEMAN TAPI MESRA ini adalah perbuatan di larang kerana menghampiri ZINA. Istilah ini dicipta agar mengurangkan rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.

Tepuk dada tanyalah hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa si isteri, apabila diketahui ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat perasaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka. Pasti ada rasa tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama. Mengapa dia perlukan TEMAN TAPI MESRA? Apakah kerana aku sudah menjadi "suami tapi tidak mesra" atau "isteri tetapi tidak cinta?"..

Anehnya, isteri atau suami yang lupa diri ni begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri jika berhadapan TEMAN TAPI MESRANYA. Kata-katanya begitu sopan, tingkahlakunya begitu baik. Apabila bersama temannya itu dialah begitu romantis atau menjadi wanita begitu beradap. Padahal dengan sumi atau isteri sendiri di rumah, tuturkatanya kasar, sapaannya selamba dan tingkahlakunya begitu pasif dan air mukanya masam dan bungkam. Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak dan merampas hak daripada yang berhak. Hak suami atau isteri telah di rampas dan diberikan kepada TEMAN TAPI MESRANYA itu!.

Itu kisah suami atau isteri yang bekerja di luar, sama ada di pejabat kerajaan atau di badan-badan swasta. Mereka mempunyai alasan ruang dan peluang untuk berselingkuh di luar.Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah?

Ya, dalam dunia tanpa sempadan dan era teknologi maklumat ini, segalanya berada dihujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih dengan sekali klik sahaja pada papan kekunci atau tetikus menyebabkan lebuhraya siber semakin moden menjana CINTA KAYU TIGA yang penuh dosa dan lagha (sia-sia) ini.

KELDAI CINTA. Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seseorang yang bercinta secara membabi buta. Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, KELDAI CINTA ini memberi cinta sepenuhnya. Akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah, akhlak semua orang yang meyayanginya rela dikorbankan. Berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial, dalam facebook, Twitter, Yahoo!, Messenger dan sebagainya, namun cinta di alam maya itu membawa komitmen kepada alam realiti.

Bayangkan bagaimana tegar hati seorang isteri yang sudah memiliki anak rela mengabaikan semuanya kerana cinta yang mendalam kepada seorang lelaki yang kononnya memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati. Bagi seorang gadis pula rela dia meninggalkan ibu dan ayah yang menyayanginya kerana mahu mengikut kekasih hatinya. Ada pula sang suami yang sanggup berjaga malam,b erteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan "kekasih maya". 

Mula-mula hanya bercerita kisah lama,berkenalan, berbual-bual biasa dan akhirnya mula meluahkan masalah masing-masing. Anda mungkin pernah mendengar tentang masalah ini. Alasan mereka ringkas sahaja-"saya kesepian", "suami tidak pandai melayan perasaan", "isteri pula tidak memahami saya". Begitulah yang sering kita dengar. Hairan juga, mereka ini bukan sehari dua baru duduk sebumbung. Sudah bertahun-tahun, berbelas tahun, malahan ada berpuluh tahun, sudah beranak pinak, bercucu, tetapi seolah-olah baru ternampak kekurangan pasangan, keaibannya, kecatatannya dan keburukan pasangan. Ini gara-gara menemui TEMAN TAPI MESRA.

Ironinya pada diri TEMAN TAPI MESRANYA semua nampak sempurna. Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak mawar, diberikan potret gambar , si isteri yang kesepian itupun cair. Lalu berbalaslah kata cinta " I love you", " I miss You" dan sebagainya. Waktu dinihari itu sepatutnya mengejutkan isteri atau suami untuk solat tahajud, solat taubat agar mampu mendoakan isteri dan anak-anak tetapi digunakan untuk berbual-bual dengan KEKASIH HATI. 

Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah. KESEPIAN, KELESUAN DAN KEJEMUAN tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan mungkar. Sebaiknya penuhi aktiviti dengan kerja dan amalan yang bermanfaat. Jika kita beriman dan memegang teguh ajaran Islam, kita akan merasai tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Hargai kelapangan masa yang ada dan kesihatan yang baik untuk mempelajari sesuatu. Alangkah lebih elok jika dipergunakan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid, mendengar majlis ilmu, mendalami ilmu al-Quran dan memperbaiki bacaan Al-quran .

Isteri yang solehah dan suami yang soleh akan sentiasa sibuk memenuhi masa dengan aktiviti kebajikan bersama, menyediakan bekalan amalan akhirat bersama-sama, untuk menempuh jalan pulang ke dunia yang kekal abadi sebelum menemui Ilahi. Sedangkan cinta si KELDAI tadi seolah-olah dunia ini miliknya, enggan bertaubat dan sibuk pula menghimpun dosa seolah-olah tidak mahu pulang ke dunia kekal abadinya.

Sahlah, dialah KELDAI CINTA yang telah tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil. Dimanakah wajah kita nak dihadapkan di hadapan ALLAH SWT di akhirat kelak sekiranya kita menderhakai suami dan menentang ALLAH dan RASUL hanya kerana CINTA MURAHAN, KHAYALAN DAN TIDAK BERPIJAK DI BUMI NYATA??? Insaf dan fikir-fikirkanlah.

Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang mengamalkannya dalam kehidupan. Menegakkan hukum ALLAH SWT dalam rumahtangga akan memberi ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Jika sering ingkar, melanggar hukum dan perintah ALLAH SWT ia akan mendatangkan kesusahan, penderitaan dan kekacauan jiwa. TEMAN TAPI MESRA DAN KEKASIH MAYA adalah DUA PENYAKIT JIWA yang sedang melanda rumahtangga umat Islam zaman ini.

PUNCANYA? Mudah saja... jiwa kosong dan tujuan hidup yang tidak jelas. Bagi mereka semuanya serba tidak kena. Suami diam dikatakan tidak romantik, isteri peramah dikatakan penyibuk. Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong.B enarlah kata bijak pandai, tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Maka begitulah nasib KELDAI CINTA ini. Hidup serba tidak kena, serba keliru dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk di tuju!!!

Semua ini adalah PUNCA DAN TANDA-TANDA PENYAKIT yang menjadi virus dalam membentuk kerukunan rumahtangga. Sebagai seorang pemimpin rumahtangga dan nakhoda bahtera, kemudilah haluan ke jalan PELABUHAN CINTA HAKIKI DAN SEJATI. Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH SWT kurniakan. Jadikan pasangan CINTA SEJATIMU... BUKAN TEMAN TAPI MESRA...

Kasihanilah diri sendiri dan ciptalah kebahagiaan diri kerana tiada arti terlewat untuk mendapatkan KEBAHAGIAAN... yakinlah.. Anda pasti boleh... semoga kita dijauhi dari VIRUS MERBAHAYA TADI. Amin ya Rabbal A'lamin...

^ AKU ADALAH DIRIMU ^


AKU ADALAH DIRIMU 

Kiranya ini namanya cinta,
Aku mencari maksudnya,
Di manakah permulaannya,
Di manakah pengakhirannya,
Aku terus tertanya.

Kiranya ini detik membahagiakan,
Biarlah aku menitis air mata,
Terus merindui dirimu,
Agar hati ini jujur,
Mengakui cinta yang hadir.

Aku tidak mahu menipu diri,
Menerima insan yang hanya menguji keikhlasan,
Walau ada rasa gembira,
Namun tiada bahagia.

Mencari sesuatu yang tak pasti,
Ku hanya mampu berdoa,
Agar Yang Esa merestui,
Yang terbaik bagi diriku,
Adalah dirimu... ~

^ ILMU MENJADIKAN KITA TAKUT AKAN ALLAH ^


ILMU MENJADIKAN KITA TAKUT AKAN ALLAH 

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan. 

Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri. 

Persoalannya, adakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka? 

Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. 
Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. [Al-Faatir: 28]

Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah. 

Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya. 

Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya. Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya. 

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata : "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati." 

Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa. 

Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah. 

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata: "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT". 

Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri". 

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan: "Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah". 

Al Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT". 

Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. 

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya". 

Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat. 

Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah. 

Sebahagian Salaf berkata: "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)". 

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a: "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu". 

Beliau berkata lagi: "Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan." 

"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia". 

Allah SWT berfirman (maksudnya):  "Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat". 
[al-Rum: 7]

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)". 
[Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim]

Fudhail ibn 'Iyadh berkata: "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain". 

Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya. 

Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya. 

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat. 

Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat. 

Berkata sebahagian ulama: "Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis". 

Teruskan usaha menyucikan jiwa, kerana pertemuan dengan Allah kelak memerlukan hati yang sejahtera, jiwa yang suci. Apabila terasa kepenatan dengan ragam dunia, pujuklah hati dengan kekalnya kebahagiaan akhirat, singkatnya dunia yang hina ini. 

Thursday, 14 June 2012

^ MENGAPA KITA DIUJI..?? ^


MENGAPA KITA DIUJI ???

Segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati dan jiwa manusia menuntut ilmu yang akan menghampirkan diri seorang hamba yang hina kepada Zat Yang Menciptakannya. Selawat dan salam buat Rasul Muhammad ... berselawatlah ke atasnya... yang tidak pernah alpa dan putus asa membimbing ummah sehingga kini agar menuruti jejak ke redha Ilahi. Serta buat ahli keluarga baginda yang suci dan mulia dan para sahabat yang menjadi tokoh-tokoh agung dan pemugar semangat perjuangan Islam sehingga Kiamat. 

Setiap kali diuji... kita pasti tertanya-tanya... mengapa dalam hidup ini terlalu banyak cubaan yang harus kita hadapi?? Kadang-kadang rasa macam dah penat dan tak sanggup nak berada dalam situasi itu. Selalunya dalam keadaan rapuh seperti itu kita tidak sedar sesungguhnya ALLAH menguji hambanya yang diyakini layak untuk menghadapi ujian.. yang utama jangan pernah berhenti daripada berharap dan bergantung kepada rahmat dan kasih sayang ALLAH.... 

KENAPA KITA DIUJI?

Surah Al-`Ankabūt : 2 
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 

Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried? 

人びとは,「わたしたちは信じます。」と言いさえすれば,試みられることはなく,放って置かれると考えるのか。 
(Hitobito wa,`watashi-tachi wa shinjimasu.' To ii sae sureba, kokoromi rareru koto wa naku, hanatte oka reru to kangaeru no ka.) 

Surah Al-`Ankabūt : 3 
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. 

But We have certainly tried those before them, and Allah will surely make evident those who are truthful, and He will surely make evident the liars. 

本当にわれは,かれら以前の者も試みている。アッラーは,誠実な者を必ず知り,また虚言の徒をも必ず知っておられる。 
(Hontōni ware wa, kare-ra izen no mono mo kokoromite iru. Arrā wa, seijitsuna mono o kanarazu shiri, mata kyogen no to o mo kanarazu shitte ora reru.) 

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

Surat At-Tawbah : 129 
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." 

But if they turn away, [O Muhammad], say, "Sufficient for me is Allah ; there is no deity except Him. On Him I have relied, and He is the Lord of the Great Throne." 

だからかれらが背き去っても言ってやるがいい。「わたしには,アッラーがいれば十分である。かれの外に神はない。わたしはかれを信頼する。かれこそは,(栄光に満ちた)至高の玉座の主であられる。」 
(Dakara kare-ra ga somuki satte mo itte yaru ga ī. `Watashi ni wa, arrā ga ireba jūbundearu. Kare no soto ni kami wanai. Watashi wa kare o shinrai suru. Kare koso wa,(eikō ni michita) shikō no gyokuza no omode ara reru.') 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Surah Al-Baqarah : 286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". 

Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people." 

アッラーは誰にも,その能力以上のものを負わせられない。(人びとは)自分の稼いだもので(自分を)益し,その稼いだもので(自分を)損う。「主よ,わたしたちがもし忘れたり,過ちを犯すことがあっても,咎めないで下さい。主よ,わたしたち以前の者に負わされたような重荷を,わたしたちに負わせないで下さい。主よ,わたしたちの力でかなわないものを,担わせないで下さい。わたしたちの罪障を消滅なされ,わたしたちを赦し,わたしたちに慈悲を御くだし下さい。あなたこそわたしたちの愛護者であられます。不信心の徒に対し,わたしたちを御助け下さい。」 
(Arrā wa darenimo, sono nōryoku ijō no mono o owa se rarenai. (Hitobito wa) jibun no kaseida mono de (jibun o) eki shi, sono kaseida mono de (jibun o) son'u. `Omo yo, watashi-tachi ga moshi wasure tari, ayamachi o okasu koto ga atte mo, togamenaide kudasai. Omo yo, watashi-tachi izen no mono ni owasa reta yōna omoni o, watashi-tachi ni owa senaide kudasai . Omo yo, watashi-tachi no chikara de kanawanai mono o, ninawa senaide kudasai. Watashi-tachi no zaishō o shōmetsu nasa re, watashi-tachi o yurushi, watashi-tachi ni jihi o o kudashi kudasai. Anata koso watashi-tachi no aigo-sha de Ara remasu. Fushinjin no to ni taishi, watashi-tachi o o tasuke kudasai.') 

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Surah Al-Baqarah : 216
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not. 

戦いがあなたがたに規定される。だがあなたがたはそれを嫌う。自分たちのために善いことを,あなたがたは嫌うかもしれない。また自分のために悪いことを,好むかもしれない。あなたがたは知らないが,アッラーは知っておられる。 
(Tatakai ga anata gata ni kitei sa reru. Daga anata gata wa sore o kirau. Jibun-tachi no tame ni yoi koto o, anata gata wa kirau kamo shirenai. Mata jibun no tame ni warui koto o, konomu kamo shirenai. Anata gata wa shiranai ga, arrā wa shitte ora reru.) 

MERASA KECEWA?

Surah Al-Imran : 139 
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. 

So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers. 

それで気力を失ったり,また絶望してはならない。あなたがたが信者ならば,必ず勝利を得るのである。 
(Sorede kiryoku o ushina~tsu tari, mata zetsubō shite wa naranai. Anata gataga shinjanaraba, kanarazu shōri o eru nodearu.) 

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Surah Al-Imran : 200
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). 

O you who have believed, persevere and endure and remain stationed and fear Allah that you may be successful. 

あなたがた信仰する者よ,耐え忍びなさい。忍耐に極めて強く,互いに堅固でありなさい。そしてアッラーを畏れなさい。そうすればあなたがたは成功するであろう。 
(Anata gata shinkō suru mono yo, taeshinobi nasai. Nintai ni kiwamete tsuyoku, tagaini kengodeari nasai. Soshite arrā o osore nasai. Sō sureba anata gata wa seikō surudearou.)

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Surah Al-Baqarah : 45
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; 

And seek help through patience and prayer, and indeed, it is difficult except for the humbly submissive [to Allah ] 

忍耐と礼拝によって,(アッラーの)御助けを請い願いなさい。だがそれは,(主を畏れる)謙虚な者でなければ本当こ難かしいこと。 
(Nintai to reihai ni yotte,(arrā no) o tasuke o koi negai nasai. Daga sore wa,(-nushi o osoreru) kenkyona monodenakereba hontō ko niku kashī koto.) 

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Surah At-Tawbah : 111 
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 

Indeed, Allah has purchased from the believers their lives and their properties [in exchange] for that they will have Paradise. They fight in the cause of Allah , so they kill and are killed. [It is] a true promise [binding] upon Him in the Torah and the Gospel and the Qur'an. And who is truer to his covenant than Allah ? So rejoice in your transaction which you have contracted. And it is that which is the great attainment. 

本当にアッラーは,信者たちからその生命と財産を贖われた。かれらのため(の代償)は,楽園である。かれらはアッラーの道のために戦い,殺し,また殺される。それは律法と福音とクルアーンとを通じて,かれが結ばれる真実な約束である。誰がアッラー以上に,約束に忠実であろうか。だからあなたがたが結んだ契約を喜べ。それこそは至上の幸福の成就である。 
(Hontōni arrā wa, shinja-tachi kara sono seimei to zaisan o aganawa reta. Kare-ra no tame (no daishō) wa, rakuendearu. Kare-ra wa arrā no michi no tame ni tatakai,-goroshi, mata korosa reru. Sore wa rippō to fukuin to kuruān to o tsūjite, kare ga musuba reru shinjitsuna yakusokudearu. Dare ga arrā ijō ni, yakusoku ni chūjitsudearou ka. Dakara anata gata ga musunda keiyaku o yorokobe. Sore koso wa shijō no kōfuku no jōjudearu.) 

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

Surah Yusuf : 87
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". 

O my sons, go and find out about Joseph and his brother and despair not of relief from Allah . Indeed, no one despairs of relief from Allah except the disbelieving people." 

息子たちよ,あなたがたは出掛けてユースフとその弟の消息を尋ねなさい。アッラーの情け深い御恵みに決して絶望してはならない。不信心な者の外は,アッラーの情け深い御恵みに絶望しない。 
(Musuko-tachi yo, anata gata wa dekakete yūsufu to sono otōto no shōsoku o tazune nasai. Arrā no nasakebukai onmegumi ni kesshite zetsubō shite wa naranai. Fushinjin'na mono no soto wa, arrā no nasakebukai onmegumi ni zetsubō shinai.)

SURAH AN-NISAA' : 86
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. 

And when you are greeted with a greeting, greet [in return] with one better than it or [at least] return it [in a like manner]. Indeed, Allah is ever, over all things, an Accountant. 

あなたがたが挨拶された時は,更に丁重な挨拶をするか,または同様の挨拶を返せ。誠にアッラーは凡てのことを清算なされる。 
(Anata gataga aisatsu sa reta toki wa, sarani teichōna aisatsuwosuru ka, matawa dōyō no aisatsu o kaese. Makotoni arrā wa subete no koto o seisan nasa reru.)

Monday, 11 June 2012

^ DAPATKAH MIMPI MENJADI NYATA..?? ^


DAPATKAH MIMPI MENJADI NYATA...??

Sudah sekian lama, 
Lenaku tidak diulit mimpi, 
Mungkin kerana terlalu nyenyak barangkali. 

Namun semalam, 
Mimpi muncul menghiasi, 
Setelah lama tidurku sunyi, 
Membawa bersama cerita-cerita indah, 
Kenangan-kenangan abadi, 
Yang sentiasa tersemat di sanubari. 

Kenapa kau hadir bersama memori itu mimpi?? 
Bukan ku tak sudi menyelak tabir itu kembali, 
Namun, aku sedih... terlalu sedih, 
Kerana memori itu datang di alam mimpi, 
Sedangkan aku, 
Sangat mengharapkan ianya benar-benar terjadi di alam realiti! 

Oh mimpi, 
Tidak dapat kutafsir perasaan ini, 
Datangmu yang tidak kuundang, 
Rupa-rupanya membawa kebahagiaan, 
Ya! Aku bahagia kerana cerita yang kau bawa mimpi,
Mengingatkan aku kembali kepada wajah itu,
Yang sangat-sangat aku rindu! 

Oh mimpi, 
Mengapa engkau menyeksaku begini?? 
Dek kerana kehadiranmu malam tadi, 
Hatiku tidak keruan, 
Aku masih lagi terkenang-kenang akan cerita indah yang kau bawa, 
Apakah tandanya mimpi?? 
Apakah itu hanya mainanmu semata?? 
Atau engkau sememangnya membawa perkhabaran gembira?? 

Ah! Tidak mungkin sama sekali! 
Mimpi tidak akan menjadi nyata! 
Itu aku pasti.. 

Tapi mimpi, 
Jauh di sudut hati, 
Ku mengharapkan semua itu realiti, 
Walaupun aku tahu, 
Ianya mustahil sama sekali, 
Namun... siapalah aku untuk meneka ?? 
Takdir yang akan datang menerpa?? 
Kita tidak dapat jangka bukan?? 

Walau apa pun yang akan terjadi, 
Hanya satu pintaku padamu mimpi, 
Hadirlah kembali menemani tidurku malam ini, 
Kerana aku masih belum puas menatap, 
Wajah itu, 
Yang pernah bertakhta di hati, 
Yang tidak lekang kurindui! 
Dan aku jua tidak pernah jemu, 
Mengenang memori-memori lalu, 
Yang menghadirkan bahagia dalam hidupku. 

Dan saat ini aku berdoa, 
Semoga mimpi hadir lagi, 
Menyambung cerita-cerita bahagia, 
Walau datangnya sekadar dalam mimpi, 
Namun itu sudah memadai, 
Buat pengubat dukaku di dunia realiti.. 

Biarlah mimpi menjadi saksi, 
Kerinduan yang tersemat di hati, 
Dan menjadi bukti, 
Bahawa kenangan yang tercipta itu masih kekal terpahat utuh, 
Dalam ingatan insan ini, 
Yang masih setia mencari, 
Haluan kebahagiaan yang diimpi, 
Walau terpaksa melaluinya di dalam mimpi. 

Mimpi, 
Izinkan aku bertanya lagi, 
Dapatkah engkau menjadi nyata?? 
Ah! Aku sudah tahu jawapannya! 

^ BAYANG TAK JELMA ^


BAYANG TAK JELMA 

Sakit ini dahaga rindu, 
Yang tak mahu diabaikan, 
Kerana putihnya sinar, 
Yang menyirami wajah, 
Leka laksana dulu. 

Menyembur kata bukan tak sayang, 
Sembunyi wajah bukan tak rindu, 
Lama tak jumpa tak putus rasa, 
Di angin lalu ku alun kasih, 
Menyendiri asa.. 
Terhambat suasa duka. 

Wahai alam ku dambakan hembusan salju, 
Biar bulan menangis tapi aku tak mahu, 
Biar matahari panas tapi aku tak terik, 
Cahaya ke cahaya mencari kandungan, 
Tiada tangis kerana tangis itu sudah dikuburkan.

Alahai... aduhai, 
Mahu ku kucup bayangan.. 
Tapi mana mungkin ada bebayang, 
Tanpa tangis sang rembulan, 
Tanpa terik sang mentari, 
Kerana mereka kandung cahaya, 
Dan cahaya lahir bayang...

^ BERHARAP KEPADA YANG TAK PUNYA ^


BERHARAP KEPADA YANG TAK PUNYA

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan. Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada Iman untuk sentiasa bertahan. Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan. Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan. 

Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapan tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tidak punya untuk memberi? Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya petang dan pagi? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.

Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi. Padahal orang yang kita harapkan tersebut tidak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri. Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tidak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam. Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah. Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan? 

Harapan tidak tertunai, bahkan Iman terungkai-rungkai ikatannya.

“Jangan risau, aku kan ada, mesti ok punya semua benda. Hanya aku seorang yang boleh diharapkan.”

Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan. Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan? 

Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah. Boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.

Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia. Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut. Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah secara mutlak. Tidak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya. Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar. Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.

Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah. Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta atau perhatian kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan perasaan-perasaan tersebut dalam hatinya. Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan perasaan tersebut? 

Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.

“Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan.”

Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.

Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah. Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tidak pernah mengharap kepada Tuhan. Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tiada istilah tidak mampu bagi-Nya. Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi. 

"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?”