Thursday, 15 March 2012

^ KECANTIKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA ^


KECANTIKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah : 
1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan. 
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran 
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun. 
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada. 
5. Lelaki yang baik sangka 
6. Lelaki yang tidak pernah putus asa. 

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. 

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :- 
1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan. 
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. 
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan. 
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan. 

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Wednesday, 14 March 2012

^ ANAK KECIL DAN API NERAKA ^


ANAK KECIL DAN API NERAKA 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala. Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab : “Aku takutkan api neraka…” Khalifah yang adil itu memujuk : “Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka..” 

Namun, apakah jawapan budak itu? Katanya : “Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?” 

Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…. 

Pengajaran : Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah, lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa. 

~ Sumber ~

^ KETAHUILAH AWAK ^


UNTUK YANG BERKENAAN 

Untuk awak yang pernah saya pegang hatinya satu ketika dahulu, 
Nah.. ambil semula hati awak. 
Pegang erat, 
Jangan sampai lepas ke tangan orang lain lagi, 
Sebelum tiba waktunya. 

Tidak.... Saya bukan bermaksud menyuruh awak menunggu saya. 
Bukan... Bukan. 
Saya cuma ingin mengajak awak kembali menyerahkan hati, 
Kepada Dia Sang Pemilik Segala. 
Langit bulan bintang juga adalah milik-Nya, 
Apakah hak kita untuk berkata bahawa sekeping hati kecil ini hak mutlak kita? 

Ketahuilah awak, 
Cinta ini indahnya fana semata-mata, 
Cinta ini tidak menjanjikan syurga akhirat, 
Cinta ini kilang melambungkan dosa, 
Cinta ini yang mengotorkan jiwa, 
Cinta ini yang menarik kita jauh dari Dia, 
"...dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan." (Al-Maidah:43) 

Apa masih mahu bercinta? 
Ketahuilah awak, 
Sendiri tidak bermakna sepi. 
Dengan Dia di sisi, 
Diri tak akan pernah rasa sunyi. 
Kalau sungguh manusia akan derita tanpa kekasih hati, 
Nama Rabiatul Adawiyah takkan agung begitu sekali. 
"...Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat kebaikan, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." (Al-Baqarah:112) 

Buat awak yang disayangi sebagai saudara seakidah, 
Mari kembali membersihkan hati, 
Mari kembali mencari cinta hakiki, cinta Ilahi, 

Ketahuilah awak, 
Kalau sekiranya hidup kita terlalu singkat untuk memikirkan soal kekasih hati yang entah bila akan kembali. 

Awak, 
Bangkitlah dari mimpi yang panjang. 
Ambil hati awak ini kembali. 
Genggam kejap sepanjang perjalanan menuju Dia. 
Bila sudah sampai ke destinasi, 
Serahkan saja pada-Nya. 
Biar Dia tentukan segala. 
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216) 

Awak, 
Ketahuilah sekali lagi, 
Dalam perjalanan singkat hidup kita sbagai pengembara di dunia, 
Allah sediakan kita dengan dua cinta, 
Keduanya tidak menyakitkan, 
Dan tak akan pernah mengecewakan, 
Ianya adalah Lillahi (untuk Allah) dan Fillahi (kerana Allah), 
Dan kita tidak akan menemukan keduanya, 
Selagi mana kita tidak berjumpa dengan Yang Menciptakannya. 

Carilah Allah... Insya-Allah cinta yang lain akan mengikuti, 
Jangan mencintai yang lain mendahului Allah, bimbang semua cinta akan menjauhi. 

Akhir kata, 
Selamat berjuang mencari mardhatillah... ~

Thursday, 8 March 2012

^ DOA MUNAJAT ^


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Ya Allah... 
Aku memohon kepada-Mu.. 
Untuk mendapat rahmat dari sisi-Mu, 
Untuk membimbing kalbuku, 
Mengatur hal-hal yang belum teratur, 
Menolak godaan, 
Memperbaiki hubunganku.. 
Memelihara agamaku, 
Menjaga niatku yang tidak kelihatan, 
Mengangkat dan mensucikan amalku yang kelihatan.. 
Mencemerlangkan wajahku, 
Memberi petunjuk kepadaku, 
Untuk melangkah ke jalan yang lurus.. 
Memenuhi hajatku, 
Dan menjaga aku dari segala kejahatan... 

Ya Allah... 
Sesungguhnya ku pohonkan , 
Keimanan yang tulus ikhlas, 
Melimpah seluruh hatiku, 
Pohonkan juga keyakinan yang benar, 
Sehingga aku mengetahui.. 
Bahawasanya tidak akan mengenai diriku.. 
Oleh sesuatu musibah... 
Kecuali apa yang telah Engkau tentukan buat diriku.. 
Jadikanlah aku redha menerima segala ketentuan 

Ya Allah.. 
Aku pohonkan keimanan yg jujur.. 
Keyakinan yang tidak kufur lagi kemudiannya.. 
Aku pohonkan juga rahmat-Mu 
Yang dapat menampung anugerah ke muliaan rahmat-Mu...

^ KENAPA DADDY TAK BAGI AKU PAKAI TUDUNG ? ^


KENAPA DADDY TAK BAGI AKU PAKAI TUDUNG ? 

Terlebih dahulu terima kasih yang teramat sangat buat Nurainaa Sofia Nurazizul atas cerita ini.

>>>>>>

~ Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Pasai apa abah tak benarkan? Buat pengetahuan hangpa, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Business man yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! 

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapak balik awal ni??? 

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! 

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!" 

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! 

Panggggggggggggggggggg. Aku kena kompang. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. 

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...." 

Pangggggggggggggggggggg....! Kena kompang lagi.

Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap. 

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! "


Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".  

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak. 

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU!  OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk .. ~

errkkks?! Macam ni ka?? oi pak cik! hang tu lelaki la... muncung muncung jugak. 
HANCUSSS !! 

Tak payah nak mengada-ngada nak tukaq jantina tu. Dah baik-baik lelaki, tak payah nak jadi pompuan. Dah baik-baik pompuan , tak payah nak jadi lelaki pulak!!! Ni lagi satu... kalau yang dalam famili dia tu semua lelaki atau semua pompuan, tak payahlah nak pandai-pandai offer diri tu tukaq jantina. Bukannya mak bapak hangpa lagi suka... menangis lagi depa tu ada la...

^ YA IMRAT JAMILA ^


WAHAI WANITA CANTIK...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Wahai wanita cantik,
Engkau yang diciptakan dengan sangat sempurna oleh Rabbmu,
Indah dengan segala kelebihanmu yang ada.

Wahai wanita cantik,
Sering kali aku melihatmu berjalan dengan baju yang sangat sederhana,
Bahan yang sederhana, dan ukuran yang sangat sangat sederhana,
Hingga bahagian auratmu yang harusnya tak nampak menjadi nampak.

Wahai wanita cantik,
Acapkali aku melihat engkau berjalan di hadapan para lelaki,
Dengan pakaianmu yang tidak sempurna,
Dan para lelaki itu menatapmu dari hujung kakimu sampai ke hujung rambutmu,
Mengikuti langkahmu hingga hilang dari pandangan mereka, 
Pandangan yg menjijikkan!!!

Wahai wanita cantik,
Suaramu sungguh merdu,
Mendayu-dayu layaknya putri duyung yang sedang bernyanyi,
Bening sebening sumber mata air yang mengalir.

Wahai wanita cantik,
Ketahuilah… 
Engkau begitu berharga.. 
terlalu berharga…
Engkau bagai intan berlian yang terpelihara,
Di dalam sebuah kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi..

Engkau bukan emas campuran murahan,
Yang diletakkan sebagai pertunjukkan,
Dimana pembeli itu datang, 
Memandang, 
Menyentuh, 
Dan memakaimu sewenang-wenangnya, 
Lalu meninggalkanmu seandainya hatinya tidak berkeinginan terhadapmu!! 

Bukan!!
Engkau bukan itu wahai wanita cantik,
Engkau intan berlian yang terpelihara, 
Di dalam kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi,
Orang yang menginginkanmu tidak berhak menyentuhmu, 
Bahkan mencuba memakainya.

Tidak, 
Mereka terlalu kotor untuk itu,
Mereka harus terlebih dahulu membelimu, 
Dengan harga yang sangat mahal, 
Setelah itu mereka akan dapat memilikimu sepenuhnya,
Engkau yang utuh, 
Yang belum pernah di ‘cuba’ orang lain sebelumnya.


Wahai wanita cantik,
Engkau sungguh indah,
Bagai bunga mawar yang ketika orang ingin mengambilnya, 
Terlebih dahulu mereka harus merasakan duri, 
Pertahanan diri yang kau punyai.


Bagai bunga edelweiss yang ketika menginginkanmu, 
Terlebih dahulu mereka harus mendaki gunung ke arah ketinggian, 
Menantang keberanian dan cuaca yang tidak bersahabat. 


Engkau bukan bunga bangkai, 
Yang terlihat begitu indah dari kejauhan, 
Dengan warna yang menyala, 
Yang membuat para serangga tertarik dengan warna indahmu, 
Namun ketika didekati, 
Kau busuk,
Baumu saja sudah membuat orang mual, 
Apalagi memilikimu, 

Wahai wanita cantik…
Jagalah amanah keindahan yang ada pada dirimu,
Berjalan saja kau terlihat menawan, 
Belum lagi pembawaanmu yang sangat anggun, 
Apalagi jika kau bersuara merayu, 
Dan menampakkan apa yang tak seharusnya nampak,
Jagalah itu semua saudariku.

Tutuplah auratmu,
Agar tak ada yang berkeinginan lain terhadapmu,
Lelaki jalanan itu tidak pantas menikmati tubuhmu,
Dengan memandangimu dengan pandangan menjijikkan itu!!
Mereka terlalu kotor untukmu!!

Jagalah kehormatanmu saudariku,
Lelaki manapun yang belum halal bagimu,
Tidak selayaknya menyentuh tubuh dan kehormatanmu, 
Walau atas nama cinta sekalipun,
Sungguh, cinta dan nafsu itu berbeza.. 

Apakah kau khuwatir,
Tidak ada yang menyayangimu??
Dan menjagamu atas nama cinta??
Apakah kau takut,
Tidak akan ada yang mengharapkanmu?? 
Dan merayumu atas nama cinta??
Wahai saudariku, 
Sesungguhnya lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik.

Lihatlah.. 
Aku sangat sedih melihat keadaanmu sekarang,
Aku sedih melihat para lelaki itu menzalimimu,
Diri ini terasa tercabik-cabik.
Lihatlah di sekitarmu,
Bukan hanya aku yang menginginkan semua ini yang terbaik untukmu,
Lihatlah saudara-saudari semuslim mu,
Walau aku tahu, 
Diri ini turut tidak sempurna,
Tapi inilah luahan hatiku agar kau sama-sama mengikutiku menuju kejalan-Nya.

Lihatlah kami,
Sungguh engkau membuat air mata kami mengalir, 
Dan menitis dari mata-mata kami,
Kami disini sedang memikirkan dan berbuat sesuatu untukmu,
Agar tidak pernah lagi engkau dizalimi siapa pun. 

Lihatlah kedua orang tuamu,
Apakah mereka menginginkanmu menjadi seperti ini?? 
Sungguh engkau bagai mutiara bagi keluargamu,
Mutiara yang mereka jaga sejak kecilmu sampai engkau beranjak dewasa,
Apakah dengan ini engkau membalasnya? 

Jika kau masih kurang dengan ini, 
Maka lihatlah Allah Tuhanmu, 
Yang Menciptakanmu, 
Yang tiada henti-hentinya memberi nikmat padamu,
Padahal tidak jarang kau lupa dengan-Nya… 
Ia masih memberimu nikmat udara, 
Nikmat hidup, nikmat fisik dari tubuhmu yang indah itu.

Bayangkan, 
Jika Ia tidak menyayangimu, 
mengapa tidak cabut sahaja 
Nikmat wajahmu yang cantik dan tubuhmu yang indah?? 
Tapi tidak,
Meskipun engkau sering kali melupakan-Nya, 
Nikmat-Nya tetap terus mengalir.

Wahai saudariku,
Biarlah hanya satu lelaki paling beruntung,
Yang dapat menikmati dirimu seutuhnya, 
Yakni suamimu kelak, 
Ketika ikatan antara kalian halal dan meraih keredhaan-Nya… 
Ketika suara mendayumu bukan lagi dosa tapi pahala.
Hanya dia yang layak... saudariku.

Wahai saudariku,
Sungguh tidak ada alasan lain,
Yang membuat aku melakukan ini 
Selain cintaku yang begitu tinggi kepadamu,
Cintaku yang membuak, 
Yang membuatkan aku memikirkanmu,
Hingga kata-kata ini aku tulisskan… 

Cintaku yang menangis ketika melihat keadaanmu,
Yang terzalimi oleh perbudakan hawa nafsu,
Cintaku yang akan tersenyum,
Jika engkau berniat kembali ke jalan-Nya,

Wallahu’alam..

^ BEBUNGA KASIH YANG TERLERAI ^


BEBUNGA KASIH YANG TERLERAI 

Mengapakah terus begini,
Bahagia yang mekar mewangi,
Yang kian carik dan terkoyak,
Dari rimbunan kasih sayang.

Bukanlah kehendak kita,
Untuk terus bertelagah,
Tapi itulah yang terjadi,
Melerai sayang yang bersemi,
Menggugat kasih.

Marilah kita kutip semula,
Bebunga kasih yang terlerai,
Kita kumpul semula mesra terurai,
Kita tanam kembali bajai lagi.

Jangan kita tergugah lagi,
Walau suasana berubah,
Cinta Ilahi itu abadi,
Rindunya membawa mati,
Dari situ kasih kita bersemi... ~