Wednesday, 7 March 2012

^ YANG KITA INGINKAN ATAU YANG KITA PERLUKAN..??? ^


YANG KITA INGINKAN ATAU YANG KITA PERLUKAN..???

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

"Fitrah manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dicintai dan menyintai, ingin dikasihi dan mengasihi, ingin dirindui dan merindui. Dari yang si kecil sehinggalah dewasa. Semua menginginkannya. Hatta Nabi Adam a.s sendiri menginginkannya. Walau pun diberi kebijaksanaan mengenal seluruh isi bumi, dianugerahkan segala-galanya namun Nabi Adam a.s tetap terasa sepi dan sunyi.

Maka lahirlah Hawa untuknya. Begitulah juga kita, menginginkan untuk memiliki seseorang yang disayangi dan pada masa yang sama turut dicintai.

Inginkan seseorang yang memiliki ciri-ciri yang sempurna juga fitrah manusia. Menginginkan yang cantik, lawa, menarik dan mempesonakan pandangan mata. Pendek kata yang memiliki keindahan, kekayaan, kebijaksanaan, kejayaan. Semuanya menjadi pilihan. Dengan pelbagai usaha digunakan untuk mendapatkannya, hinggalah ada yang sanggup bertumpahan darah seperti Qabil dan Habil, bergadai nyawa seperti Laila dan Majnun, sehidup semati ibarat Romeo dan Juliet. 

Kerana ingin memiliki kasih sayang dan kononnya demi cinta suci. Akhirnya terkubur jasad ke tanah tanpa pengakhiran yang membahagiakan. Beginikah dikatakan ingin memiliki dan dimiliki. Apa yang pasti janji cuma tinggal janji..

Agama tidak melarang seseorang menginginkan teman dalam hidupnya. Namun apakah yang kita inginkan adalah yang kita perlukan? Adakah pasti yang diingini akan kita miliki? Seseorang yang kita inginkan belum tentu yang kita perlukan, dan seseorang yang kita perlukan juga belum tentu yang kita inginkan. Jadi, mana yang akan dipilih, yang diinginkan ataukah yang diperlukan? Ikut hati tentulah yang diingini tapi tanya akal pula pastilah yang diperlukan. Alamak, akal dan hati sentiasa berperang dan bermusuhan. 

Lantaran itulah Allah s.w.t turunkan Al-Quran sebagai panduan dan sunnah Rasullullah s.a.w sebagai ikutan. Kandungannya banyak memberi petunjuk jalan agar usaha dan keputusan yang kita lalui sentiasa lurus, diredhai dan penuh keberkatan.

Malangnya, ramai antara kita belajar dari artis-artis Hollywood, Bollywood dan entah apa entah wood lagi. Novel-novel, majalah-majalah cinta pula sebagai rujukan utama. Maka, lahirlah ‘sektor perkapalan’ haram yang mengemudi bahtera bersama kelasinya. Ke hulu ke hilir membelah lautan biru menuju ke destinasi bahagia, kononnya. Tapi, yakinkah kita itulah kebahagiaan, itukah yang kita inginkan dan adakah itu yang kita perlukan? Tatkala, ada di antara kita yang tidak menginginkan seseorang itu sebagai teman hidupnya namun ditakdirkan menjadi miliknya. Umpama Nabi Yusuf a.s menolak cinta Siti Zulaikha akhirnya menjadi isteri yang paling disayangi dan dikasihi. Bukan didesak oleh keinginan hati tapi kerana memerlukan insan seperti Siti Zulaikha, menjadi isteri kerana Allah.

Kini, kenyataan telah terukir. Sesuatu yang kita perlukan itulah yang kita inginkan. Maka agama itulah yang kita perlukan bukan selain darinya. Sebagaimana yang tercoret dalam hadis Rasulullah s.a.w pilihlah seseorang itu kerana kecantikannya, hartanya, keturunan dan agamanya. Maka, pilihlah agamanya insya Allah kita akan temui kebahagiaan yang sebenar.

Wallahua’lam..

^ MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT ^


MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut). 

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Allah SWT berfirman, "Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Thursday, 1 March 2012

^ PASRAH KEFANAAN ^


PASRAH KEFANAAN

Telah ku serah rasa kasihku,
Rasa cintaku hanya untuk-Mu,
Terasa rindu sapaan rahmat-Mu,
Tanpa sentuhan-Mu diriku terkaku.

Seakan bergetar dua bibirku,
Menyeru nama-Mu setiap waktu,
Terasa luluh seluruh jasadku,
Tanpa diri-Mu siapalah aku...

Degup jantungku desah nafasku,
Seakan bersatu dalam zikirku,
Gelisah resah jiwa tersiksa,
Dihimpit derita yang melanda jiwa,
Sesaat terlupa gelap duniaku.

Pancaran kasih-Mu menyinariku,
Engkaulah yang satu,
Dalam zikirku,
Bersaksilah aku Engkau yang ku rindu
Ku kecapi kasih-Mu tanpa ragu-ragu

Pasrahlah aku dengan takdir-Mu
Tanpa diri-Mu meranalah aku...

^ WAHAI SUAMI... WAHAI ISTERI... ^


WAHAI SUAMI... 

1. Taati dan cintailah Allah dan RasulNya. 

2. Ketahuilah bahawa kamu mendirikan rumahtangga hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan untuk melepaskan nafsu semata-mata. 

3. Nasihatilah isterimu dengan cara yang baik. 

4. Layanilah isterimu dengan baik kerana sebaik-baik di antaramu adalah orang yang paling lemah lembut terhadap isterinya. 

5. Hiasilah dirimu untuk isterimu sebagaimana kamu suka ia menghiasi dirinya untukmu. 

6. Jagalah perasaannya dan janganlah memuji wanita lain di hadapannya dan janganlah mengejinya di hadapan orang lain. 

7. Bertimbang rasalah kamu dan jangan menuntut sesuatu yang di luar kemampuan isterimu. 

8. Ketahuilah bahawa Rasulullah tidak pernah memukul isteri-isterinya, seandainya kamu terpaksa elakkanlah daripada pukulan yang menyakitkan. 

9. Janganlah kamu terlalu menurut kemahuan isterimu kerana akan merosakkan akhlaknya dan menjatuhkan kewibawaanmu. 

10. Bersabarlah atas kelemahan isterimu kerana mungkin kamu membenci sesuatu yang Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya. 


WAHAI ISTERI... 

1. Taati dan cintailah Allah dan Rasul-Nya. 

2. Utamakanlah hak suamimu lebih daripada hak yang lain melainkan hak-hak Allah dan RasulNya. 

3. Sentiasalah bersikap malu dan taat kepada suamimu serta berilah perhatian ketika ia bercakap di samping menghormatinya. 

4. Berpuas hatilah dengan apa jua rezeki yang telah diperolehi oleh suamimu daripada Allah. 

5. Muliakanlah ahli keluarga suamimu dan saudara maranya. 

6. Tumpukanlah perhatian kepada kewajipan dan urusan dalam rumahtangga. 

7. Jagalah perasaan dan maruah suamimu. 

8. Hiasilah dirimu untuk suamimu sahaja.

^ SAHABAT JIWAKU ^


SAHABAT JIWAKU 

Sahabat yang ku cinta, 
Walau aku pernah menyakitimu,
Walau kau pernah menyakitiku,
Itu tidak bermakna kita adalah musuh.

Aku tersakitimu bukan kerana...
Aku benci padamu,
Aku tahu kau tersakitiku bukan kerana...
Kau benci padaku.

Walau payah seperti apapun,
Badai yang melanda ukhuwah,
Aku tidak akan pernah mahu...
Meninggalkanmu.
Dan aku berharap kau tidak berpaling...
Pergi meninggalkan diriku.

Kerana...
Aku tetap mahu berjumpa denganmu,
Di Syurga ALLAH.
Aku tetap mahu berjiran denganmu,
Di Jannah-Nya!

^ FIRASAT TERTAWAN ^


FIRASAT TERTAWAN 

Tak tersentuh keindahan,
Adalah maya keasyikan,
Bercahaya malap dalam terang,
Seribu hakikat meyakinkan. 

Aku susuri keindahan,
Badai di laut tak terasa,
Mencari makna ketulusan,
Rapuh kegersangan. 

Jernih terlukis keasyikan, 
Lembut bersalut kesyukuran,
Ombak dan laut menyaksikan,
Kasih setulus perasaan. 

Tiada terhijab kepalsuan, 
Salju yg beku kecairan,
Rindu yg lalu ku serahkan,
Bagai tertawan. 

Agung kudrat-Mu menyaksikan, 
Suluh makrifat mendodoikan, 
Sirnalah resah kegersangan, 
Dalam senyuman,
Badai dilaut tak terasa… 
Sentuhan tangan.

^ LAYAHKAH..??? ^


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

LAYAKKAH..????

Layakkah diri mengharapkan keindahan, 
Andai selalu menghadirkan kejelikan.

Layakkah diri mahukan kebaikan, 
Andai selalu memberikan kemudharatan.

Layakkah diri memohon keampunan, 
Andai selalu melakukan kemaksiatan.

Layakkah diri menagih kejujuran, 
Andai selalu melakukan pengkhianatan.

Layakkah diri mengharapkan pujian, 
Andai selalu memberi kejian.

Layakkah diri meminta pilihan, 
Andai perintah dan larangan tidak di agungkan.

Layakkah diri mengharapkan kesempurnaan, 
Andai diri penuh kekurangan.

Layakkah diri membicarakan keyakinan, 
Andai selalu diselubungi kegelisahan.

Layakkah diri mahu dokongan, 
Andai selalu menjatuhkan.

Layakkah diri disayangi,
Andai selalu memusuhi.

Layakkah diri dicintai, 
Andai selalu membenci.

Di saat ini… 
Tanyalah hatimu… 
Layakkah… ???

Anas r.a. berkata, Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, Allah swt., berfirman, " Wahai anak Adam selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi. "

"Wahai anak Adam jikalau dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku, pasti engkau Ku-ampuni. Wahai anak Adam andai engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun, pasti Aku mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula." - hadith riwayat Ar. Tirmidzi  

Wallahua'lam...