Wednesday, 14 December 2011

^ DI SEBALIK DUGAAN ALLAH...ADA HIKMAH TERSELINDUNG.. ^


KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN??
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
(Surah Al-Baqarah ayat 216) 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " 
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." 
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
(Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...
(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " 
(Surah At-Taubah ayat 129) 

Sunday, 4 December 2011

^ TUJUH WANITA BERTANYA… SEORANG LELAKI MENJAWAB ^

^ TUJUH WANITA BERTANYA… SEORANG LELAKI MENJAWAB ^

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.


Keluhan remaja perempuan A: 
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.” 

Keluhan isteri A: 
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.” 

Keluhan remaja perempuan B: 
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!” 

Keluhan isteri B: 
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!” 

Keluhan isteri C: 
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?” 

Keluhan isteri D: 
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?” 

Keluhan remaja perempuan C: 
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”. 

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu. 

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A: 
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!” 

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A: 
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!” 

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: 
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!” 

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B: 
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !” 

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C: 
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!” 

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: 
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!” 

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D: 
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!” 

Lelaki beriman bertanya: 
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?” 

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata; 
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!” 

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka. 

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia. 

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. 

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti... 

Wednesday, 23 November 2011

^ SENANG HATI VS SENANG HARTA ^

SENANG HATI VS SENANG HARTA 

Tak pernahkah kita terpikir akan hakikat hidup ini, susah senang kita bernafas di muka bumi Allah ini, semuanya ujian kepada kita. Apabila kita senang, kita mudah lupa siapa diri kita, kita lupa untuk bersyukur kepada yang Maha Berkuasa, kerana diselimuti kesenangan yang bakal ditarik bila-bila masa saja. Kita alpa akan kesusahan orang lain yang memerlukan bantuan kita. 

Kesenangan dan kesusahan yang Allah berikan kepada kita sebenarnya ujian buat hambaNya. DIA mahu melihat sejauh manakah kita bersyukur akan rezeki yang diberikan. 

Mungkin dah biasa kita dengan ungkapan sebegini agaknya, kaya tapi hati tak tenang, orang yang tak berduit pun boleh hidup senang lenang, tak dibelenggu masalah. Agaknya bagaimana hal ini boleh berlaku? Mungkinkah kerana orang miskin itu tidak memerlukan duit? tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan makan pakai mereka dan anak-anak mereka? DAN adakah golongan berharta pula perlu memikirkan segala hal, pelbagai masalah, dek kerana bingung menguruskan harta yang mereka ada? 

Orang yang kurang berharta juga sama kehidupannya dengan golongan yang banyak hartanya. Mereka memerlukan makanan, pakaian, tempat berlindung, pendidikan yang sempurna, pekerjaan yang baik dan sebagainya. Walaupun mereka kurang dari segi kewangan namun hati mereka tenang. Itulah kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan rezeki dikurniakan. Mereka tidak pernah lupa untuk sentiasa bersujud mengingati Ilahi. Redha akan segala ujian yang diberikan. Allah itu Maha Besar, inilah yang dikatakan ujian buat hambanya. Miskin harta namun hati mereka tenang, kerana Allah maha adil, tentunya rezeki mereka tidak pernah putus, sentiasa ada walau kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaupun mereka kekurangan, namun doa kepada DIA tidak pernah padam, tanda syukur kepada Ilahi. 

Apa jadi dengan mereka yang serba serbi lebih, ada segalanya, makan pakai serba mewah. Kereta besar, rumah besar dan segala-galanya besar. Tetapi hati mereka tak pernah senang, agaknya terlalu memikirkan akan harta mereka, takut di rompak, dicuri atau sebagainya. Sebenarnya, hati mereka tidak tenang kerana itu lah ujian yang Allah berikan kepada mereka. Rezeki mereka melimpah ruah namun seandainya mereka lupa akan kepada yang SATU, sesungguhnya itulah natijahnya. Allah berikan mereka kesenangan dunia, ingin menguji sejauhmana keimanan mereka, adakah mereka akan ingat kepada yang telah memberikan mereka rezeki yang banyak itu, atau adakah sebaliknya. 

Marilah sama-sama kita renungkan akan hakikat ujian Allah tidak mengenal sesiapa. Kita sebagai hambaNya harus bersyukur di atas segala yang dikurniakan kepada kita. Allah Maha Adil, Dia tidak akan menguji hambanya seandainya mereka tidak berdaya. Sesungguhnya ujian itu mengikut kemampuan kita sebagai hambaNya. 

"Ya Allah Ya tuhanku, sesungguhnya hamba Mu ini terlalu lemah untuk menghadapi ujian Mu, Kau bantulah daku menghadapi segala-galanya. Permudahkanlah segala urusan ku, tabahkanlah hatiku dan ampukanlah segala dosa-dosaku..Amin"

^ LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA ^

LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA... NAUZUBILLAH

* AYAH
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* SUAMI
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* ABANG
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki. Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati? ?

^ JARAK ANTARA DUA HATI ^


JARAK ANTARA DUA HATI

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?” 
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali.
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan. 
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas. Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya. Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.” 

*** Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita... *** 

Friday, 18 November 2011

^ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA.... ^


ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....

Anda sudah bersedia JIKA:
Niat anda untuk berkahwin dengan 'sidia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara. 

Anda belum bersedia JIKA: 
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaaan semata-mata. 



Anda sudah bersedia JIKA: 
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegang tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqaddimah' zina. 

Anda belum bersedia JIKA: 
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan dot...dot... 



Anda sudah bersedia JIKA: 
Sudah 'lepas' Ilmu 'Fardhu Ain' dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya mempunyai pekerjaan yang tetap. 

Anda belum bersedia JIKA: 
Masih kandas dalam ilmu Fardhu ain, dan punya masalah besar dalam pelajaran. atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan. 



Anda sudah bersedia JIKA: 
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata sebenar. 

Anda belum bersedia JIKA: 
Mengucap dua kalimah syahadat pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang...aduhai....

^ AKU JUGA INSAN ^


AKU JUGA INSAN

Cuak ku mencoba,
Berlari dan berlari,
Namun masih diiringi,
Luka yang sering di lukai,
Menggapai mimpi,
Bagai yang ku harapkan,
Hanya tinggal mimpi,
Jauh dari sudut realiti yang pasti.

Seringkali ku di hempas ke bumi,
Hanya kerana derita hidup menjadi jalan,
Tohmahan, cacian dan penghinaan,
Menjadi teman.

Haruskah aku di letak ke bawah,
Hanya kerana jalan hidup derita,
Puaskah hati mereka,
Yang tak punya rasa,
Mempersenda dan mencerca,
Sehingga retak kasih sesama.

Bukan pintaku,
Takdir buatku,
Aku jua insan,
Tak punya apa,
Bukan siapa,
Insan mengharapkan ruang,
Walau jauh di sudut dunia,
Bukan mengharap ehsan,
Mahupun meminta-minta...