Friday, 23 September 2011

^ TAQWA YANG TEGUH...^

TAQWA YANG TEGUH.

Antara ciri taqwa :
1. Ingat dua perkara
2. Lupa dua perkara
3. Munyukai apa yang Allah suka
4. Membenci apa yang Allah benci

1. INGAT DUA PERKARA.

Pertama: 
Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang, maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal dengan jasa dan budi orang itu kepada kita. 

Paling penting, perlu diingatkan dan mensyukuri nikmat dan limpah kurnia rahmat Allah SWT kepada kita yang tidak terhingga banyaknya. 

Firman Allah SWT (maksudnya) : "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)" Adh Dhuha:11.

Kedua: 
Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan minta maaf daripadanya. 
Paling penting, perlu ingat dosa-dosa dan derhaka kita kepada Allah SWT. Iringi ingatan dosa itu dengan bertaubat, kekalkan rasa berdosa supaya kita terhindar dari terbuat dosa-dosa yang lain dan sentisa takut dan berharap mohon agar diampuni Allah SWT. 

2. LUPA DUA PERKARA

Pertama: 
Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada prang lain. 
Jangan diungkit dan dikenang-kenang. Kembalikan segala kebaikan kita buat kepada Allah SWT. Rasakan seolah-olah kita tak pernah berbuat baik dan beramal baik, supaya kita akan terus untuk berbuat kebaikan. Semoga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub, sum'ah atau riak atau rasa diri baik dan mulia. 

Kedua: 
Lupakan kejahatan orang kepada kita. Anggaplah seolah-olah tiada siapa bersalah kepada kita, supaya tak tercetus rasa marah dan dendam. Lupaka segala kesulitan, kesusahan, ujian, musibah, sakit, kematian, kegagalan dan sebaginya supaya tidak tercetus dihati perasaan tidak sabar dan tidak redha dengan ketentuan Allah SWT. 

3. MENYUKAI APA YANG ALLAH SUKA.

Kesukaan kita selari dengan kesukaan Allah SWT. Amalan dan perbuatan yang menurut apa disukai Allah SWT. Bukan soal amalan itu kecil atau besar, fardhu, wajib atau sunat tetapi asalkan Allah suka, kita pun suka dan akan membuatnya. Ia bukan soal mendapat pahala atau fadhilat, ia lebih kepada hasrat menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Tuhan. 

 4. MEMBENCI APA YANG ALLAH BENCI.

Kebencian kita selari dengan kebencian Allah SWT. Kita tinggalkan segala amalan perbuatan menurut apa yang dibenci Allah SWT. Allah SWT benci, kita pun benci. Nafsu sering mendorong untuk buat apa yang Allah benci kerana nafsu suka kepada apa yang Allah benci dan benci apa yang Allah suka. 

Tetapi Fitrah tetap kuat dan teguh. Fitrah yang suci murni itu, wataknya berlawanan dengan dengan watak nafsu. Ia suka kepada apa yang Allah suka dan benci kepada apa yang Allah benci. Nafsu tidak dapat mengalahkannya (fitrah) kerana rasa bertuhan dan rasa kehambaannya yang mendalam.

Thursday, 22 September 2011

^ AKU ^


AKU 

Kini ku sendiri lagi,
Menyepi di dalam sepi,
Ku buka mata,
Akhirnya aku tersedar,
Aku hanya bermimpi,
Ku cuba melupakan,
Inginku lari dari realiti,
Menggapai kasih yang abadi.

Walaupun berseorang,
Tiada dapat membuatku,
Terasa terasing,
Aku hanya di duniaku,
Dunia yang penuh fantasi,
Itu mahuku,
Tiada yang perlu ku fikirkan,
Hanyalah diriku seorang.

Andai ada yang menggetar,
Jiwa dan rasa hatiku,
Tidak mungkin ku tunduk,
Kerana aku percaya.

Aku percaya akan diriku,
Aku bicara di dalam hati,
Inginku kutip bunga yang pertama,
Aku percaya akan diriku,
Ku katakan pada diri
Aku kan berdiri teguh di sini
Aku percaya……

^ BUNGA TANJUNG ^


BUNGA TANJUNG 

Seroja wangi di jambangan,
Kemboja indah pandangan,
Anggerik cantik menarik,
Mawar merah menyala,
Cuma Tanjung di hujung kampong,
Harumnya sentiada ada,
Tawadduknya tetap ketara.

Bunga tanjung di hujung daun,
Dipagar belantara menimbun,
Namun harumnya sampai jua,
Ke hujung kampung.

Tanjung sepi sendiri,
Mengadu sunyi di sisi Ilahi,
Dia pilu yang menabur bakti,
Tersiksa jiwanya agar bahagia milik bersama,
Tetap segar,
Tetap mekar.

Bunga tanjung mendakap wangi,
Terseri dijulang sanggul puteri,
Gugurnya sebagai gugur srikandi,
Bertuah anak yang memanggilnya ibu!!
Beruntung suami yang memanggilnya isteri!!

Wednesday, 14 September 2011

^ TERKADANG SEPI ^


TERKADANG SEPI

Terasa atau tanpa sedar..
Rasa itu kadang datang menghampiri,
Di saat semua terasa terbang tinggi
Di saat mimpi berubah sunyi...

Aku pun demikian adanya,
Tak dapat mengungkap sebatas kata,
Tak dapat tersenyum untuk semua duka,
Tak dapat memilih jalan bermakna.

Terkadang goyah hanyutkan emosi,
Hati meradang mencari celah,
Kemana aku akan berdiri,
Jika bumi berasa goyah.

Ku tatap awan berarak perlahan,
Walau sepi pastikan tujuan,
Terbawa angin melukis langit,
Sejukan bumi berikan hujan.

Terkadang sepi aku sendiri,
Hanya alam berikan fenomena,
Hanya Tuhan dengan petunjuk-Nya.

Aku tengadah ungkapkan taubat,
Aku tengadah gulirkan air mata,
Aku tengadah teringat masa bersama,
Aku tengadah kelu berucap.

Aku tersujud lupakan segala,
Kepada Tuhan aku meminta...

Monday, 12 September 2011

^ JANGAN HANYA JADI KENANGAN ^


~ JANGAN HANYA JADI KENANGAN ~

Senyumanmu sedarkan aku,
Tak akan lagi pernah kutemui,
Hangatnya senyum pada dirimu,
Hanya kau yang di hati.

Mengapa juga kita,
Tak putuskan untuk bersama saja,
Jalani semua indah dunia,
Bahagia bersama.

Jangan hanya jadi kenangan,
Semua yang pernah kita jalani,
Biarkan terus tersambung lagi,
Kisah indah kita untuk esok hari.

Mungkin aku yang harus memulainya,
Mungkin kau tak sabar menantinya,
Atau sudah sejak lama kita menyedarinya,
Bila kita ditakdirkan untuk bersama.

Hidup kita tak akan mudah,
Selalu saja akan ada masalah,
Namun aku bahagia bersamamu,
Mahukah kau bersama denganku...????

Jangan hanya jadi kenangan,
Semua yang pernah kita jalani,
Jangan ragu mengharapkannya,
Kerana aku merindukannya.

Meski sudah lama kita tak bertemu,
Bukan bererti aku melupakanmu,
Pasti akan tersambung lagi,
Kisah indah kita untuk esok hari.

Yakini pasti akan terwujud,
Asalkan kau teguhkan hati,
Percaya akan keinginan kita,
Jangan hanya jadi kenangan....

Untukmu Hani...

Friday, 9 September 2011

^ SEMALAM ^


SEMALAM

Di dalam kepekatan malam,
Sukar daku akhiri jaga..
Melabuh mimpi melayari lena,
Keenganan kelopak mata ku.
Menyingkap tirai alpa...

Seakan mendorong akal,
Memutar angan,
Mengulit kenangan suram semalam...
Semalam yang ku benci,
Kewujudannya..

Sekilas ia bermain di benak ku,
Seabad tak termampu untuk ku timbus..
Noda dan kehinaan menyangkal hidup,
Dosa yang melilit bagaikan kabus...

Hanya mampu ku termenung, Bersandar pada duka,
Semata meneguk hempedu,
Menanti madu yang tak kunjung tiba...

Hidup bagai menyulam duri..
Untuk dijadikan hamparan duka..

Thursday, 8 September 2011

^ PEREMPUAN ^

Jgn terkejut dengan tajuk.. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.



1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk atau jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tidak guna berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya di selempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentuk untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suara untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buat. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya atau mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang BERGUNA...