Sunday, 14 August 2011

^ CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT DALAM AL-QURAN..!!! ^


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada dua (2) benda yang Nabi Muhammad S.A.W tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberkan pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah SWT.

Tip yang nak dikongsikan disini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.




Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah... Memang menakjubkan. Harap dapat dipanjangkan info ini kepada sesiapa yang belum mengetahuinya...





Saturday, 13 August 2011

^ AKU MASIH DISINI ^


AKU MASIH DISINI

Aku masih disini menanti hadirmu, 
Mengotakan janji tersungkur kehausan,
Berpaut pada madah yang dulu kau ungkapkan...


Aku disini.. Dahagakan cintamu,
Di persisiran tandus seakan tiada erti,
Yang hanya berteman,

Hembusan bayu menyusup ke hati,
Seakan suara mu membisikan harapan..

Bayu meniup mengoncang pepohonan,
Dedaun berguguran di sulami nestapa,
Wajah yang sepi di silang air mata,
Membasahi bumi merawat hati luka..


Disini aku,

Masih aku,
Sang pengemis cintamu, 
Sang penagih janjimu..
Sang pendamba kasihmu,

Akan ku terus menanti hadirmu
Walau diranap waktu..
Walau di hempas ombak,
Gelora di hatimu..


Dan biarkan aku disini,
Sehingga berpusara..
Mendambakan cintamu, 
Hingga ke hujung waktu...




^ SEMALAM ^


SEMALAM

Di dalam kepekatan malam,
Sukar aku akhiri jaga..
Melabuh mimpi melayari lena,
Keenganan kelopak mata ku.
Menyingkap tirai alpa...

Seakan mendorong akal,
Memutar angan, mengulit
Kenangan suram semalam...
Semalam yang ku benci,
Kewujudannya..

Sekilas ia bermain di benak ku,
Seabad tak termampu untuk ku
Timbus..
Noda dan kehinaan,
Menyangkal hidup, dosa...
Yang melilit bagaikan kabus...

Hanya mampu ku termenung,
Bersandar pada duka,
Semata meneguk hempedu,
Menanti madu yang tak kunjung tiba...

Hidup bagai menyulam duri.. 
Untuk dijadikan hamparan duka..


^ AKU TAK KAU HARGAI ^


AKU TAK KAU HARGAI

Jangan pernah di hapus kenangan dan impian..
Walau dengan alasan untuk mengaut ketenangan..
Apa ingin kau lupakan segala...?
Apa kau sangka dengan titisan hujan,
Dapat kau menebus titisan air mata..
Yang hingga kini bercucuran tanpa hentian...
Campak kan saja rindu mu pada lautan...

Buang saja rasa cinta,
Yang dulu kau dambakan,
Aku yang pernah kau sanjungi,
Yang pernah kau naungi,
Yang tidak kau hargai..


Friday, 12 August 2011

^ SIMPULAN KASIH PADA-MU ^


SIMPULAN KASIH PADA-MU

Aku harus cuba untuk berdiri,
Aku harus cuba untuk kuat mentaati,
Aku harus terima dengan redha apa yang di janji,
Namun rasa itu masihkah di situ diam sendiri,
Kerelaan ini masih palsu membatu nian di hati.

Disaat dahi ku bertemu dalam sujud pada-Mu,
Dikala jari jemari ku bertaup mohon kurdrat dari-Mu,
Ketika itu air mata ku gugur satu persatu merayu pada-Mu,
Menuruni lereng-lereng pipi sayu meratap redha-Mu,
Aku tahu kehancuran itu ujian dari-Mu untuk ku,
Aku rasai kesakitan itu menusuk kejiwaku namun ku pasrah ini untuk ku.

Lantaran air mata yang menderu bagai tak terbendung lagi.
Berdenyut nadi bagai tiada henti ucap zikir pada-Mu Ilahi,
Mata ini pedih minta ditutup kerana ku menyesali apa yang terjadi,
Agar esok hati ini kuat untuk berdiri mengadap-Mu Ya Rabul Izati.


Monday, 8 August 2011

^ RAMADHAN ^


RAMADHAN

Berlabuhnya tirai syaaban,
Tersingkap jendela kerahmatan,
Berakhirnya sebuah penantian,
Terbuka luas lembaran keampunan,
Dari Tuhan sekalian Alam.

Ramadhan… 
Bulan keberkatan,
Kemunculanmu mengundang kegembiraan,
Kedatanganmu… 

Meniupkan bibit kesyukuran,
Membungakan rasa kehambaan,
Dari jiwa setiap insan,
Yang mendamba cinta dari Tuhan,
Mengharap pertemuan dihari kebangkitan.

Ramadhan,
Dikala ini…
Jasadku masih teguh untuk berdiri,
Denyut nadiku masih berfungsi tiada henti,
Kudrat ini,
Masih mampu menyembah membesarkan Ilahi.

Lantas bagaimana?
Andai Ramadhan kali ini,
Yang terakhirnya bagiku,
Lantas bagaimana?
Andai Ramadhan depan ,
Tidakku bersua lagi denganmu.

Bila tiba janji dan waktunya,
Saat nafas ini terhenti,
Jasad ini terkaku mati,
Apakah yang akan kubawa,
Untuk menghadap-Nya nanti?
Mampukah diri ini,
Menanggung segala kekhilafan diri?
Membawa segala kezaliman,
Yang ku lakukan terhadap diri,
Sanggupkah aku,
Menggalas beban dosa,
Yang kadangkala ku undang tanpa ku sedari..
Mampukah aku menghadap keperitan azab-Nya nanti?

Ya Allah..
Tuhan Yang Maha Berkuasa,
Kau ampunilah segala dosa hamba,
Sungguh..
Hamba malu untuk berdepan denganmu,
Hamba tak layak untuk meraih syurgamu,
Namun benar.. hamba tak berdaya…menanggung azab siksa-Mu,

Ya Allah..
Tetapkanlah daku untuk terus mengingatimu,
Teguhkanlah imanku terhadap-Mu,
Hingga keakhir hayat dan nafasku,
Suburkanlah cintaku kepada-Mu,
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

^ RAHSIA HATI ^


RAHSIA HATI

Ku siram selasih dengan titisan embun,
Hanya dari kejauhan ku lihat senyuman,
Kemesraan yang di rasa,
Sehingga tidak berani bertentang mata,
Hanya memandang dari kejauhan,
Rahsia hati yang telah lama tersimpan,
Terpancar di riak wajah yang menyenangkan.

Kau sentuhi hati ku dengan kelembutan,
Dengan segala rahsia yang terpendam,
Tanpa ucapan tanpa kata hanya senyuman,
Ku sunting kemesraan di tangkai hatimu,
Untuk kau merasa kehangatannya,
Menambah debar di dada ketika bersua muka.

Tidak perlu di ucap, tidak perlu di lafaz,
Ketulusan bukan hanya dengan ucapan,
Tetap ku ukir senyuman untuk hatimu,
Memahami segala rasa dan rindu,
Untuk ku sunting Dahlia di taman,
Buat penyeri hati dan hidupku.

Buat Dahlia di hujung taman,
Segala hajat yang telah lama tersimpan,
Rasa cinta yang ada menggamit rasa,
Cinta abadi di dalam jiwa,
Buat kau ratu hati ku…