Thursday, 4 April 2013

^ TERUSLAH MELANGKAH ^


TERUSLAH MELANGKAH 

Hidup bukan cuma suka,
Hidup juga ada duka.
Hidup bukan selamanya ketawa,
Kadang-kadang terselit hiba.
Itu hakikat.

Kerana kau tak selamanya di atas,
Haruskah kau berhenti melangkah?
Kerana kau takkan selamanya di bawah,
Perlukah kau berhenti berusaha?

Segalanya,
Pandang dengan rahmat Allah,
Bukan dengan keluh kesah.

Bila kau terjatuh, bangkit dan ubatilah luka mu,
Terus berjalan,
Walau sakit, walau pedih,
Teruslah melangkah.
Kerana akan tiba satu saat,
Luka itu akan sembuh meski berparut,
Kerana kau pernah jatuh.

Dan saatnya kau pandang parut itu,
Jangan malu dan jangan bersedih,
Itu adalah rahmat dalam samaran.
Darinya kau kutip pengalaman,
Darinya kau belajar untuk bangun,
Dan melangkah perlahan-lahan.

Teruslah berjalan.
Takdir ini telah termaktub. 

Monday, 1 April 2013

^ TUJUH (7) SUNNAH PENTING ^


7 SUNNAH PENTING 

Pertama: 
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. 

Kedua: 
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat Kursi. 

Ketiga: 
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat: 
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. 

Kelima: 
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. 

Keenam: 
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. 

Ketujuh: 
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. 

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua. 

Sunday, 31 March 2013

^ SEBELUM WASIAT BERTUKAR TANGAN ^


SEBELUM WASIAT BERTUKAR TANGAN 

Mandikan aku dengan kesyukuran, 
Agar dapat aku sentiasa berterima kasih kepada Tuhan. 
Kafankan aku dengan keinsafan, 
Agar dapat aku sucikan segala dosa silam. 
Solatkan aku dengan ketenangan, 
Agar dapat aku tidur di kubur senang lenang. 
Usungkan aku dengan kekuatan, 
Agar dapat aku tempis segala bisikan syaitan. 
Tanamkan aku dengan kecintaan, 
Agar dapat aku curahkannya kepada Pencipta alam. 

Aku sudah tidak punya masa untuk lakukan itu semua sendiri. 
Aku sudah tiada lagi di dunia ini. 
Hidup aku sangat singkat. 
Ya, hidup manusia sangat singkat. 
Aku malu sepanjang hidup aku. 
Jarang sekali aku bersyukur… 
Kepada Tuhan atas nikmat yang diberi sebanyak infiniti. 
Aku diberi banyak kelebihan. 
Tapi aku riak, 
Aku bangga, 
Aku sombong, 
Aku bongkak. 

Aku malu, 
Sepanjang hidup aku, 
Tidak pernah aku insafi, 
Segala dosa yang aku lakukan, 
Baik dalam gelap mahupun terang, 
Aku buka juga aib dosaku pada umum, 
Segan tiada, 
Ahh.. insaf jauh sekali. 

Aku malu, 
Sepanjang hidup aku 
Ketenangan bagiku, 
Hanya satu perkataan, 
Yang tidak pernah hadir dalam kitab hidupku, 
Aku dikenali, 
Kekadang aku disanjung tinggi, 
Tetapi itu semua tidak dapat memberikan aku.. 
Apa yang aku cari-cari dalam hidupku, 
Yakni ketenangan di hati, 

Aku malu, 
Sepanjang hidup aku, 
Sungguh aku sentiasa lemah, 
Telah rebah tunduk, 
Tanda tiada kekuatan di hati, 
Bisikan syaitan yang hanya sekadar bisik, 
Aku amati rapi, 
Sehingga lemas dalam lautan maksiat keji.

Aku malu, 
Sepanjang hidup aku, 
Perasaan cinta yang dikurniakan oleh Rabb.. 
Aku curahkan pada makhluk, 
Yang aku tahu tidak kekal abadi, 
Aku sanjung meraka itu, 
Aku cinta manusia ini, 
Aku lupa akan Allah adalah cinta sejati.

Jika aku punya masa lagi, 
Aku tidak perlukan wasiat ini, 
Akan ku lakukan itu semua dengan sendiri, 
Tapi semua itu tiada guna, 
Sudah terlambat untuk suatu penyesalan, 
Aku juga sudah tahu kesudahanku di neraka jahanam, 
Wasiat itu bukan untukku, 
Tetapi buat teman yang dipilih oleh-Nya, 
Mempunyai hidup yang panjang, 
Sediakanlah bakal jenazah teman dengan wasiat itu, 
Sebelum wasiat itu bertukar tangan, 
Kerana pada saat itu… 
Wasiat hanya akan bertukar penyesalan.

Wednesday, 27 March 2013

^ SAMPAI BILA-BILA TIDAK AKAN SEMPURNA ^


SAMPAI BILA-BILA TIDAK AKAN SEMPURNA 

Jangan kita menghina sesiapa.. sama ada daripada segi pakaian mereka, kemahuan mereka, harapan mereka.. perasaan mereka. JANGAN.. JANGAN dan JANGAN.. kerana mereka sama seperti kita juga punyai hati, perasaan cinta dan nafsu. 

ALLAH memberikan yang sama kepada setiap hamba ciptaan-NYA. ALLAH tidak memandang pada penampilan, harta, rupa atau pangkat.. ALLAH memandang pada hati.. yang membezakan tiap manusia itu adalah taqwa. 

Tanyalah hati kita.. adakah kita bertaqwa.. adakah kita fahami makna taqwa itu?.. lengkap sudahkah ilmu di dada kita.. menilai dan menghina orang lain.. kita hanya manusia biasa.. sedangkan nabi adam pun sepi tanpa hawa.. siapa kita nak menafikan para muslim dan muslimah untuk mereka mendambakan iman dan zaujah dalam kehidupan mereka? 

ALLAH mengurniakan perasaan dalam hati anak adam untuk saling berkasih sayang.. cinta itu bukan satu yang hina. Dakwah itu juga hadir kerana cinta kita kepada ALLAH. 

Kadang-kadang, kita pandang orang lain biarlah kita fkir orang lain itu lagi mulia berbanding dengan kita.. kita ni manusia biasa tak lepas daripada membuat kesilapan, tegurlah dengan kasih sayang.. bukan dengan menghina kan.. 

Diri ini pun tak sempurna dan sampai bila-bila tidak akan sempurna..

Tuesday, 12 March 2013

^ IKHLASKAN HATI.. SENYUM SELALU : PT1 ^


Sehebat mana pun musibah, 
Seteguh mana pun ujian menggugah, 
Hidup perlu diteruskan, 
Diatas runtuhan semalam harus dibina tapak baru, 
Diatas puing-puing kehancuran perlu ditegakkan kembali binaan kehidupan, 
Kerana aku perlu terus hidup, 
Walaupun tanpa seseorang, 
Semoga ALLAH kuatkan aku mengharungi segalanya. 

Pesanan untuk diri :-
Bersabar di saat diuji,
Tersenyum di kala hati menangis,
Memaafkan di saat dihina, 
Berdiam dikala membuat kebaikan. 

Derap langkah ku susun rapi agar tidak jatuh buat kedua kalinya…

Monday, 11 March 2013

^ BERTERIAKLAH KUAT-KUAT TAPI BERUBAHLAH SIKIT-SIKIT ^



BERTERIAKLAH KUAT-KUAT TAPI BERUBAHLAH SIKIT-SIKIT 

Aku selalu membaca status di wall fb anak saudara aku merangkap besfriend and good friend. Dia adalah seorang yang mulut lepas.. faham maksud mulut lepas..?? Kalau tak suka akan sembur direct jer.. Sejujurnya aku suka cara dia.. dan tak dinafikan zaman-muda-muda aku dulu kala aku pun macam tu jugak.. 

Tapi andaian manusia menilai orang-orang mulut lepas ini hatinya jahat dan sangat busuk.. tapi tak semua.. mereka berpegang pada prinsip ‘aku tak kacau hidup kau dan kau jangan kacau hidup aku’.. itu sahaja.. dan bila ada anasir-anasir jahat yang cuba nak menggangu hidup mereka.. semburan mulut berapi lah yang korang dapat.. 

Kadang-kadang bagus jugak jadi jujur macam anak saudara aku ni.. tak simpan dan pendam dalam hati.. lepas jer memanjang.. dulu aku pun suka cakap jugak.. "PERGI MAM AH SAMA DIA".. dulu pun aku suka memaki hamun macam tu..

Tapi entahlah.. mungkin hidayah ALLAH itu dah tiba pada aku.. aku berubah.. dah kurang benda yang tak elok keluar dari mulut aku. Tapi malangnya dalam usaha kearah kebaikan.. manusia-manusia jahat sentiasa mendekati aku.. melukakan hati dan perasaan aku.. sedang aku terkial-kial menjaga perasaan mereka.. 

Inilah yang aku cuba nak sampaikan.. ALLAH akan menghadiahkan dosa-dosa dan silap kita semasa di zaman silam kita apabila kita dalam usaha merubah diri.. dipertontonkan kita watak-watak diri kita terdahulu.. kita pun jadi benci dan hina.. 

Aku sedar dulu aku tak sebaik mana.. sekarang pun tak semulia mana.. tapi selagi tekad dan janji ALLAH itu dipegang itulah tanda.. kita tidak akan sesat lagi.. tapi alangkah lega bila kita mampu meluahkan perasaan kita.. bukan terpaksa atau dipaksa.. 

Untuk anak saudara aku a.k.a Sha Si Mawar Berduri.. berteriaklah kuat-kuat tapi berubah sikit-sikit.. insyaALLAH masyarakat akan lebih respect kita..

^ SAMPAI BILA-BILA TIDAK AKAN SEMPURNA ^


SAMPAI BILA-BILA TIDAK AKAN SEMPURNA 

Jangan kita menghina sesiapa.. sama ada daripada segi pakaian mereka, kemahuan mereka, harapan mereka.. perasaan mereka. JANGAN.. JANGAN dan JANGAN.. kerana mereka sama seperti kita juga punyai hati, perasaan cinta dan nafsu. 

ALLAH memberikan yang sama kepada setiap hamba ciptaan-NYA. ALLAH tidak memandang pada penampilan, harta, rupa atau pangkat.. ALLAH memandang pada hati.. yang membezakan tiap manusia itu adalah taqwa. 

Tanyalah hati kita.. adakah kita bertaqwa.. adakah kita fahami makna takwa itu?.. lengkap sudahkah ilmu di dada kita.. menilai dan menghina orang lain.. kita hanya manusia biasa.. sedangkan nabi adam pun sepi tanpa hawa.. siapa kita nak menafikan para muslim dan muslimah untuk mereka mendambakan iman dan zaujah dalam kehidupan mereka? ALLAH mengurniakan perasaan dalam hati anak adam untuk saling berkasih sayang.. cinta itu bukan satu yang hina. Dakwah itu juga hadir kerana cinta kita kepada ALLAH. 

Kadang-kadang, kita pandang orang lain biarlah kita fkir orang lain itu lagi mulia berbanding dengan kita.. kita ni manusia biasa tak lepas daripada membuat kesilapan, tegurlah dengan kasih sayang.. bukan dengan menghina kan.. 

Diri ini pun tak sempurna dan sampai bila-bila tidak akan sempurna..